Islamic Widget

sYuKrAn..^_^

Saturday, December 22, 2012

Kenapa perlu kahwin awal?

               Bismillahirrahmannirrahim..
               Assalamulaikum~
Apa khabar muslimin dan muslimat hari nie?apa khabar iman?harap-harap semuanya baik-baik saja la kan    : D

Sound familiar with my question? : D sekarang nie, semakin ramai da kan yg kahwin awal...di tempat ana nie, ramai dah ana dengar cerita kahwin-kahwin nie..ada yang umur ana, ada yang umur bawah ana, dan ada yang tua dalam setahun atau dua tahun dari ana dah kahwin...bila dengar orang nak kahwin, hati ana pun tumpang gembira juga...

Tujuan ana bagi entri sebab ana teringat seorang kakak yang ana kenali pernah tanya pada ana, kenapa perlu kahwin ek? Bukan maksud dia tak tahu kenapa perlu kahwin, tapi kalau ikut keadaan dia pada masa itu, soalan dia lebih menjurus kepada kenapa perlu kahwin awal..sebab ana tahu kakak nie belum bersedia untuk ada ikatan, tapi kawan dia dah merancang betul-betul dah tarikh bertunang and kahwin diorang.. masa akak tu tanya pulak, pikiran ana tengah melayang dan tak fokus so bila dia tanya, ana jadi blur jap..say what? gitulah... : D

Ok, straight to the point, inilah jawapan ana yang belum berkahwin ini untuk soalan entri ana dan sebab-sebab kenapa? mari kita tengok...


  1. Saranan Nabi kita
Ingat tak? Nabi pernah bersabda, apabila engkau melihat seseorang yang engkau berkenan dengan agamanya, maka kahwinilah ia, ada juga yang berbunyi begini, apabila engkau melihat seseorang yang elok agamanya, maka kahwinilah ia dengan anak perempuanmu...tapi semuanya kepada maksud yang sama, iaitu apabila bertemu seorang yang engkau suka akan agamanya, maka kahwinilah ia..kerana kahwin/nikah adalah salah satu ibadah yang menjaga iman, hati dan nafsu kita bahkan nikah adalah ibadah yang paling senang mendapat pahala apabila kita senang dengan pernikahan itu dan paling senang mendapat dosa apabila kita tidak menyenangi pernikahan itu.

    2.   Kerana dah ada calon (seandainya ada)

Ana pasti ramai yang dah ada couple, pakwe makwe (sama la kan), or 'kawan'..bagi ana, kalau dah ada calon, yang kita dah yakin nak bersama dia, yakin dengan agamanya, maka nikahilah dia...kerana itu lebih baik dari lama-lama berkawan..dalam tempoh berkawan tu, kita akan semakin rapat dengan pasangan kita, dan syaitan tidak pernah putus asa untuk menjatuhkan kita dengan cara apa-apa sekalipun..kelama-lamaan akan jatuh juga dalam perangkapnya kerana kita punyai syaitan dan qarin yang sentiasa menghasut kita ke arah kemaksiatan..kalau ada yang katakan dia jarang sesangat berhubung dengan insan yang dicintainya itu, tapi masing-masing dah tahu perasaan, then hanya berserah, amat jarang untuk jumpa...boleh dikira dalam 20% sahaja, dan ini bukan kajian saintis, tapi kajian ana kepada orang sekeliling ana..

Ada yang cuba untuk cara islamik, tapi masalahnya sampai bilakah ia mampu bertahan? lebih parah, bagaimana kalau kita mati sebelum sempat ada ikatan dengannya? bagaimana kalau ada dosa yang kita tak sedar dan sedar ketika dalam tempoh berkawan dengannya? Allah...betapa risaunya hati bila mati itu diingat datang pada bila-bila masa..



