Islamic Widget

sYuKrAn..^_^

Sunday, May 27, 2012

6 perkara yang Allah sembunyikan


‎6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN




UMAR BIN KHATTAB R.A BERKATA:


1-Allah menyembunyikan keredhaan dalam ketaatan.

Allah tidak menzahirkan penerimaan atas amalan-amalan ketaatan yang kita persembahkan kepadaNya supaya kita tidak kecewa diatas amalan tersebut dengan hikmah agar kita terus melakukan amalan tersebut,walaupun terdapat sedikit kecacatan yang kita tidak ketahui.

2-Allah menyembunyikan Kemurkaan diatas kemaksiatan kita.

Allah tidak menarik nikmat dan kemewahan daripada seseorang, walaupun nikmat yang Allah anugerahkan kepadanya digunakan untuk kemaksiatan kerana Allah masih bersifat rahmat didunia.sedangkan sebenarnya Allah Murka kepada kita.

Sepatutnya kita gunakan peluang ini untuk bertaubat kepada Allah SWT.

3-Allah menyembunyikan kedatangan malam Lailatul Qadar pada tarikh tertentu agar hambaNya tidak melakukan ibadat pada malam tersebut sahaja dan berpesta maksiat pada malam-malam yang lain.

Oleh itu Allah menghendaki hambaNya melakukan ketaatan sepanjang ramadhan dan sepanjang hayatnya.

4-Allah menyembunyikan wali-wali Allah atau hambanya yang dikasihi supaya manusia tidak menghina atau menyembah wali-wali tersebut.

Sesungguhnya wali Allah akan dibenci oleh mereka yang bertuhankan hawa nafsu kerana wali-wali Allah tidak pernah menaruh hati sedikit pun pada tawaran-tawaran mereka.

5-Allah menyembunyikan tarikh kematian hambaNya dengan hikmah agar hambaNya sentiasa berhati-hati dalam menjalani kehidupan dan tidak melakukan kemaksiatan kerana mati akan tiba pada bila-bila masa sahaja.

Jika Allah zahirkan tarikh dan tempat kematiannya pasti hamba-hambanya tidak dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih sempurna, lihatlah banduan yang berada dibilik Akhir sebelum dihukum gantung, mereka telah hilang akal dan melakukan perkara-perkara diluar akal kita kerana akal mereka sudah tidak berfungsi lagi.

6-Allah menyembunyi solat kita yang terbaik disisiNya dengan hikmah supaya kita terus beribadat dan solat kepadaNya sepanjang hayat.

Jika Allah zahirkan penerimaan solat kita pasti kita akan bermegah megah sesama manusia dan akan lalai serta mengambil peluang untuk melakukan maksiat.

Begitulah luasnya rahsia disisi Allah Yang Maha Esa.

Saturday, May 26, 2012

La tahzan bila doa tidak dimakbulkan. :)

     Assalamualaikum buat pembaca yg sudi menjenguk teratak ana yg dah...kalau blog ini memang adalah 'teratak',mungkin dah usang,berhabuk-habuk dan bersarang labah-labah dah..hehe.. Apa khabar iman dan diri semua saudara-saudara seislam ku?moga kita semua dalam keadaan baik-baik sahaja,insyaAllah...^___^

     Maafkan ana yg dah berapa lama dah tak update..faktor busy dan malas dan takde idea dan juga,lupa,sering mengganggu..^__^..update kali ini,ana nak berkongsi pengalaman dan inspirasi yg ana dapat buat semua..seperti yang tertera kat title la..^___^



     Kita sering memohon doa,tapi adakalanya dengan penuh pengharapan,semoga Allah makbulkan..iye tak?
Tapi tak semua doa kita Allah makbulkan,dan pasti ada yang kecewa sesangat,sampai ada yg berburuk sangka kpd Allah dan mempersalahkan qada dan qadar Allah..pantaskah kita yg mengaku hamba-Nya,mempersalahkan Allah yg menentukan hidup kita?


  • Tips dalam berdoa dan tidak kecewa apabila tidak termakbul :-
  1. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh.
          Perkara biasa bagi kita,apabila meminta sesuatu yang benar-benar kita inginkan,kita ingin meminta dengan bersungguh-sungguh.Merayu,memohon,mengharap,dan apa-apa yang seangkatan dengannya.

         Dalam berdoa,kita digalakkan untuk bersungguh-sungguh dan berterusan.Bukan seperti hari ini kita minta,esoknya tidak.Dalam berdoa juga memerlukan kesungguhan supaya Allah dapat lihat kesungguhan dan keinginan kita dalam doa itu dan Allah amat menyukai hamba-Nya yang sering berdoa kepada-Nya.

     2.  Suara dan ayat yang jelas.

          Kita digalakkan berdoa dengan suara dan ayat yang jelas sebagai salah satu cara dalam menunjukkan kesungguhan kita juga.Tidak perlu dengan suara yang kuat dan lantang,cukuplah ia dapat didengar oleh diri kita sendiri dan jelas setiap butir-butir perkataan yang kita sebut.

