Islamic Widget

sYuKrAn..^_^

Thursday, September 8, 2011

KHADIJAH AL-KHUWAILID, ISTERI TERBAIK

Siapakah wanita pertama yang beriman di saat semua orang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad SAW?
Siapakah wanita yang sanggup mendermakan seluruh hartanya di saat semua orang enggan memberinya?
Siapakah wanita yang mampu memberikan Rasulullah keturunan?
Siapakah wanita yang bijak meneguhkan hati seorang suami di saat semua orang membencinya?
Semua jawapan ini terhimpun pada Khadijah al-Khuwailid. Terangkat kemuliaannya sebagai murobbiah paling terang daripada segenap gugusan bintang.

Profil Khadijah

            Beliau ialah Ummu al-Qasim binti Khuwailid bin Asad bin Abdul ‘Uzza bin Qushai bin Kilab. Lahir di Ummul Qura (Makkah) sekitar 15 tahun sebelum Tahun Gajah. Keturunan suku Quraisy dari keluarga Bani Asad.
Menurut Az-Zubair bin Bakkar, sejak zaman jahiliyyah, beliau dikalungkan gelaran al-Thahirah (wanita suci) oleh masyarakat setempat. Ini disebabkan oleh sifatnya yang sukakan kebersihan dan kesucian. Ibunya bernamaFatimah binti Za’idah al-A’miriyah.
Beliau merupakan seorang usahawan wanita terkemuka. Sangat berjaya dalam bidang perniagaan. Satu kafilah dagang Khadijah yang dihantar ke Syria menyamai konsortium beberapa kafilah dagang Quraisy.
Sebelum dikurniakan darjat sebagai Ummul Mukminin yang pertama, Khadijah telah beberapa kali menikah. Suami pertamanya adalah Abu Halah bin Zurarah al-Tamimi.
Setelah kematian suaminya, beliau menikah lagi dengan A’tiq bin A’bid bin Abdullah bin Umar bin Makhzum. Namun, perkahwinan itu tidak kekal. Ramai pembesar Quraisy yang melamar Khadijah namun ditolak kesemuanya.

Pemuda yang berjaya menambat hatinya ialah Muhammad bin Abdullah yang ketika itu berusia 25 tahun. Lebih muda 15 tahun daripada usianya. Hiduplah beliau di sisi Muhammad sebagai tauladan isteri paling solehah sepanjang zaman.

Khadijah di Hati Nabi

            Khadijah merupakan isteri kesayangan Nabi Muhammad SAW. Beliau dimuliakan suami ketika hidup dan sesudah wafat. Pengorbanan beliau sentiasa dikenang. Menjadi ingatan abadi. Pujian yang sentiasa meniti di bibir Nabi terhadap insan bernama Khadijah r.ha mengundang kecemburuan Aisyah r.ha, biarpun pada saat itu Khadijah r.ha sudahpun wafat.
            Aisyah berkata, “Saya tidak pernah cemburu kepada seoorang wanita seperti kecemburuanku kepada Khadijah, kerana Rasulullah sangat sering menyebut-nyebut namanya…” (Muttafaqun a’laih).
            Aisyah melanjutkan cerita, “Jika Rasulullah SAW menyembelih kambing, maka baginda berkata, ‘Bahagikan kepada teman-teman Khadijah.’ Saya pernah membuat Rasulullah marah apabila berkata, ‘Lagi-lagi Khadijah!’ Baginda berkata, ‘Sesungguhnya saya amat mencintainya.’ (Muttafaqun a’laih).

Keutamaan Khadijah

            Antara keutamaan Khadijah yang tidak dimiliki oleh isteri-isteri Rasulullah SAW yang lain ialah:
1.      Isteri pertama Rasulullah SAW. Kekasih pertama di hati Nabi.
2.      Rasulullah SAW tidak menikahi wanita lain selama Khadijah r.ha. masih hidup. Aisyah r.ha berkata, “Selama hidup bersama Khadijah, Nabi SAW tidak menikahi wanita lain sampai Khadijah meninggal dunia.” (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 2436).
3.      Rasulullah SAW tidak mengambil hamba wanita sehinggalah Khadijah r.ha meninggal dunia.
4.      Isteri yang mampu memberikan keturunan kepada Rasulullah SAW.
5.      Rasulullah SAW tidak pernah berasa marah kepada isteri ketika hanya mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Khadijah. Hanya setelah mempunyai ramai isteri, karenah para isteri kadang-kadang membuatkan baginda marah. Marah-marah sayang. Penuh hikmah.
6.      Insan pertama solat bersama Nabi.
7.      Wanita pertama di antara isteri-isteri Nabi yang mendapat jaminan syurga.
8.      Orang pertama menerima salam daripada Allah.
9.      Wanita pertama yang masuk dalam kategori shiddiq (yang benar).
10.  Orang pertama yang kuburnya dipersiapkan oleh Nabi SAW.

Ibu yang Barakah

            Khadijah melahirkan keturunan bagi Nabi. Permata hati mereka seramai 6 orang iaitu 2 lelaki dan empat perempuan. Mereka adalah Al-Qasim, Abdullah, Fatimah, Ummu Kulthum, Zainab dan Ruqayyah. (Rujuk  Dalailun Nubuwwah, al-Baihaqi, hlm. 70).
            Beliau tabah menerima takdir apabila semua puteranya dijemput mengadap Allah ketika masih kecil. Keberkatannya terserlah apabila dipilih oleh Allah SWT untuk melahirkan penghulu wanita di syurga iaitu Fatimah binti Muhammad.

Kematangan Khadijah

1.    Matang memilih pasangan hidup
Beliau menolak sekian banyak lamaran tokoh-tokoh Quraisy kerana dapat menduga ketertarikan mereka lebih kepada tamakkan harta Khadijah. Wanita yang matang menilai ini menemui keluhuran akhlak pada peribadi Nabi yang amanah menguruskan hartanya bukannya diperhambakan oleh harta. Peribadi Rasulullah SAW dirisik melalui hamba lelakinya Maisarah.
Hasrat hati lalu diungkapkan melalui sahabat karibnya, Nafisah binti Munabbih. Beliau tidak mengungkapnya sendiri kerana ingin menjaga martabat malu seorang wanita. Rasulullah SAW menerima hasrat itu dengan lapang dada. Lalu, disampaikan keinginannya menikahi Khadijah kepada bapa-bapa saudaranya. Maka, Abu Thalib, Hamzah dan bapa-bapa saudara Nabi yang lain menemui bapa saudara Khadijah, A’mr bin Asad untuk meminang Khadijah bagi pihak Muhammad.
Walaupun menikahi seorang lelaki miskin bernama Muhammad, Khadijah bahkan terasa makin  kaya. Kaya harta dan ditambah kaya jiwa. Kekayaan budi pekerti Muhammad menambahkan kekayaan hidupnya. Apatah lagi, Muhammad sangat cekap berniaga, amanah dan datang daripada keturunan terhormat.