     3.   Pada yang study, dapat lebih fokus lagi.

Kenapa ana kata begitu? sedangkan kita semua tahu, apabila berkahwin, komitmen sangat tinggi dan tanggungjawap bertambah dan blablablabla...takkan habis kalau nak cari kesusahannya tu kan? kenapa ana kata begitu,..kerana apabila berkahwin, or lebih precisely, nikah, hati lebih terjaga, ilmu lebih senang masuk, dan tak perlu menanggung rindu dan juga tak perlu fikir berdosa ketika bersama dengannya kerana yang ada hanya pahala..

kenapa ana katakan hati lebih terjaga? kerana apa yang kita buat bersamanya, selagi bergelar suami isteri, hanya pahala yang berjalan sentiasa di buku kanan kita, insyaAllah..buatlah apa-apa sahaja untuknya, kalau isteri, rajin senyum, urut, bahagiakan, hanya pahala bagi kita..kalau suami, rajin senyum, buat isteri ketawa, bahagiakan, pahala juga sentiasa baginya..bukankah itu juga yang sering dilakukan oleh mereka yang belum bernikah? bezanya yang paling besar adalah kita lakukan dengan pahala dan hati tambah berseri dengan taman-taman bunga yang indah tanpa bunga yang layu yang menghitamkan hati..

kenapa ilmu lebih senang masuk? sebab bila hati kita terjaga, bersinar pulak, maka lebih senang ilmu masuk..jika kita rindu pada suami/isteri ketika itu pun, pahala juga bagi kita, semakin berseri-seri la hati dan tambah bersemangat kita dalam menimba ilmu supaya boleh share bersama pasangan kita, malah ada yang ana kenali bernikah ketika masih belajar semakin berjaya..kerana bukan kesusahan yang dipikirkan ketika belajar, kerana apa? kerana suami isteri itu berkongsi susah dan senang, sentiasa bersama walau apa yang berlaku..jika hanya seorang yang susah, ataupun tak bahagia, itulah yang menyebabkan pelajaran terjejas, tapi jika diselesaikan bersama, dengan bantuan Allah, pasti semuanya baik-baik sahaja ^__^

4.   Untuk mempersendakan syaitan

Apabila ada pasangan yang bernikah kerana-Nya, kerana ingin menjauhi maksiat, kerana ingin menjaga hatinya imannya nafsunya, kerana ingin merasai nikmatnya berpahala berjalan sambil berseronok, kerana ingin redha-Nya bercinta,..maka syaitan akan meronta-ronta, menangis kerana dia tidak mampu menjatuhkan kita..apalagi apabila 2 orang yang bersatu kerana-Nya, kerana agama-Nya, maka pastilah syaitan yang menghasut-hasut itu merana...setiap kita orang islam mengaku syaitan, iblis adalah musuh kita..tapi yang musuh itulah kita sering terhasut olehnya..

Syaitan bukan sahaja menghasut untuk membuat maksiat, tapi syaitan juga menghasut untuk kita menjauhi pernikahan dengan membisik-bisikkan kesusahan-kesusahan yang akan kita alami apabila berkahwin, bernikah..dia akan menolong kita memberi seribu satu alasan mahupun alasan yang masuk akal ataupun tidak ataupun alasan yang memang wajar..so, fikir-fikirkanlah, fikirkan tahap iman kita, apa yang islam bagi kemudahan, dan ingatlah, yakinlah bahawa Allah sentiasa membantu hamba-Nya dalam mencapai redha-Nya...



5.   Allah menyukainya, Nabi kasihinya

Bukan manusia sahaja yang menyukai pernikahan itu, Allah juga turut mencintainya apalagi tujuan itu adalah kerana-Nya, apatah lagi Rasul kita Muhammad S.A.W..Nabi juga turut menyukainya kerana nabi sukakan umatnya yang bernikah bagi meramaikan lagi umatnya..dan mengikut ustaz ana, kesuburan orang malaysia sekarang adalah rendah, dan terdapat 1 kes dimana seorang perempuan 36 tahun telah monopos..so fikir-fikirkanlah..dan bukan sahaja itu, tanah, laut, hidupan darat dan laut, tumbuh-tumbuhan juga turut mendoakan pernikahan itu seandainya pernikahan itu adalah kerana Tuhan yang satu, kerana-Nya, kerana ingin menjaga hati iman dan nafsu, kerana agama....