     3.  Berterusan.

          Apabila kita berdoa,hendaklah kita berterusan memintanya.Janganlah tersangkut-sangkut,seperti hari ini kita minta ditemukan jodoh,kemudian hari esoknya tidak.Allah menyukai hamba-Nya yang tidak putus asa dalam memohon doa dan meminta kepada.-Nya.

     4.  Yakin dengan kuasa Allah.

          Kita hendaklah sentiasa yakin Allah itu Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.Jika Dia berkehendak,maka Allah hanya perlu katakan "Jadilah" maka jadilah ia,seperti yang tercatat dalam surah Yasin.Yakinlah tiada yang mustahil di dunia dengan kuasa Allah,sekalipun kita ditakdirkan gagal,tapi kerana doa dan penyayangnya Allah,dan kerana kuasa-Nya,kita boleh menjadi seorang yang berjaya.

     5.  Jangan berharap.

          Disini,bukanlah ana ingin katakan untuk tidak mengharap sepenuhnya,tapi biarlah berpada-pada dan tidak memakan diri pada kemudian hari.Tidak salah juga jika tidak berharap,asalkan kita tetap yakin dengan kuasa Allah. Dalam erti kata lain yang ingin ana sampaikan,redha lah.Redha lah dengan apa yang kita dapat dan tidak dapat. 
          
          Apabila berdoa,ingatkanlah hati supaya yakin dengan kuasa Allah,tiada yang mustahil bagi-Nya,yakinlah dengan qada dan qadar yang Allah beri,yakinlah dengan sepenuh hati,di mana kita akan menerima seadanya jika doa kita dimakbulkan atau tidak. Disinilah,kita tidak berharap supaya doa kita dimakbulkan tapi kita yakin,jika tidak termakbul,Allah lebih pantas mengetahui apa yang terbaik bagi kita dan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Itulah redha.

      6.  


      7.   Bersyukur apabila termakbul.

            Apabila doa kita termakbul,janganlah lupa untuk tunjukkan tanda bersyukur kita. Sekurang-kurangnya tunjukkanlah tanda bersyukur kita dengan sujud syukur. Pelbagai cara bagi kita untuk menunjukkan betapa bersyukurnya kita kepada Allah,seperti puasa,solat sunat,sedekah dan lain-lain dan adalah lebih baik jika ia berterusan sebagai menunjukkan kita sentiasa bersyukur kepada-Nya. Seandainya kita menyedari,doa kita termakbul atau tidak,layaknya kita tetap mensyukurinya,kerana setiap apa yang Allah berikan kepada kita mempunyai 1001 hikmah yang kita tidak ketahui dan syukurlah,kita masih diberi peluang untuk berdoa dan meminta kepada-Nya hari ini lagi. Esok lusa kita tidak tahu adakah kita masih bernafas?Maka bersyukurlah kita selagi kita mampu.


        Sekian dari perkongsian sedikit dari ana. Harap ianya membantu walaupun mungkin banyak dah mengetahuinya..^___^..insyaAllah,umur panjang bertemu lagi..Wassalam.

Dari Abu Horairoh rodhiallohu anhu dari Nabi shollallohu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:
لَا يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ مَا لَمْ يَسْتَعْجِلْ.
قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الِاسْتِعْجَالُ؟ قَالَ: يَقُولُ: قَدْ دَعَوْتُ وَقَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ أَرَ يَسْتَجِيبُ لِي.
فَيَسْتَحْسِرُ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَاءَ
Doa seseorang sentiasa akan dikabulkan selama dia tidak berdoa untuk perbuatan dosa ataupun untuk memutuskan tali silaturhm, serta selama dia tidak tergesa-gesa.” Seorang sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa?” Baginda menjawab: “Yakni dia mengatakan, “Aku telah berdoa dan terus berdoa tetapi belum juga dikabulkan.” Setelah itu, dia merasa putus asa dan berhenti berdoa. (HR. Al-Bukhari no. 6340 dan Muslim no. 2735)



 Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا, وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ.
فَقَالَ: { يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ }وَقَالَ: { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ } ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَأَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ يَا رَبِّ, وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌوَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak akan menerima sesuatu melainkan yang baik pula. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Dia berfirman, “Wahai para Rasul! Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal sholeh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui terhadap apa yang kalian kerjakan.” Dan Allah juga berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah Kami rezekikan kepadamu.” Kemudian baginda shallallahu ‘alaihi wasallam menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya jarak yang ditempuhnya. Sehingga rambutnya kusut dan kakinya berdebu. Orang itu mengangkat kedua tangannya ke langit seraya berdo’a, “Wahai Robbku, wahai Robbku.” Padahal, makanannya dari benda yang haram, minumannya juga dari yang haram, pakaiannya dari yang haram, dan diberi makan dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?” (HR. Muslim no. 1015)