2.      Segera menyahut kebenaran
Pada suatu hari, Rasulullah SAW pulang ke rumah setelah diajar Jibril cara mengerjakan solat. Rasulullah SAW pulang dan mengkhabarkan kepada Khadijah. Khadijahpun segera minta diajar dengan berkata, “Tunjukkanlah kepada dinda apa yang ditunjukkan Jibril kepada kanda.”
Rasulullah SAW lantas mengajarnya berwudhuk dan solat. Kemudian, mereka solat bersama-sama. Setelah solat, Khadijah bersaksi atas kerasulannya. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam Kitab Al-Ishaabah, “Riwayat ini merupakan bukti paling jelas tentang keislaman Khadijah.”
Saat itu, solat lima waktu belum diwajibkan. Solat yang diajar Jibril hanyalah solat dua rakaat di waktu pagi dan solat dua rakaat di waktu malam.

3.     Menghormati Ibu Susuan Nabi
Khadijah dengan senang hati bersama suaminya membawa Ummu Aiman, ibu susuan Nabi ke rumahnya setelah pernikahan mereka. Ummu Aiman yang berjasa itu dimuliakan seperti memuliakan ibu kandungnya sendiri.
Bukan itu sahaja, ketika Halimatus Saadiah datang mengadu kepada Nabi tentang penderitaan kemiskinan di Kampung Bani Saad, Khadijah bermurah hati menghadiahkan 40 ekor kambing dan seekor unta untuk membawa air dan bekalan yang cukup. Beliau sedar, suaminya membesar dalam pelukan Halimah. Kampung Bani Saad itu pula penuh nostalgia dalam hari-hari kecil suaminya. Itulah cara Khadijah memuliakannya.

4.      Peka membaca apa yang disukai Nabi
Khadijah tahu bahawa Nabi amat menyukai hambanya, Zaid bin Haritsah. Tanpa berlengah lagi, beliau menghadiahkan hambanya itu kepada suami tercinta. Zaid lalu dimuliakan Nabi menjadi anak angkatnya dengan gelaran Zaid bin Muhammad sebelum larangannya disyariatkan.

5.     Menenangkan suami yang ketakutan
Dalam peristiwa agung penurunan wahyu yang pertama di Gua Hira’, prosesnya amat berat dan melelahkan. Gema suara Jibril yang menyeru ‘Bacalah!’ terasa amat menggerunkan. Rasulullah SAW pulang dalam keadaan ketakutan.
“Selimuti kanda! Selimuti kanda!” Pinta Rasulullah tatkala disambut isterinya.
Setelah itu, Rasulullah berkongsi ketakutannya dengan isteri tercinta. Dengan lembut bicara dan tenang wajahnya, Khadijah menghiburkan, :”Jangan khuatir. Berbahagialah, sesungguhnya Allah tidak mungkin akan menghinakan kanda dengan kejadian itu. Selama ini kanda sering menyambung silaturrahim, jujur dalam berbicara, meringankan beban orang yang susah, membantu orang yang lemah, menghormati tamu, dan mendukung setiap kebenaran.” (Rujuk Sahih Muslim).
Beliau dengan bijaksana membawa suaminya berjumpa Waraqah bin Naufal yang alim. Ia makin meneguhkan keyakinan suaminya.

6.      Menjadi orang pertama memeluk Islam
Imam Izzuddin bin al-Atsir rahimahullah berkata, “Khadijah adalah manusia pertama yang memeluk Islam” (Usudul Ghaabah, hlm. 78). Dialah peneguh dakwah Nabi. Mengorbankan seluruh kekayaannyademi agama yang diimani. Saat orang Islam ditindas, didera dan dipulaukan, beliau tetap di belakang suami, seorang Nabi.

Allah Berkirim Salam

            Inilah peribadi Khadijah yang menerima salam daripada Allah SWT. Abu Hurairah menyatakan bahawa Jibril datang kepada Nabi SAW sambil berkata, “Wahai Rasulullah, Khadijah sedang berjalan kemari. Ia membawa bekas yang berisi kuah, makanan dan minuman. Jika ia sampai kepadamu, maka katakanlah bahawa Tuhan-Nya dan aku berkirim salam kepadanya. Dan sampaikanlah khabar gembira kepadanya bahawa ia  mendapat sebuah rumah di syurga yang dibuat daripada buluh yang tidak dirisik dan tidak melelahkan.” (Muttafaqun alaih).
            Fatimah pernah bertanyakan ayahnya tentang hal itu, “Adakah buluh yang berada di sekitar ini?” Rasulullah menjawab, “Tidak. Melainkan buluh yang bertatahkan intan, mutiara dan berlian.”

Tahun Kedukaan

            Apabila dakwah Islam mencecah tahun kesepuluh dan mengalami pelbagai peristiwa besar, Rasulullah SAW mengalami ujian getir apabila Allah menjemput kekasih hatinya. Dialah Khadijah yang teguh berdiri di belakangnya selama ini. Hati bertambah pilu apabila kematian Khadijah disusuli kematian Abu Thalib yang turut banyak membantu dakwah baginda. Hingga diisytiharkan tahun itu sebagai Tahun Kedukaan.

FATIMAH AZ-ZAHRA, KETUA BIDADARI SYURGA

Terlalu banyak kemulian dan jasa  Fatimah r.ha binti Muhammad yang tidak termampu untuk dinukilkan semuanya. Beliaulah puteri kepada penutup segala Nabi yang banyak mewarisi keindahan akhlak ayahandanya.

Lahirnya Si Puteri Bongsu
            Saat Ummul Qura (Makkah) menyaksikan orang-orang Quraisy membaiki Kaabah, lahirlah puteri bongsu Rasulullah SAW. 5 tahun sebelum kenabian. Beliau sangat mirip dengan ayahandanya yang mulia. Disusui sendiri oleh bondanya. Tatkala masyarakat jahiliyah malu besar setiap kali menerima berita lahirnya anak perempuan, namun Rasulullah SAW sangat gembira dengan kelahiran puterinya. Mencintai dan menyayanginya dengan penuh tulus.