Ini sahaja yang ana dapat jelaskan setakat ini..sejujurnya, ana cemburu apabila tahu ada rakan-rakan ana yang dah bernikah, cemburu kerana mereka dapat bersama dengan pasangan tanpa batasan dan berpahala dan melakukan ibadah dengan hati yang gembira, riang, dan ceria kerana apa-apa yang kita lakukan menggembirakan pasangan suami isteri itu adalah pahala sahaja... : D

Doakan ana juga semoga dapat menyusul saudara seislam ana yang dah bernikah : D

Peringatan ana kepada semua adalah kepada diri ana juga, kerana ana juga manusia biasa yang sering melakukan dosa ^__^

Saturday, December 15, 2012

Membuka minda..!

        Assalamualaikum w.b.t...selamat malam semua...! : D...gembira sangat plak hari nie..sebab dapat ilmu yang bermanfaat kot..hehehe..sebenarnya timbul rasa malas nak menaip nie, tapi disebabkan ana ingin berkongsi sedikit ilmu yang ana dapat hari ini, ana rajinkan diri juga... ^__^

    Hari ini ana telah mengikuti satu seminar perbandingan agama..and sangat best...bak kata brother shah kirit, best gilerrr!! haha..best sebab ilmu bertambah, dan minda rasa semakin terbuka dan luas..sepanjang hari nie, dari kul 9 hingga 5.30 lebih tadi, ana ikuti slot yang disediakan...dan esok akan diadakan slot seterusnya lagi...dan tak sabar lagi, dapat peluang untuk pegang bible pada esok hari dan mengkajinya...kalau dulu, nampak bible, tapi tak berani pegang apalagi membukanya...sebab takut akidah tak kuat..dan orang-orang sekeliling kita sering katakan kalau akidah tak kuat jangan baca bible..tapi setelah ikuti slot tadi..ana yakin..tiada apa yang perlu ditakutkan lagi! Dengan adanya pengetahuan kita mengenai islam, keyakinan terhadap islam, pengetahuan mengenai isi al-Quran jugak, ana yakin kita boleh atasi semua ketakutan yang dimomokkan tue.. ^__^..tapi kalau ada rasa tak kuat lagi, janganlah..hehe..lagi2 takut ada yang terkeliru dan tiada plak tempat bertanya..tapi insyaAllah..jangan berputus asa..kalau antum2 rajin berfacebooking, jadi tidak perlu risau kerana laman facebook ada untuk membantu untuk menyelesaikan kekeliruan antum..iaitu meng'add' mereka yg pendakwah atau islamic informatian untuk pertanyaan..and kalau nak mudah, tanya ana, kalau ana tak mampu, ana akan bertanya yang lebih berpengetahuan.. ^__^

   Ana bukan seorang yang kuat ingatan, tapi ana ingin berkongsi sedikit apa yang mula2 membuatkan ana yakin dengan diri ana mampu untuk berhadapan dengan apa yang ana tak berani sebelum ini...contoh...CROSS....semua tahu kan apa cross?alaa...yang kristian selalu jadikan rantai tue...yang dorang dok tampal depan gereja dorg tue..tau kan? nie contohnya kalau tak tahu jugak..

siap cahaya2 lagi...


