Islamic Widget

sYuKrAn..^_^

Showing posts with label Dalil dan Hadis. Show all posts
Showing posts with label Dalil dan Hadis. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Kamar Syurga

   Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar.Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan.Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan menusia di dunia.


   "Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah s.a.w.?" tanya para sahabat." Untuk orang yg mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yg memberikan makan kepada yg memerlukan, dan untuk mereka yg membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dlm mimpinya."" Siapa yg bertemu temannya lalu memberi salam,dengan begitu bererti telah menyemarakkan salam.Mereka yg solat Isya dan Subuh berjemaah,dgn begitu bererti termasuk orang yg solat malam di saat org-org sedang tidur lelap."Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kpd sahabatnya.

    Jadi marilah kita mnyemarakkan salam seperti yg Rasulullah maksudkan..bkn Rasulullah juga pernah bersabda untuk mengucapkan salam kpd setiap orang islam yg kita temui?^_^

Monday, May 16, 2011

Di Atas Hamparan Sejadah.


        Nabi s.a.w bersabda: “Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu mereka memohon dengan berkata: “Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuhan kami! Berilah rahmat kepadanya.” (Abu Hurairah r.a)

        Sembahyang (solat) dan tempat solat mempunyai nilai yang sangat besar di sisi Allah S.W.T. Orang yang tidak segera meninggalkan tempat ia bersolat selagi ia tidak berhadas dan tidak melakukan perkara yang mendatangkan dosa akan sentiasa didoakan oleh malaikat agar diampuni dosanya dan diberikan rahmat kepadanya. Islam menyeru umatnya agar sentiasa menjaga solatnya dan mengerjakannya dengan sempurna kerana hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah S.W.T.

       Jadi rugilah bila seseorang itu cepat-cepat meninggalkan tempat sembahyangnya tanpa ada perkara yang berfaedah yang perlu dibuat selepas itu.Banyak kita boleh buat ketika kita ada masa free setelah solat,.contohnya..baca Quran,berzikir,berselawat...tapi kadangkala manusia bukan sahaja memendekkan masa solatnya(solat ekspres),bahkan buat perkara yang tak berfaedah slps itu..Astaghfirullah...ana mengaku ana pn bgtu kadang-kadang..moga kita dapat sama-sama memperbaiki diri kita yang khilaf ini..^_^

Tuesday, April 12, 2011

~sepuluh hal yang sia-sia~

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Sunday, April 3, 2011

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”

Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu.”

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut.”

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, “Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.”

~blog untuk remaja~

Tuesday, March 15, 2011

Kenapa kita perlu bunuh cicak?

Assalamulaikum pada semua pembaca sekalian...terima kasih sekali lagi kerana sudi melawat 'tanah' sy..^_^
Post malam nie..mengenai CICAK.Semua tahu kan..kisah cicak ketika Nabi kita,Muhammad S.A.W di Gua Thur.Mari kita refresh ingatan kita.^_^

Dalam kisah penghijrahan orang islam ke Madinah,Rasulullah S.A.W bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur untuk melarikan diri dari orang Quraisy yang ingin membunuh baginda.Tahukah semua apakah yang telah menyebabkan orang Quraisy mengesyaki Rasulullah didalam gua itu?

Untuk pengetahuan semua,dikatakan CICAK didalam gua itu telah mengeluarkan bunyi menyebabkan Rasulullah hampir diketahui.Tapi mujur dengan kuasa Allah,sang labah-labah telah membantu Rasulullah dengan membuat sarangnya di pintu gua itu menyebabkan orang Quraisy berpatah balik kerana yakin tiada manusia didalamnya disebabkan sarang labah-labah yang masih berkeadaan cantik itu.

Terdapat juga hadis mengatakan:
1.Riwayat dari Ummu Syarik:
Sesungguhnya Nabi S.A.W menyuruhnya membunuh cicak
2.Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah
3.Riwayat dari Abi Hurairah dari Nabi S.A.W:
sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua

Bukan sahaja itu kisah pengkhianatan CICAK.Terdapat riwayat dari Bukhari yang bersanadkan pada Ummu Syarik bahawa Rasulullah S.A.W. menyuruh untuk membunuh cicak.Baginda berkata:"Binatang itulah yang menyemburkan (api) kepada Ibrahim".