            Didikan di Rumah Kenabian
            Sekolahnya di rumah kenabian. Berguru langsung dengan penghulu segala murabbi, seorang Nabi. Daripada kecil sehinggalah menginjak remaja, beliau sentiasa menjadi yang terbaik. Sumber rujukannya adalah sumber yang terbaik. Ayahnya insan terbaik. Ibunya wanita terbaik. Mengalir daripada asuhan ibu bapa yang agung.

            “Ibu Ayahnya”
            Ketika masyarakat jahiliyah hidup dalam lumpur kejahatan yang hina, menyembah patung, mabuk arak, membunuh anak perempuan, namun Fatimah menyaksikan ayahnya tetap bersih terpelihara. Fitrah insan bencikan kejahatan. Apabila terbit sinar Islam menerangi tanah Arab dengan terutusnya Nabi akhir zaman, maka Fatimah tidak teragak-agak menyertai ibunya untuk menjadi generasi yang pertama beriman.
Kewafatan bonda tercinta, Khadijah al-Khuwailid, menyebabkan remaja puteri itu berperanan mengambil alih tugas ibunya. Apatah lagi kakak-kakaknya Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum sudah berumah-tangga. Perjuangan ayahnya didokong habis-habisan. Kematangannya terserlah hinggakan para sahabat menggelarkannya, “Ibu ayahnya.” (Rujuk Nisaa ahlil bait, 533-534).
Imam Zarqani berkata, “Sehingga, tidak diperlukan pernyataan khusus untuk membuktikan bahawa mereka adalah generasi pertama yang memeluk Islam, kerana mereka tumbuh dalam bimbingan kedua orang tua yang penuh kasih sayang dan akhlak mulia. Dari ayahnya, Fatimah belajar semua akhlak mulia. Dari ibunya, Fatimah belajar kejernihan fikiran yang tidak dimiliki wanita lain.”

Berani Membela Nabi
Ibnu Ishaq berkata, “Orang-orang Quraisy benar-benar memusuhi Rasulullah dan orang-orang yang memeluk Islam. Mereka tidak henti-henti mendustakan Rasulullah, mengganggu dan melemparinya dengan batu. Mereka juga mengejek baginda sebagai tukang sihir, bomoh dan orang gila. Namun Rasulullah tetap menyebarkan kebenaran.” (Rujuk Sirah Ibnu Hisyam 1/238).
Abdullah bin Umar berkata, “Ketika Rasulullah SAW berada di halaman Kaabah, Uqbah bin Abu Mu’ith mendekati dan menarik bahu Rasullah SAW. Dicekik leher Rasulullah SAW dengan selendangnya. Abu Bakar datang lalu menarik bahu Uqbah supaya ia menjauh daripada Rasulullah SAW.” (Rujuk HR Bukhari, 3856).
Saidina Ali r.a. berkata, “Demi Allah tidak seorang pun dari kami yang berani mendekat kecuali Abu Bakar. Beliau menghalau orang-orang Quraisy itu dan menjauhkan daripada Baginda. (Rujuk Ghafir: 28).
Selain Saidina Abu Bakar r.a., Fatimah r.ha. tidak berpeluk tubuh tatkala melihat ayahnya diganggu dan dianiaya. Suatu kisah menyayat hati diceritakan oleh Abdullah Ibnu Mas’ud, saat Rasulullah SAW sedang solat berdekatan Kaabah, Abu Jahal dan teman-temannya duduk berhampiran. Mereka saling mencabar,
“Siapa yang berani meletakkan najis unta di punggung Muhammad saat dia sujud?” Maka bergegaslah orang yang paling sengsara di antara mereka iaitu Uqbah bin Abu Mu’ith. (Rujuk Bukhari, 3186 dan Muslim 1794.)
Mereka ketawa berdekah-dekah. Rasulullah SAW tetap bersujud. Tiada siapa berani membela  saat itu sehinggalah Fatimah r.ha. dengan beraninya datang membuang najis unta. 

            Rela Menahan Lapar, Iman Tidak Pudar
            Tragedi pemulauan kaum muslimin amat menguji iman. Ketika itu kebencian kaum kafir Quraisy terhadap Rasulullah SAW kian memuncak. Sejarawan Suhaili merekodkan: 
Jika ada rombongan pedagang datang ke Kota Makkah, beberapa orang Islam pergi ke pasar Makkah untuk membeli makanan buat ahli keluarga mereka. Namun Abu Lahab berkata dengan suara lantang, 
“Wahai para pedagang, jika teman-teman Muhammad ingin membeli sesuatu, berikan harga yang sangat mahal agar mereka tidak dapat membelinya. Jangan takut tidak laku, aku yang akan membeli barang dagangan kalian.”
Lalu para pedagang itu menaikkan harga sangat tinggi. Orang-orang Islam pun tidak mampu membeli. Mereka tidak memperolehi makanan dan pakaian.
            3 tahun orang-orang Islam melalui hari-hari yang penuh kelaparan di perbukitan. Fatimah r.ha. sabar dan teguh melalui kesulitan tempoh itu. Namun, parahnya ujian kelaparan membuatkan Fatimah r.ha jatuh sakit. Bondanya juga tenat menahan sakit.
            Sakit Fatimah belum pulih, bondanya pula dijemput Ilahi. Kesedihan bertali arus. Gadis tabah itu tidak tenggelam dalam emosi. Beliau menggagahkan diri untuk terus bangkit mendokong perjuangan ayahanda tercinta habis-habisan.

            Mengagumi Keberanian Ali r.a.
            Penyiksaan demi penyiksaan makin tidak kenal belas kasihan. Selepas beberapa siri penghijrahan, akhirnya Rasulullah SAW memerintahkan kaum muslimin berhijrah ke Madinah. Baginda menyusul kemudian, ditemani oleh Saidina Abu Bakar r.a.  Peristiwa hijrah yang agung itu diatur dengan penuh strategi.
Fatimah r.ha tidak dapat melupakan keberanian Saidina Ali r.a. menggantikan tempat tidur ayahandanya. Peranan yang sangat penting dalam strategi hijrah kerana taruhannya adalah nyawa. Allah SWT juga tidak melupakan keberanian Saidina Ali r.a. menggantikan tempat tidur Nabi hingga menganugerahkan Fatimah r.ha. sebagai teman tidur hidupnya. Alangkah bertuahnya Ali.