   haa...nampak kan? ana yakin..mesti ada yang istighfar terus lepas tengok gambar tue kan..ada yg zikir terus utk kuatkan iman...zikir dan istighfar tu baguslah, dapat gak pahala...tapi terfikir tak? kat mana2 pun, tetap ada cross...di laptop, di siling, kadang jubin rumah...tipu kalau tak nampakkk....kann?? yg selalu menghadap laptop tu lagi...selalu nampak cross...di mana? tuuu..kat key board tue...tipu tak nampak? tu huruf 't' tue...haaaa..kenapa kita perlu takut sebenarnya dengan cross nie? sebab ia lambang kristian? okay...ana akui pernah rasa begitu...tapi cuba fikir...huruf 't' tue xde dosa pun...'t' pun makhluk jugak..makhluk ke?ana pun tak tahu, tapi yang  penting, 't' tiada kuasa untuk mengubah akidah kita...melainkan kita yang percaya begitu...nie la kuasa psiko namanya...kuasa pemikiran...bahaya kan?

  lagi satu...informasi yang ana dapat ketika slot tadi...holy water, cross bagai tue...xde kuasa sebenarnya...holy water buatkan kita xleh mengucap? tipu sebenarnya...itu hanya agenda kristian untuk memanipulasi pemikiran kita supaya ingat bahawa apa yang terdapat dalam agama diorang juga berkuasa..ingat lagi tak? siapa yang pernah terbaca mengenai holy water yang buatkan xleh ngucap 2 kalimah syahadah, seorang bekas ketua paderi yg akhirnya terjumpa al-Quran dalam almari yg tersorok dan terkunci di gereja Rom..its all lie...! air yang dibuat macam2 supaya org muslim xleh ngucap..pe lagi cite yang kite dengar? dan yg paling asas, penceritanya..bekas ketua  paderi yg dari sabah kononnya...kan? itu hanya rekaan..sedangkan pencerita pun tak wujud, apalagi ceritanya..??

  ini adalah sedikit perkongsian yg ana dapat di awal slot tadi..memandangkan pada waktu selepas tengah hari, zohor tu, ana tertido ketika slot petang..hehe..tapi nasib baik hp tetap meneruskan merakam ceramah tue..alhamdulillah...so, apa2..jangan pernah ragu dengan agama kita...n lagi 1...dalam setiap kitab agama...kristian, tao, hindu, buddha,..semuanya terkandung  atau mempunyai ayat ini...Dialah Tuhan yang satu, tiada yg selain daripada-Nya..Lailahailallah...tapi helah syaitan, walaupun terdapat ayat tue, tetap jugak terselit ayat yang yg membuatkan kaumnya sendiri ragu...dan Al-Quran lah sebenar2nya kitab yang hak dan tidak ada perubahan...SubhanAllah..

Semoga kita sentiasa di dalam lindungan-Nya dan rahmat-Nya bersama insan2 tersayang kita... ^__^

p/s: and jangan tertipu dgn wayang hantu omputih yang takutkan vampire tu guna cross..xde nyer...gelak sakan adelah hantu tue..heee

Thursday, June 28, 2012

Cara menyegerakan SOLAT, bila hati rasa malas...

Bismillahirrahmannirrahim....
Assalamualaikum buat saudara dan saudari seislamku.. ^___^


   Terasa sejuk je kan cuaca skrg..di tempat ana la, tak tahu tempat kalian camne kan..^__^..lupa tanya, apa khabar iman dan diri saudara-saudaraku? harap semua baik-baik sahaja, begitu juga dengan diri ini..Aaminn..