Imam Ahmad mengatakan bahawa Ismail meriwayat kepadanya yang diterima dari Ayyub dari Nafi',beliau berkata bahawa ada seorang perempuan datang kepada Aisyah R.A..Di kediaman beliau,perempuan itu melihat sebilah tombak tergantung.Dia bertanya:"Untuk apakah tombak itu?'.Aisyah R.A. menjawap:"Untuk membunuh cicak".Kemudian beliau mengatakan keterangan yang diterima dari Rasulullah S.A.W.:"Ketika Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api,seluruh binatang melata berusaha memadamkan api di sekitarnya.Hanya cicak yang tidak mahu.Binatang itu malah menyemburkan api kepadanya".

Jadi,jelas disini mengatakan cicak ini sentiasa mengkhianati rasul-Nya.Setelah ia mengkhianati Nabi Ibrahim,ia malah mengkhianati Rasulullah S.A.W..So,amatlah wajar kita membunuhnya bukan?

Sumber:Kisah Para Nabi terbitan Nadi Minda Resources(NMR) karya terjemahan Ust.Johari Yaman dari karya asal Qishash Al-Anbiya'(Ibnu Kathir).

Sunday, March 13, 2011

Dalil dari al-Quran dan Hadis Mengenai Mengumpat


ALhamdulillah hari ini,ana berkesempatan lagi untuk berkongsi sedikit ilmu yang ana rasa tertarik sangat untuk dikongsi bersama antum pembaca blog ini tika ana sedang bercuti di rumah bapa saudara ana ni.

Ketahuilah bahawa mengumpat yang dilarang itu ialah menyebut perihal saudaramu dengan lisan,sebab dengan sebutan itu engkau dapat menyampaikan kekurangan-kekurangan saudaramu dan mendedahkan segala hal yang dibencinya kepada orang lain.


Lantaran itu,maka membuat sindiran itu samalah seperti berkata dengan berterus-terang,perbuatan pula samalah dengan perkataan,mengisyarat samalah dengan mengangguk,berkelip mata samalah dengan membisik-bisik,menulis samalah dengan menunjuk gerak laku.Pendek kata apa saja yang dilakukan oleh engkau yang boleh menunjukkan kepada maksud dan tujuan ghibah atau mengumpat,maka ia dilarang dan dihukumkan haram.

Dalil yang paling mahsyur yang selalu kita dengar tentang mengumpat ialah,ia ibarat kita memakan daging saudara kita sendiri.Itu dalil dari al-Quran,dari surah al-Hujurat ayat 12.Maksud penuhnya ialah:


"Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Apakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah menjadi bangkai,tentulah kamu sekelian benci memakannya."


Tapi sebenarnya bukan itu saja,ada banyak lagi,antaranya:

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Setiap Muslim atas Muslim yang lain haram darahnya,haram hartanya,dan haram kehormatannya."
Sabda Rasulullah S.A.W lagi:
"Janganlah kamu sekelian dengki-mendengki,janganlah benci-membenci,janganlah menambah harga terhadap barang yang hendak dibeli oleh saudaramu,janganlah musuh-memusuhi,jangan umpat-mengumpat setengah kamu dengan setengah yang lain,dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara."


Dari Jabir dan Abi Said,Rasulullah S.A.W bersabda:
"Awaslah daripada mengumpat,kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina.Sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat.Maka diterima ALlah S.W.T akan taubatnya.Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat,tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpatnya itu."


Diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Anas,Rasulullah S.A.W bersabda:
"Pada malam aku diIsra'kan aku telah melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka mereka dengan kuku-kukunya sendiri,maka aku berkata:"Hai Jibril siapa mereka ini?Jawab Jibril: Mereka ini adalah orang-orang yang suka mengumpat orang banyak dan mereka yang suka menjaga tepi kain orang."

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Abid Dunya:Salim bin Jabir berkata :
"Aku mendatangi Rasulullah S.A.W lalu aku berkata: "Ajarilah aku kebajikan yang akan aku mengambil manfaat daripadanya.Maka Rasulullah S.A.W. menjawab: Janganlah engkau memandang hina sedikit pun akan perbuatan yang baik dan walaupun engkau menuangkan air dari timba engkau dalam bejana orang yang meminta minum.Dan bahawa engkau berjumpa dengan sahabat engkau dengan gembira dan baik.Dan jikalau ia membelakangi,maka janganlah engkau mengumpatnya."

Berkata pula al-Barra' bin Azib:
Rasulullah S.A.W. berpidato kepada kami sehingga aku terdengar suara kaum wanita di rumah-rumah mereka.Diantara lain baginda bersabda: "Hai golongan orang-orang beriman dengan lisannya,tetapi tidak beriman dengan hatinya.Janganlah kamu mengumpat kaum muslimin dan jangan intip keaiban mereka,maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya,nanti Allah akan intip keaibannya,dan siapa yang diintip ALlah akan keaibannya,nescaya akan dimalukannya,meskipun yang berlaku ditengah-tengah rumahnya."


