Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamulaikum~
Apa khabar muslimin dan muslimat hari nie?apa khabar iman?harap-harap semuanya baik-baik saja la kan : D
Sound familiar with my question? : D sekarang nie, semakin ramai da kan yg kahwin awal...di tempat ana nie, ramai dah ana dengar cerita kahwin-kahwin nie..ada yang umur ana, ada yang umur bawah ana, dan ada yang tua dalam setahun atau dua tahun dari ana dah kahwin...bila dengar orang nak kahwin, hati ana pun tumpang gembira juga...
Tujuan ana bagi entri sebab ana teringat seorang kakak yang ana kenali pernah tanya pada ana, kenapa perlu kahwin ek? Bukan maksud dia tak tahu kenapa perlu kahwin, tapi kalau ikut keadaan dia pada masa itu, soalan dia lebih menjurus kepada kenapa perlu kahwin awal..sebab ana tahu kakak nie belum bersedia untuk ada ikatan, tapi kawan dia dah merancang betul-betul dah tarikh bertunang and kahwin diorang.. masa akak tu tanya pulak, pikiran ana tengah melayang dan tak fokus so bila dia tanya, ana jadi blur jap..say what? gitulah... : D
Ok, straight to the point, inilah jawapan ana yang belum berkahwin ini untuk soalan entri ana dan sebab-sebab kenapa? mari kita tengok...
- Saranan Nabi kita
Ingat tak? Nabi pernah bersabda, apabila engkau melihat seseorang yang engkau berkenan dengan agamanya, maka kahwinilah ia, ada juga yang berbunyi begini, apabila engkau melihat seseorang yang elok agamanya, maka kahwinilah ia dengan anak perempuanmu...tapi semuanya kepada maksud yang sama, iaitu apabila bertemu seorang yang engkau suka akan agamanya, maka kahwinilah ia..kerana kahwin/nikah adalah salah satu ibadah yang menjaga iman, hati dan nafsu kita bahkan nikah adalah ibadah yang paling senang mendapat pahala apabila kita senang dengan pernikahan itu dan paling senang mendapat dosa apabila kita tidak menyenangi pernikahan itu.
2. Kerana dah ada calon (seandainya ada)
Ana pasti ramai yang dah ada couple, pakwe makwe (sama la kan), or 'kawan'..bagi ana, kalau dah ada calon, yang kita dah yakin nak bersama dia, yakin dengan agamanya, maka nikahilah dia...kerana itu lebih baik dari lama-lama berkawan..dalam tempoh berkawan tu, kita akan semakin rapat dengan pasangan kita, dan syaitan tidak pernah putus asa untuk menjatuhkan kita dengan cara apa-apa sekalipun..kelama-lamaan akan jatuh juga dalam perangkapnya kerana kita punyai syaitan dan qarin yang sentiasa menghasut kita ke arah kemaksiatan..kalau ada yang katakan dia jarang sesangat berhubung dengan insan yang dicintainya itu, tapi masing-masing dah tahu perasaan, then hanya berserah, amat jarang untuk jumpa...boleh dikira dalam 20% sahaja, dan ini bukan kajian saintis, tapi kajian ana kepada orang sekeliling ana..
Ada yang cuba untuk cara islamik, tapi masalahnya sampai bilakah ia mampu bertahan? lebih parah, bagaimana kalau kita mati sebelum sempat ada ikatan dengannya? bagaimana kalau ada dosa yang kita tak sedar dan sedar ketika dalam tempoh berkawan dengannya? Allah...betapa risaunya hati bila mati itu diingat datang pada bila-bila masa..
3. Pada yang study, dapat lebih fokus lagi.
Kenapa ana kata begitu? sedangkan kita semua tahu, apabila berkahwin, komitmen sangat tinggi dan tanggungjawap bertambah dan blablablabla...takkan habis kalau nak cari kesusahannya tu kan? kenapa ana kata begitu,..kerana apabila berkahwin, or lebih precisely, nikah, hati lebih terjaga, ilmu lebih senang masuk, dan tak perlu menanggung rindu dan juga tak perlu fikir berdosa ketika bersama dengannya kerana yang ada hanya pahala..