   Malam ini ana nak kongsi lagi ilmu yang boleh meningkatkan lagi cinta kita kepada-Nya,insya-Allah..semoga kita sentiasa dilindungi-Nya dan dalam lingkaran hidayah-Nya...^___^


   Tipu la kita kalau kita tak pernah ada sifat malas, kadang-kadang kerana penat dengan urusan dunia menyebabkan kita rasa malas, nak buat ibadah..terutamanya solat di awal waktu. Tapi, di waktu yang kita sepatutnya memikirkan penyelesaian untuk membuang rasa malas dan menyesal kerana melewatkan dating kita dengan Tuhan, kita mengeluh kerana urusan dunia..marilah kita selalu amalkan doa hindar dari perasaan malas dan kecewa..^__^


   Di teratak ana ini, ana ingin kongsikan ilmu yang tidak seberapa ini supaya kita dapat menghindar dari sifat suka melengah-lengahkan solat : ) :-


1. Dengarlah azan dan fahami maknanya sebenar-benarnya.. "hayya ala solah..! "...marilah menunaikan solat...bukankah itu satu ajakan supaya kita ber dating dengan Allah? Jika perintah Allah membenarkan kita segera menyahut seruan ibu kita saat kita menunaikan solat sunat, maka selayaknya kita menyegerakan menyahut seruan-Nya yang menyuruh kita mengabdikan diri kepada-Nya..bukan lama pun kan?cuba test, berapa lama kita menunaikan ibadah dan bandingkan dengan masa kita berbual-bual kosong dengan teman? Renung-renungkan..


2. Bayangkan...di saat kita sedang melengah-lengahkan solat, Malaikat Izrail datang menunaikan amanah-Nya untuk mencabut nyawa kita..adakah saat ditarik nyawa itu baru kita terasa menyesal dan ingin meminta masa diundur balik? Sesungguhnya,MATI itu adalah sebaik-baik ingatan dan nasihat...


3. Membetulkan lagi solat kita..kerana solat yang sebenar-benarnya adalah solat yang membersihkan hati kita dari kemungkaran..begitu juga dengan wudhu...jika kita solat, tapi kita tetap melakukan kemungkaran yang sama, maka ada kurang atau silap atau..selalu menjadi masalah bagi umat akhir zaman seperti kita ini, khusyuk...maka, suburkanlah rasa rendah diri dan kecintaan kita kepada Allah, insya-Allah, hidayah Allah sentiasa tersedia bagi orang yang menginginkan dan berusaha mendapatkannya..^__^



4. Jangan dimanjakan hati yang malas. Bila diri terasa malas, maka gunalah akal kita saat itu, bila kita dah mengetahui melengah-lengahkan solat itu salah, pasti akal akan menyuruh kita melakukan yang baik, menyegerakan..maka di saat itu, manakah yang akan menjadi pilihan kita? hati yang malas dan diri yang memohon dimanjakan atau akal yang menyuruh kita melakukan yang baik,menyegerakan solat?

5. Bayangkan...kita di suatu tempat seperti apa yang tercatat di dalam Al-Quran setelah kita mati dan dibangkitkan, Padang Masyar..kemudian, kita tersenarai di antara orang-orang yang menerima kitab dari tangan kiri dan diarak ke neraka..Nauzubillah min zalik..kemudian,..di saat kita dibuang ke dalam gaung yang dimarakkan dengan api yang hitam, dan dipenuhi dengan binatang berbisa,...kita memanggil-manggil ibadah-ibadah kita saat di dunia dahulu..solat! puasa! zakat!..bagi memohon pertolongan..di saat hampir-hampir sampai di dasar, satu tangan menyelamatkan kita..kita bertanya, "siapa engkau?",. maka dijawabnya, "Aku adalah solatmu"..kita pun mula memarahinya, "kenapa engkau lambat menolongku?" maka dibalasnya, "KERANA ENGKAU SERING MELENGAH-LENGAHKAN AKU"......


   Setakat ini ilmu atau idea yang dapat ana kongsikan bersama,.harap ianya bermanfaat buat semua dan moga kita sentiasa dalam redha-Nya. dan tergolong dalam umat Nabi Muhammad yang menerima kitab kita dengan tangan kanan. Aaminn..Selawat.

   Maafkan ana jika ada yang tak difahami atau terkasar, ^___^ ..semoga kita sentiasa dalam lindungan-Nya.