Ada yang mengatakan bahawa ALlah Ta'ala menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s yang maksudnya:


"Barang siapa yang meninggal dengan taubat dari mengumpat orang,maka dia adalah orang yang penghabisan masuk syurga.Dan barang siapa yang meninggal dengan berkekalan mengumpat orang,maka dia adalah orang pertama masuk neraka."


Maka sama2 kita muhasabah ye sahabat-sahabat..
Kita usaha sikit-sikit untuk tinggalkan mengumpat,mungkin pada yang terlalu biasa bergelak ketawa dengan menyebut keaiban seseorang yang lain,maka sedarlah sekarang sebelum kita meninggalkan dunia ini..Sama2 kita usaha..

Selamat Beribadah semua..=)
 

Wednesday, March 2, 2011

TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT


Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.

Banyak tertawa menjadikan hati semakinmalap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidakmenyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya darigelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkanakal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintudaripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhiratdan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alamtersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedangmenuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama adaberbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapidi akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkankeadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kitatentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkansuasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kuburialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangandan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurgaatau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengansikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikankita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaanterhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawanescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnyaperjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadatbeliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdildan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkanperasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembiradengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanyatersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

Tuesday, January 25, 2011

AMALAN YANG DI BAWA SELEPAS MATI

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Pertama
"Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana ALLAH Taala, seperti:

(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.

(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.

(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai ALLAH seperti mendirikan hospital , mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buku-buku pengetahuan yang berguna dan sebagainya.

Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah S.A.W. dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-masing. Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Kedua:
"Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya. Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.

Ketiga:
"Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya" Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.Sebab itulah Rasulullah S.A.W. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu.
post by: ANNA

Kisah2 diatas adalah sebagai peringatan buat diriku, keluargaku, dan sesiapa sahaja yang ingin menghayatinya..kehidupan di dunia adalah sementara namun kehidupan akhirat jualah tempat kembali yang kekal abadi buat selama-lamanya....Oleh itu wahai sahabat-sahabatku maafkanlah segala kesalahan2, kekurangan2, kelemahan2 yg ada pada diriku dan di teratakku ini selama aku bersilaturrahim denganmu...diriku hanyalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan segala kesalahan..dan yang pasti diriku menyayangimu kerana ALLAH.


Marilah sama2 kita sentiasa panjatkan doa padaNya:

" Ya ALLAH, ya Rahman, ya Rahim, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Mulia, Ampunkanlah segala dosa-dosa kami, dosa2 kedua ibubapa kami, dosa2 keluarga kami, dosa2 saudara mara kami, sahabat2 kami, jiran2 kami dan dosa2 umat Muhammad S.A.W. Ya ALLAH, ampunkanlah segala dosa2 kami yang terlalu banyak ini, mungkin tidak terhitung banyaknya..mungkin melebihi dari segala apa yang ada di dunia ini...Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui....Ya ALLAH, akhirkan kematian kami kelak dengan kesudahan yang baik, dalam ucapan kalimah Toyyibah (LailahaillallahMuhammadurrasulullah), matikan setiap umat Muhammad SA.W dalam iman dan islam, dalam usaha memperjuangkan dan menyebarkan agamaMu, Wahai Tuhan kami, kami mohon padaMu, selamatkanlah kami dari azab kubur, jadikanlah kubur-kubur kami bagaikan taman-taman syurga, luaskan kubur kami, berilah cahaya lagi terang buat menerangi kubur kami dari kegelapan, jadikan AL-Quran sebagai penolong kami ketika di alam barzakh, mudahkan kami menjawab segala pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir, berilah catatan amalan kami melalui tangan kanan, mudahkan penghisaban kami kelak dibawah naunganMu, mudahkan kami melintasi titian sirath sepantas kilat, selamatkan kami dari azab api neraka dan masukkanlah kami dalam syurgaMu dengan berkat syafaat Nabi Muhammad S.A.W kekasihMu iaitu Nabiku...Amin Ya Robbal A'lamin..

akhir kata dariku, " WALAUPUN WAKTU TERUS BERLALU, NAMUN RAHMAT DAN HIDAYAH (ALLAH) TETAP BERTERUSAN .....KERANA KASIH SAYANG (ALLAH) MELEBIHI KEMURKAANNYA...."