                Pernikahan yang Barakah
            Di dalam buku Raudhatul Muhibbin wanuzhatul Musytaqin, karangan Ibnul Qayyim al-Jauziyah menyebut, puteri Nabi, Fatimah az-Zahra pernah dipinang oleh Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar namun kedua-duanya ditolak oleh Rasulullah SAW. Kenapa ya? Rupa-rupanya, Rasulullah SAW tidak mahu semua puterinya dimadukan.
            Pada tahun ke-2 hijrah, Saidina Ali r.a. menikahi Fatimah r.ha. Pernikahan barakah ini berlangsung setelah perang Badar. Demi memiliki cinta penghulu bidadari syurga, Saidina Ali r.a. menjual sebahagian barang miliknya termasuk peralatan perang. Semuanya bernilai  480 dirham.
Daripada jumlah itu, Rasulullah menyuruh menggunakan 2/3 daripadanya untuk membeli wangi-wangian dan 1/3 daripadanya untuk membeli pakaian. Rasulullah memasukkan wangi-wangian itu ke dalam bekas mandi dan menyuruh pengantin mandi dengan air itu.
            Fatimah r.ha rela malah bahagia dinikahi oleh Saidina Ali r.a. meskipun  hidup miskin. Biarpun maharnya rendah, dihadiahkan pula mahar itu kepada suami tercinta. Berpindahlah pengantin baru ke rumah suaminya yang tidak memiliki perabot.  Rumah yang sangat sederhana. Hanya terdapat kulit biri-biri sebagai alas tidur, bantal berisi serabut tamar, penggiling gandum, ayakan dan sekantung susu. Letak rumah itu pula jauh daripada rumah Rasulullah SAW. (Rujuk Nisa’ Mubassirat bil Jannah: 209).
Rasulullah SAW berperanan sebagai mentua terbaik apabila memberikan nasihat yang panjang sebelum meninggalkan anak menantunya mengharungi bahtera rumah tangga bersama. Didekatkan pula anak menantu dengan keluarga baginda apabila memindahkan mereka berdekatan dengan rumah baginda iaitu di salah sebuah rumah pemberian Haritsah r.a. (Rujuk Suwar min hayatis sahabah, 40)
Rumah tangga suaminya diuruskan sendiri. Terserlah peribadinya sebagai seorang wanita yang sabar, taat beragama, baik, menjaga kehormatan, qana’ah dan sentiasa bersyukur kepada Allah SWT. (Rujuk al-Siyar: 2/119).

Zikir Fatimah
Kelelahan menguruskan tugas rumah tangga seharian, mendidik anak-anak, ditambah pula dengan tugas-tugas dakwah menyebabkan Fatimah r.ha teringin mempunyai seorang pembantu. Lagipun, kebetulan pada masa itu Islam mempunyai banyak tawanan perang.
Kelelahan Fatimah r.ha. bukan sedikit. Jika pada zaman ini, kita hanya perlu ke kedai untuk membeli sebuku roti namun Fatimah r.ha. perlu menggilingnya daripada biji-biji gandum, mengayak, mengadun dan membakarnya sendiri.
Dipendamkan dahulu niat memiliki pembantu biarpun beberapa kali menziarahi Rasulullah SAW kerana sangat pemalu untuk meminta daripada ayahandanya. Begitu juga suaminya. Namun lantaran berat beban ditanggung, Fatimah r.ha terpaksa meluahkan keperluannya itu pada suatu hari. 
Kebetulan, kaum muslimin mempunyai beberapa orang tawanan perang yang boleh dijadikan hamba atau pembantu. Fatimah r.ha memohon salah seorang daripadanya. Permintaan itu tidak dikabulkan oleh Rasulullah.
Hal ini bukan kerana tidak elok memiliki pembantu rumah kerana semua isteri Rasulullahpun mempunyai pembantu rumah. Namun, selaku pemimpin yang adil, Rasulullah SAW lebih mengutamakan untuk memberi makan kepada golongan suffah (golongan merempat yang menumpang tinggal di masjid) dengan duit hasil jualan para tawanan tersebut. Fatimah r.ha. dan suaminya pulang dengan redha.
Tidak lama kemudian, Rasulullah SAW pula datang ke rumah puterinya. Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Baginda bersabda,
“Mahukah ayah ajarkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada apa yang diminta? Jika hendak tidur, bacalah takbir 34 kali, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali. Ini lebih baik daripada seorang pembantu.” Lalu, zikir ini terus menemani hayat Fatimah r.ha. Beliau dan suaminya memilih hidup zuhud dan sangat sederhana. (Rujuk Nisa’ Ahlil Bait: 550).