Sunday, May 27, 2012

6 perkara yang Allah sembunyikan


‎6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN




UMAR BIN KHATTAB R.A BERKATA:


1-Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan.

Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatan yang kita persembahkan kepadaNya supaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut,walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.

2-Allah menyembunyikan Kemurkaan diatas kemaksiatan kita.

Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia.sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.

Sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

3-Allah menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain.

Oleh itu Allah menghendaki hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.

4-Allah menyembunyikan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut.

Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

5-Allah menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambanya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah banduan yang berada dibilik Akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.

6-Allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat.

Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bermegah megah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.

Begitulah luasnya rahsia disisi Allah Yang Maha Esa.

Saturday, May 26, 2012

La tahzan bila doa tidak dimakbulkan. :)

     Assalamualaikum buat pembaca yg sudi menjenguk teratak ana yg dah...kalau blog ini memang adalah 'teratak',mungkin dah usang,berhabuk-habuk dan bersarang labah-labah dah..hehe.. Apa khabar iman dan diri semua saudara-saudara seislam ku?moga kita semua dalam keadaan baik-baik sahaja,insyaAllah...^___^

     Maafkan ana yg dah berapa lama dah tak update..faktor busy dan malas dan takde idea dan juga,lupa,sering mengganggu..^__^..update kali ini,ana nak berkongsi pengalaman dan inspirasi yg ana dapat buat semua..seperti yang tertera kat title la..^___^



     Kita sering memohon doa,tapi adakalanya dengan penuh pengharapan,semoga Allah makbulkan..iye tak?
Tapi tak semua doa kita Allah makbulkan,dan pasti ada yang kecewa sesangat,sampai ada yg berburuk sangka kpd Allah dan mempersalahkan qada dan qadar Allah..pantaskah kita yg mengaku hamba-Nya,mempersalahkan Allah yg menentukan hidup kita?


  • Tips dalam berdoa dan tidak kecewa apabila tidak termakbul :-
  1. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh.
          Perkara biasa bagi kita,apabila meminta sesuatu yang benar-benar kita inginkan,kita ingin meminta dengan bersungguh-sungguh.Merayu,memohon,mengharap,dan apa-apa yang seangkatan dengannya.

         Dalam berdoa,kita digalakkan untuk bersungguh-sungguh dan berterusan.Bukan seperti hari ini kita minta,esoknya tidak.Dalam berdoa juga memerlukan kesungguhan supaya Allah dapat lihat kesungguhan dan keinginan kita dalam doa itu dan Allah amat menyukai hamba-Nya yang sering berdoa kepada-Nya.

     2.  Suara dan ayat yang jelas.

          Kita digalakkan berdoa dengan suara dan ayat yang jelas sebagai salah satu cara dalam menunjukkan kesungguhan kita juga.Tidak perlu dengan suara yang kuat dan lantang,cukuplah ia dapat didengar oleh diri kita sendiri dan jelas setiap butir-butir perkataan yang kita sebut.

     3.  Berterusan.

          Apabila kita berdoa,hendaklah kita berterusan memintanya.Janganlah tersangkut-sangkut,seperti hari ini kita minta ditemukan jodoh,kemudian hari esoknya tidak.Allah menyukai hamba-Nya yang tidak putus asa dalam memohon doa dan meminta kepada.-Nya.

     4.  Yakin dengan kuasa Allah.

          Kita hendaklah sentiasa yakin Allah itu Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.Jika Dia berkehendak,maka Allah hanya perlu katakan "Jadilah" maka jadilah ia,seperti yang tercatat dalam surah Yasin.Yakinlah tiada yang mustahil di dunia dengan kuasa Allah,sekalipun kita ditakdirkan gagal,tapi kerana doa dan penyayangnya Allah,dan kerana kuasa-Nya,kita boleh menjadi seorang yang berjaya.