kenapa ana katakan hati lebih terjaga? kerana apa yang kita buat bersamanya, selagi bergelar suami isteri, hanya pahala yang berjalan sentiasa di buku kanan kita, insyaAllah..buatlah apa-apa sahaja untuknya, kalau isteri, rajin senyum, urut, bahagiakan, hanya pahala bagi kita..kalau suami, rajin senyum, buat isteri ketawa, bahagiakan, pahala juga sentiasa baginya..bukankah itu juga yang sering dilakukan oleh mereka yang belum bernikah? bezanya yang paling besar adalah kita lakukan dengan pahala dan hati tambah berseri dengan taman-taman bunga yang indah tanpa bunga yang layu yang menghitamkan hati..
kenapa ilmu lebih senang masuk? sebab bila hati kita terjaga, bersinar pulak, maka lebih senang ilmu masuk..jika kita rindu pada suami/isteri ketika itu pun, pahala juga bagi kita, semakin berseri-seri la hati dan tambah bersemangat kita dalam menimba ilmu supaya boleh share bersama pasangan kita, malah ada yang ana kenali bernikah ketika masih belajar semakin berjaya..kerana bukan kesusahan yang dipikirkan ketika belajar, kerana apa? kerana suami isteri itu berkongsi susah dan senang, sentiasa bersama walau apa yang berlaku..jika hanya seorang yang susah, ataupun tak bahagia, itulah yang menyebabkan pelajaran terjejas, tapi jika diselesaikan bersama, dengan bantuan Allah, pasti semuanya baik-baik sahaja ^__^
4. Untuk mempersendakan syaitan
Apabila ada pasangan yang bernikah kerana-Nya, kerana ingin menjauhi maksiat, kerana ingin menjaga hatinya imannya nafsunya, kerana ingin merasai nikmatnya berpahala berjalan sambil berseronok, kerana ingin redha-Nya bercinta,..maka syaitan akan meronta-ronta, menangis kerana dia tidak mampu menjatuhkan kita..apalagi apabila 2 orang yang bersatu kerana-Nya, kerana agama-Nya, maka pastilah syaitan yang menghasut-hasut itu merana...setiap kita orang islam mengaku syaitan, iblis adalah musuh kita..tapi yang musuh itulah kita sering terhasut olehnya..
Syaitan bukan sahaja menghasut untuk membuat maksiat, tapi syaitan juga menghasut untuk kita menjauhi pernikahan dengan membisik-bisikkan kesusahan-kesusahan yang akan kita alami apabila berkahwin, bernikah..dia akan menolong kita memberi seribu satu alasan mahupun alasan yang masuk akal ataupun tidak ataupun alasan yang memang wajar..so, fikir-fikirkanlah, fikirkan tahap iman kita, apa yang islam bagi kemudahan, dan ingatlah, yakinlah bahawa Allah sentiasa membantu hamba-Nya dalam mencapai redha-Nya...
5. Allah menyukainya, Nabi kasihinya
Bukan manusia sahaja yang menyukai pernikahan itu, Allah juga turut mencintainya apalagi tujuan itu adalah kerana-Nya, apatah lagi Rasul kita Muhammad S.A.W..Nabi juga turut menyukainya kerana nabi sukakan umatnya yang bernikah bagi meramaikan lagi umatnya..dan mengikut ustaz ana, kesuburan orang malaysia sekarang adalah rendah, dan terdapat 1 kes dimana seorang perempuan 36 tahun telah monopos..so fikir-fikirkanlah..dan bukan sahaja itu, tanah, laut, hidupan darat dan laut, tumbuh-tumbuhan juga turut mendoakan pernikahan itu seandainya pernikahan itu adalah kerana Tuhan yang satu, kerana-Nya, kerana ingin menjaga hati iman dan nafsu, kerana agama....
Ini sahaja yang ana dapat jelaskan setakat ini..sejujurnya, ana cemburu apabila tahu ada rakan-rakan ana yang dah bernikah, cemburu kerana mereka dapat bersama dengan pasangan tanpa batasan dan berpahala dan melakukan ibadah dengan hati yang gembira, riang, dan ceria kerana apa-apa yang kita lakukan menggembirakan pasangan suami isteri itu adalah pahala sahaja... : D
Doakan ana juga semoga dapat menyusul saudara seislam ana yang dah bernikah : D
Peringatan ana kepada semua adalah kepada diri ana juga, kerana ana juga manusia biasa yang sering melakukan dosa ^__^