Membuktikan Wanita Berhak Mengizinkan atau Minta Dibebaskan Jika Suaminya Ingin Berpoligami
            Suatu hari Saidina Ali r.a. dipinang oleh Abu Jahal untuk puterinya. Hal itu amat menyakitkan Fatimah r.ha. Apabila diadukan kepada ayahandanya, ternyata Rasulullah SAW juga terasa disakiti dengan apa yang menyakitkan puterinya. Baginda berdiri lalu berpidato, “Aku telah nikahkan Abu Ash bin Rabi’. Dia berkata kepadaku dengan jujur. Fatimah binti Muhammad adalah sebahagian daripadaku. Aku tidak suka orang-orang menyakitinya. Demi Allah, tidak akan berkumpul puteri utusan Allah dengan puteri musuh Allah pada seorang lelaki.”
Mishwar bin Makhramah pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda di atas mimbar, “Bani Hasyim bin Mughirah memintaku merestui pernikahan  puteri mereka dengan Ali bin Abi Thalib.  Aku tidak izinkan, dan aku tidak izinkan. Kecuali jika Ali menceraikan puteriku dan menikahi puteri mereka. Puteriku adalah bahagian daripadaku. Apa yang membuatnya gelisah juga membuatku gelisah, dan apa yang menyakitinya juga menyakitiku.” (Rujuk HR Muslim, 2449). Maka Ali r.a. menolak pinangan Abu Jahal.
            Imam Nawawi berkata, dari hadis ini para ulama mengambil kesimpulan, “Tidak boleh menyakiti Rasulullah SAW walaupun pada perkara yang harus. Seperti peristiwa di atas, perkahwinan puteri Abu Jahal dengan Ali sebenarnya harus dilakukan tetapi Rasulullah SAW melarangnya dengan dua alasan: 1. Pernikahan itu akan menyakiti Fatimah, dan itu menyakiti Rasulullah. 2. Khawatir terjadi hal-hal yang tidak baik pada Fatimah yang timbul dari rasa cemburu.” (Rujuk Syarhun Nawawi: 16/4).
Imam Bukhari RA berkata (hadis 5230): Qutaibah meriwayatkan kepada kami dari Laits dari Ibnu Abi Mulaikah dari Miswar ibn Makhramah dia berkata, saya mendengarkan Rasulullah SAW bersabda dari atas mimbar, "Sesungguhnya Bani Hisyam ibn Mughirah meminta izin untuk menikahkan puteri mereka dengan Ali ibn Abu Talib, maka aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan, kemudian aku tidak mengizinkan. Kecuali putera Abu Talib ingin menceraikan puteriku dan menikah dengan puteri mereka. Kerana dia adalah darah dagingku, membuat aku sedih apa yang menyedihkannya dan menyakitiku apa yang menyakitinya."[1] 
Ulama-ulama memberikan beberapa tafsiran terhadap hadis ini sebagaimana dipetik dalam kitab syarah hadis Bukhari yang paling terkenal iaiatu Fathul Bari 86/7,  karangan Ibnu Hajar al-Asqalani. Antara tafsirannya ialah:
1.      Puteri Abu Jahal tidak layak bersama Fatimah dalam satu darjat sebagai madu.
2.      Difahami daripada konteks kisah ini Rasulullah telah mensyaratkan kepada Ali supaya tidak memadukan Fatimah r.ha. Rasulullah SAW menyebut menantunya yang lain telah menunaikan janji mereka. Jelas sekali bahawa menantu yang lain memenuhi satu syarat iaitu tidak memadukan puteri Rasulullah sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, “Dia berkata kepadaku, dia jujur kepadaku, dia berjanji kepadaku maka dia memenuhi janjinya.” Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar, “Dia berkata kepadaku, dia jujur kepadaku.” Ia seperti syarat ke atas dirinya supaya tidak memadukan Zainab. Begitu juga Ali r.ha., jika dia tidak berbuat begitu juga (memenuhi syarat itu) ia mungkin lupa pada syarat itu, maka didatangkanlah dalam khutbah (untuk mengingatkannya). Ataupun mungkin tidak berlaku pun syarat seandainya tidak dijelaskan bahawa itu suatu syarat, tetapi menjadi kemestian ke atasnya meraikan ketetapan ini. Oleh sebab itulah berlakunya cercaan (ke atas kesalahannya supaya dibetulkan).
3.      Meraikan hak Fatimah r.ha. Dia ketiadaan ibu dan kakak sebagai tempat bergantung, penghilang kesedihan dan menjadi peneman. Dia kehilangan ibu kemudian kakak-kakaknya seorang demi seorang, dan tidak tinggal seorangpun yang dapat ia bermanja dan dapat menjadi peringan beban masalahnya jika nanti dia cemburu.
Realiti hari ini, masih wujudkah bapa sewibawa Rasulullah SAW dalam memahami dan membela rasa hati puterinya?

            Setiap Yang Berhak Boleh Menyuarakan Haknya
            Setelah kewafatan ayahandanya, Rasulullah SAW, Fatimah r.ha meminta daripada Abu Bakar r.a. sebahagian harta warisan Nabi.  Walaupun Rasulullah telah mengkhabarkan awal-awal kepadanya bahawa usianya paling dekat menyusuli kematian baginda namun hak tetap hak.  Fatimah masih menuntutnya walaupun tahu beliau sudah dekat hendak mati.
Abu Bakar menegaskan bahawa, Rasulullah SAW pernah bersabda, “Kami para Nabi tidak mewariskan harta. Apa yang ditinggalkan adalah untuk disedekahkan.” (Rujuk HR Bukhari).
Abu Bakar berpegang dengan hujah ini. Manakala Fatimah juga mempunyai hujahnya yang tersendiri. Kedua-duanya  dalam daerah pahala kerana mempertahankan sesuatu dengan hujah yang benar bukan mengikut nafsu. Perbezaan pendapat itu lumrah. Fatimah al-Zahra tetap lantang menyuarakan haknya kepada Abu Bakar untuk mewarisi sebidang tanah.
            Ketika Fatimah r.ha jatuh sakit, tidak lama selepas kewafatan ayahandanya, Abu Bakar datang meminta redhanya sehingga Fatimah meredhainya. (Ibnu Hajar menyebutkan hadis ini  yang disandarkan ke Baihaqi yang berkata, “Meskipun hadis ini mursal, tapi sanadnya ke Sya’bi tetap sahih. (Fathul Bari: 6/139).”
            Teladan  kita ini menunjukkan  contoh bahawa walaupun dalam Islam, menunaikan tanggung jawab lebih utama daripada menuntut hak, tapi, itu tidak bermakna Islam menghalang menyuarakan hak. Maka, berlumba-lumbalah kita menunaikan tanggung jawab. Dalam masa yang sama, menghargai  hak kita dan menghormati sesiapa yang menuntut haknya.

Perginya Bunga Agama
            Pada hari Selasa, 3 Ramadhan tahun ke-11 Hijriah, selepas enam bulan kewafatan Rasulullah SAW, Fatimah r.ha pulang ke rahmatullah dengan tenang dan bahagia. Suaminya mengalirkan air mata. Begitu juga anak-anaknya yang amat mencintainya, Hassan, Hussain,  Zainab dan Ummu Kulthum. (Ada riwayat mengatakan puteri-puterinya bernama Zainab al-Kubra dan Zainab al-Asghar).
Umat Islam membanjiri Masjid Nabawi. Solat jenazah dipimpin oleh Saidina Ali r.a. dan kali kedua dipimpin oleh Abbas bin Abdul Mutallib r.a. Bunga agama itu lalu dimakamkan di perkuburan Baqi’ bersebelahan dengan makam saudara-saudaranya, Zainab r.a., Ruqayyah r.a. dan Ummu Kalthum r.a. (Rujuk Nisa’ Ahlul Bait: 601-603).



[1] Hadis sahih dan diriwayatkan oleh Imam Muslim (2449), Abu Daud (2071), Turmudzi, Ibnu Majah (1998), Nasa`i di dalam al-Fadhâ`il (265) dan di dalam al-Khashâ`ish (130), dan Imam Ahmad (4/328), dan di dalam kitab Fadhâ`il al-Sahabat (Keutamaan Sahabat) (1328).

By:Ustazzah Fatimah Syarha

Bila Ujian Cinta Menjalar, Di Mana Panduannya?