     5.  Jangan berharap.

          Disini,bukanlah ana ingin katakan untuk tidak mengharap sepenuhnya,tapi biarlah berpada-pada dan tidak memakan diri pada kemudian hari.Tidak salah juga jika tidak berharap,asalkan kita tetap yakin dengan kuasa Allah. Dalam erti kata lain yang ingin ana sampaikan,redha lah.Redha lah dengan apa yang kita dapat dan tidak dapat. 
          
          Apabila berdoa,ingatkanlah hati supaya yakin dengan kuasa Allah,tiada yang mustahil bagi-Nya,yakinlah dengan qada dan qadar yang Allah beri,yakinlah dengan sepenuh hati,di mana kita akan menerima seadanya jika doa kita dimakbulkan atau tidak. Disinilah,kita tidak berharap supaya doa kita dimakbulkan tapi kita yakin,jika tidak termakbul,Allah lebih pantas mengetahui apa yang terbaik bagi kita dan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Itulah redha.

      6.  


      7.   Bersyukur apabila termakbul.

            Apabila doa kita termakbul,janganlah lupa untuk tunjukkan tanda bersyukur kita. Sekurang-kurangnya tunjukkanlah tanda bersyukur kita dengan sujud syukur. Pelbagai cara bagi kita untuk menunjukkan betapa bersyukurnya kita kepada Allah,seperti puasa,solat sunat,sedekah dan lain-lain dan adalah lebih baik jika ia berterusan sebagai menunjukkan kita sentiasa bersyukur kepada-Nya. Seandainya kita menyedari,doa kita termakbul atau tidak,layaknya kita tetap mensyukurinya,kerana setiap apa yang Allah berikan kepada kita mempunyai 1001 hikmah yang kita tidak ketahui dan syukurlah,kita masih diberi peluang untuk berdoa dan meminta kepada-Nya hari ini lagi. Esok lusa kita tidak tahu adakah kita masih bernafas?Maka bersyukurlah kita selagi kita mampu.


        Sekian dari perkongsian sedikit dari ana. Harap ianya membantu walaupun mungkin banyak dah mengetahuinya..^___^..insyaAllah,umur panjang bertemu lagi..Wassalam.

Dari Abu Horairoh rodhiallohu anhu dari Nabi shollallohu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:
لَا يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ مَا لَمْ يَسْتَعْجِلْ.
قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الِاسْتِعْجَالُ؟ قَالَ: يَقُولُ: قَدْ دَعَوْتُ وَقَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ أَرَ يَسْتَجِيبُ لِي.
فَيَسْتَحْسِرُ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَاءَ
Doa seseorang sentiasa akan dikabulkan selama dia tidak berdoa untuk perbuatan dosa ataupun untuk memutuskan tali silaturhm, serta selama dia tidak tergesa-gesa.” Seorang sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa?” Baginda menjawab: “Yakni dia mengatakan, “Aku telah berdoa dan terus berdoa tetapi belum juga dikabulkan.” Setelah itu, dia merasa putus asa dan berhenti berdoa. (HR. Al-Bukhari no. 6340 dan Muslim no. 2735)



 Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا, وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ.
فَقَالَ: { يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ }وَقَالَ: { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ } ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَأَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ يَا رَبِّ, وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌوَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak akan menerima sesuatu melainkan yang baik pula. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Dia berfirman, “Wahai para Rasul! Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal sholeh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui terhadap apa yang kalian kerjakan.” Dan Allah juga berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah Kami rezekikan kepadamu.” Kemudian baginda shallallahu ‘alaihi wasallam menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya jarak yang ditempuhnya. Sehingga rambutnya kusut dan kakinya berdebu. Orang itu mengangkat kedua tangannya ke langit seraya berdo’a, “Wahai Robbku, wahai Robbku.” Padahal, makanannya dari benda yang haram, minumannya juga dari yang haram, pakaiannya dari yang haram, dan diberi makan dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?” (HR. Muslim no. 1015)