Menduakan Cinta-Nya

“Salahkah bercinta?”
            “Allah yang hadirkan cinta secara fitrah, tak kan tak boleh layan?”
            “Kalau tak bercinta, macam mana nak kenal bakal pasangan?”
            Kasihan remaja kita. Banyak persoalan di minda belum terjawab.
Siapa yang akan menjawabnya? Pengalaman orang-orang dewasa di sekeliling mereka yang akan menjawabnya? Mungkinkah logik minda mereka sendiri akan menjawab semuanya? Mungkinkah penangan media massa yang akan mengilhamkan jawapan untuk mereka?
            Beruntunglah remaja yang mencari jawapan yang benar daripada sumber yang ma’sum (terpelihara) iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Bukan mencari fatwa di dalam majalah-majalah hiburan, kisah cinta picisan, drama lakonan dan perbincangan kosong di alam maya.
Beruntunglah remaja yang mendapat didikan yang benar daripada al-Quran dan al-Sunnah. Bukan membiarkan diri dididik dan tunduk kepada kepuasan rakan sebaya, orang sekeliling dan realiti yang bercanggah dengan kebenaran.
Al-Quran dan al-Sunnah, dua sumber itu yang akan menyelamatkan kita daripada terhumban ke dalam kesesatan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Aku meninggalkan kamu dua perkara, tak kan sesat siapa yang berpegang kepada keduanya, kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.” (Hadis riwayat Malik).
Ujian cinta itu berat. Jika ujian cinta itu menjalar dalam segenap hidup manusia sepanjang zaman, tak kan dua sumber yang agung ini tidak memberi panduan tentangnya? Panduan untuk menguruskannya bukan untuk membunuhnya. Masakan Islam agama yang fitrah mahu membunuh fitrah? Islam memandu kita untuk menyalurkannya secara mulia, terhormat dan bermaruah. Bersama redha Allah.
Remajaku sayang,
Belek-beleklah panduan Al-Quran dan Al-Sunnah. Alam remajamu akan menjadi lebih indah terarah. Naluri ingin mencintai dan dicintaimu itu akan terpesona dengan naluri ingin memiliki cinta agung. Kuasa cinta agung ini akan lebih membina kegagahan dalam setiap derap langkahmu menuju ke masa depan. Kegagahan tercipta kerana dirimu merasa dinaungi cinta yang Maha Gagah. Itulah kehebatan cinta Allah.
Di mana harus dicari panduan-panduan yang praktikal? Agar cinta sesama manusia akan dapat memancing cinta Allah sekaligus. Insyallah, di sini, di Solusi salah satu jalannya. Selain mengutip panduan daripada bahan-bahan bacaan yang berfaedah, kau akan ketemuinya di bibir guru-guru yang beramal, orang-orang soleh, di majlis-majlis ilmu, forum-forum, ceramah-ceramah, masjid-masjid, blog-blog yang dipercayai, laman web para ulama dan sebagainya. Ini adalah jalan-jalan untuk kita lebih memahami Al-Quran dan Al-Sunnah. Banyak dan mudah, bukan? Jika hendak seribu daya. Jika tak hendak, doa-doalah biar hati jadi lunak. Tunduk dan menyerah kepada apa yang Allah kehendaki.

Syirik Cinta
            Selalu kita diingatkan agar tidak syirik. Ada apa dengan syirik? Syirik itu menduakan Allah. Menyembah selain Allah. Ia dinobatkan sebagai raja segala dosa besar. Dosa yang tak mampu diberi ganti rugi untuk membeli keampunan Allah.
Mengambil sesuatu yang selain daripada Allah SWT sebagai sumber kecintaan paling utama dalam hidup bererti menggantikan tempat Allah SWT dengan selain-Nya. Allah SWT mendedahkan kepada kita di dalam Al-Quran,
“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan. Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu  mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). (Surah Al-Baqarah: ayat 165).
Para ulama’ ketika membincangkan ayat ini menyebut tentang kesyirikan dalam cinta atau ia digelar sebagai syirkul mahabbah. Manusia menduakan cinta kepada Allah dengan makhluk seangkatan dengannya.
Bagaimana dengan cinta kita kepada makhluk saat ini? Adakah ia sedang menjadi alat untuk kita lebih dekat kepada Allah? Atau adakah ia sedang menjadi matlamat yang kita damba-dambakan sehinggakan melupakan Allah? Semakin besar cintamu kepada Allah, semakin kecil nilai makhluk di hatimu, apatah lagi untuk menjadikannya tandingan kepada Allah untuk diangau-angaukan.
Ketika cinta berkuasa, diri menjadi bingung. Gundah-gulana. Resah melanda. Banyak urusan tergendala. Apa yang dibuat serba tak kena. Merebak rasa malas. Membarah rasa segan jika orang tahu tindakan yang pernah dilakukan. Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran. Menyimbah nur dengan kegelapan. Hati menjuih tatkala mendengar kebenaran.
Aduhai hati, takutlah pada syirik cinta! Jangan tipiskan sensitivitimu wahai hati kerana aku tak sanggup memiliki hati yang mati.

Menterjemahkan Cinta dengan Jalan-jalan “Taqrabu az-zina”?

            Ya, bukan Allah tak tahu hatimu cenderung pada si dia. Bukan Allah tak memahami kau selalu merinduinya. Bukan Allah tak mengerti bayangannya sering singgah di mindamu. Semua itu fitrah. Setiap fitrah ada peraturannya. Kenapa? Supaya fitrahmu itu akan tersalur secara mulia dan diredhai-Nya.
            Bagaimana menghadapi ujian ini? Agar fitrah tak menjadi fitnah. Agar fitrah mendapat barakah. Bagaimanakah caranya?
            Kenal pasti dahulu tahap kesediaanmu wahai remaja.
Dirimu sedang sibuk bergelumang dengan pelajaran kan?
Dirimu belum bersedia untuk berumag tangga kan?
Dirimu sedang mempersiapkan diri kan?
Dirimu sedang mengutamakan prioriti yang lebih urgensi kan?
Kalau dirimu dalam situasi ini, jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan mujahadah. Apabila ‘angau’ bertandang, cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah. Kita beristighfar bukan kerana rindu itu suatu dosa sebaliknya kerana bimbang zina hati akan menjalar. Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina diri.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
“Setiap bani Adam memiliki peluang untuk berzina,kedua mata itu berzina dan zinanya adalah melihat,kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan, mulut juga berzina dan zinanya adalah mencium dan hati itu berzina dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan-angan. Tetapi kemaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari perzinaan tersebut. (Hadis riwayat Ahmad).

Gentarlah pada firman-Nya,
“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: ayat 32)
Para ulama menjelaskan bahawa firman Allah SWT: “Janganlah kamu mendekati zina”, maknanya lebih dalam daripada perkataan : “Janganlah kamu berzina” yang ertinya : Dan janganlah kamu mendekati sedikit pun juga daripada zina. (Tafsir Al-Qurthubiy, Juz 10 hal. 253) Yakni : Janganlah kamu mendekati apa-apa yang berhubungan dengan zina dan membawa kepada zina apalagi sampai berzina. (Tafsir Ruhul Ma’aaniy Juz 15 hal. 67-68 Al-Imam Al-Aluwsiy Al-Baghdadi. Tafsir Bahrul Muhith Juz 6 hal. 33.)
            Setelah Islam memberikan panduan, wajarkah menyalurkan fitrah cinta dengan jalan-jalan yang menghampiri zina?
Sms bertali arus tanpa keperluan.
Call siang malam tanpa urusan.
Chatting kosong tanpa isi.
Dating bertemankan syaitan.
Pandang-pandang tanpa pagaran.
Khalwat di tempat-tempat sunyi.
Berbual-bual, bincang-bincang, tanya-tanya khabar tanpa sempadan.
Menghalalkan ikhtilat (pergaulan bebas) dengan istilah adik angkat, abang angkat.
Dan banyak lagi.
            Inikah bukti cintamu?
            Adakah kau ingin membina sebuah mahligai perkahwinan dengan sebuah kenangan cinta yang menghampiri zina? Berkatkah nanti syurga dunia idamanmu? Mampukah ia membawa kepada syurga abadi?

Wednesday, September 7, 2011

Who Says

      Assalamualaikum pd mereka yg membaca entry ana kali ini...terima kasih kerana sudi spare masa baca...may Allah bless u always!aminn^_^

      Pernah dengar tak tajuk entri ana kali nie?'who says'...ia adalah tajuk lagu...lagu siapa?lagu Selena Gomez..hehe..ana pun kadang2 layan lagu english jgak tau..dan dari dulu sampai sekarang ana minat Avril Lavigne..salah 1 sebab ana minat Avril adalah lagunya,tapi secara keseluruhan nya tak la...ana minat pd perwatakan luar nya yg seakan seorang yg tabah,yg tdak boleh diganggu..dia hanya ingin jdi diri nya sendiri..rock2 avril pn ana suka,sebab tue larh ada sesetengah org cakap ana nie rock..hehe...tapi ana xkisah,ana suka lagi..sebab ana xsuka ayu,bukan xsuka org ayu..tapi ana xsuka jadi ayu sebab bg ana,ayu nie ada yg akn anggap lemah,ada yg akan pndang rendah...rock plak,bg ana..ada keyakinan pd diri sendiri,ganas tpi bertempat,dan tidak mudah dibuli...dan itu yg ana suka...ops,ana dah terkuar topik sebenar...hehe

     Okay,napa enty ana kali nie mengenai lagu Selena Gomez?sebab...cuba anta/anti dengar dan hayati lirik nya...jika kita amik kebaikkan nya,.dr lagu ini,ana dapat simpulkan bgini...
      For women that hav no confidence towards their beauty...believe it,that ur a beauty..dont care what other people say,bcoz ur will be always the beauty...not for all d'guys in d'world...but for only,and the one only...ur truly beloved husband...and what i mean diz song i dedicated to girls or women that hav married or will be,dont ever think that ur not a beauty...be confidence..
     bgitula pndangan ana...sebenarnya kata2 ini pun ana tujukan buat diri ana,sebab ana tiada keyakinan ngn diri ini..tapi ana yakin,setiap manusia xsempurna...n lagipun,my husband-to-be mseti la terima ana seadanya kn?hehe..ehhh,tapi ana belum nak kahwin la..cuma ana sering fikirkan sekarang ini,siapa la jodoh ana?siapala suami ana nanti ye??dan fikiran ana berlanjut la sampai xde keyakinan ngn kecantikan diri..hehe...dengar lagu nie,ada la keyakinan ckit...

     So,to all ladies and girls...jgn rasa diri tak cantik,atau tak sempurna..krn hakikatnya xda manusia yg sempurna..tpi engkau sentiasa mnjadi sempurna di mata suami mu kelak...insya Allah...Allahuallam bis sawab..
Wassalam.^_^
  
enjoy the song..^_^

Tuesday, September 6, 2011

Azab tinggalkan solat

           Mari muhasabah diri,mari jadikan diri kita takut pada azab Allah. Apa akan terjadi bila kita meninggalkan solat fardhu yang wajib ke atas kita?
           Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat”
1. Enam siksaan semasa di dunia
  • Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan
  • Rezeki tidak diberkati
  • Tipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
  • Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh
  • Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
  • Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
2. Tiga siksaan semasa hendak mati
  • Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
  • Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar
3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur
  • Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri
  • dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
  • Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir
4. Semasa hari kiamat
  • Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya
Sama-sama kita memperelokkan solat kita agar kita terlepas daripada siksa tersebut. Jika ada yang tinggal sebelum ini, gantilah solat tersebut selagi kita masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka.

By: atiqsalleh

Copy From IslamItuIndah.com

Monday, September 5, 2011

Take the good side-Part 1

      Assalamualaikum to all readers..may Allah bless u always...im about to tell u my life story...who me?juz someone else that maybe u know,or not..haha..(trip omputih plak daaaa~~)

      Okay,mari kita starting cita...kwang,kwang,kwang..haha..sewaktu budak2,aku mmg dkenali sbgai seorang yg peramah,ceria,n baik hati(?)...tpi baik hati aku berpada2 okay,sebab....bila aku sedar ada yg mnyalahguna kebaikan aku berikan,otomatik!otomatik la aku katakan..aku akan berubah terus...xla berubah perangai jd jahat kn,mksud aku,aku akan tentang balik...aku bukan jenis biarkan diri aku ditindas,or dibuli...dgn begitu,org senang berkawan ngn aku tnpa mnyalahgunakan aku...

      Perasan x?budak2 skrg,asyik couple jak..kecik2 dah couple,pastu serius gitu..gila siot..haha..tapi aku ngaku la zaman budak2 aku dlu pn ada yg couple,tmasuk aku...huahuahua..tapi,serius aku cakap,zaman budak2 aku dlu xda la smpai sebut perkataan 'cinta'..geliii ooo tem tue...blm tiba masanya bg pemikiran aku n kawan2 aku...'suka' tu okay la,tpi sebut perkataan 'cinta'??cam nak termuntah pn ada tem tue...

     Tem skola rendah dlu,aku rapat ngn semua org dlm kelas aku..xkira laki atau perempuan..tem tahun 4,ada 1 org nie cakap suka kat aku n dalam masa yg sama pd waktu tue dia bleh plak kacau aku yg sedang khusyuk melukis..dgn meradangnya aku,aku kejar dia keliling 1 kelas,n dia sempat tinggalkan note kat kertas lukisan aku 'aku suka kau'...tmbah aku mengamuk,aku pun xtau npa ek??tpi smpai situ jee,bab pastu dtg 1 org murid baru dia bpindah suka plak ma murid tue...xheran....

    Tem tahun 6,aku tpaksa berpisah ngn kawan2 aku skola rndah sebab aku pindah ke kelas yg lbih pndai(tpi cam aku paling bodoh dlm kelas tue)..tapi nasib la sekolah agama aku masih bersama kawan2 aku sekelas.Aku ada sorang kawan rapat,sahabat la katakan.Sahabat aku nie plak suka ma budak yg penah cakap suka kat aku dulu,tapi aku mna la tau nasihat suka2 nie kan,jadi aku cuma tolong gosip je..hehe...tapi....nak tau pa jadi?budak tu suka aku la plak balik...n sahabat aku nie xtau.Budak tu bawa aku kapel,ish konfom la aku xmau...dah la sahabat aku suka dia,aku plak bkn jenis yg suka2 org nie...bagi aku,xde guna kapel2 tem tue...nak kapel,tggu skola mngah la...gitu la pmikiran aku tem tue..tpi kawan2 aku yg 1 kelas ngn aku tem tue,suh aku tima dia...aku jadi bingung,laz2 aku terima...maafkan aku sahabat,huhuhu...aku xberniat,suma tue kena pksa je...huhu...

     Then,sahabat aku tue?aku rasa dia tau walaupun aku diamkan...tapi dia pun xcakap apa2..huhu...disebabkan tem tue masih zaman budak2 yg teda nset,jdi 'kapel' tue hnya smpai tahun 6 je larh...tgkatan 1 plak aku masuk skolah mngah agama..first2,aku xtau pun ada skola mngah agama(ketinggalan zaman),tapi gara2 ustaz aku cakap,"kalau ada salah sorg diantara kamu nie masuk skolah ******,bgga jgak ustaz"...aku tnya la kawan2 aku,skola apa tue..bila aku dah tau,aku terus gtaw mak bapak aku,then setelah puas merayu n merajuk,akhirnya masuk la aku ke sekolah itu...kenapa aku nak sgt sekolah mngah agama?sebab...aku mmg minat sbjek agama n b.arab dr skola rendah lagi...kwn2 kadang pnggil aku ustazzah sebab aku pakai tudung labuh(aku xtau pun yg aku pakai tu tudg labuh bab kakak aku bagi daa)..sebab lain?sebab aku mo cari lelaki yg soleh kalau ada di sekolah tue..hehe

     Kehidupan aku jadi seperti aku tahun 1 dulu..seperti biasa,bila disalah guna kebaikan aku berikan,otomatik la...sori la fren,xsuka aku ko suka suruh itu,suruh ini la...ingat aku org gaji ko?boleh dbuli??lantak ko cakap aku berubah......form 1 kn,jadi semua kita kawan..xda geng2 g tem tue...tem exam plak,semester 1 aku buat besa jak...sekali?gagal..jadi kami yg gagal nie,kna la plak sruh gotong royong di sekolah..yg mnjaga kami ketua pelajar..sudah abis keja kami buat,kami dsuruh tandatgn di kertas yg telah disediakan utk pastikan kami ada jalankan tugas...ketika menunggu kawan aku di bawah tgga plak,ada plak ketua pelajar nie di sana jgak..kenapala ko d situ arh??aku diam2 je larh...iyala,aku nie jenis pemalu la katakan...apalagi plajar lelaki..then KP nie tegur aku,tnya nama aku bila dia dah puas tenung muka aku,pelik...tapi nama aku nie mahal jo,aku pun,"haa?"..dek malu sgt,aku pun lari naik atas...

      Then,pd suatu hari ada gotong royong buat semua pelajar..kami semua pun dibagi tugas mngikut tingkatan.Ketika aku tengah relax2 minum air,berehat d dalam kelas aku..KP nie pn ada la jgak d sana..dia plak tnjuk2 aku sama kawan dia...aku pun wat bodoh jak la,malas layan...bila pulak aku pegi menelefon di public,mengacau la plak geng2 KP nie...berkenalan la,tnya nama la..aku pun naik gila jgak,terus aku jalan dr tmpat tue...dan syukurlah,cerita aku dgn KP tue sampai di situ shja...

     Naik form 2,datangla budak2 form 1...ada yg amik adik angkat la,ada plak yg buat list budak form 1 yg nsem...ei,lucu2...aku pun dtg gila tem tue,aku pun ikut join...then,bermula rncangan aku mengacau 1 org putra form 1 nie n akhirnya ble plak jadi adik angkat aku..haha..tapi selama aku di sekolah tue,boleh dikira berapa kali kami berjumpa n bercakap...kwang kwang kwang..

    Tem form 2 la jgak,aku kenal sorg pelajar yg tua dr aku n bermula la kisah aku ngn dia...nak tau?tggu part 2....kih kih kih....^_^
 
 Ikuti sambungannya..

Friday, September 2, 2011

Hari Raya...^_^

          Assalamualaikum muslimin n muslimat yg mngenali atau tak mngenali diri ini...hehe...salam sejahtera selalu...

         Tup tup,dah raya dah kita...puasa Ramadhan pun da habis,tak tau la kalau tahun depan kite masih dpt merasai Ramadhan itu,iye tak?ana plak...ana bersyukur ibadah ana ada lebih sikit tahun nie tem Ramadhan berbanding tahun lepas2...walaupun masih ada kelemahan yg ana sukar ubati,doakan la semoga dapat sabar menempuh semuanya ya?^_^
burung hantu tem raya..hehe

         Tahun nie ana beraya di KK..bersama famili sebelah bapa..ana kurang rapat ngn kazen2 ana,xtau napa...sejak ana masuk tingkatan 1 dulu,entah kenapa ana mnjarakkan diri brsama mreka...xtau la,malu kot?tapi ana sekarang cuba mnyesuaikn diri ana kembali bersama kazen2 walaupun tak seperti dahulu...raya nie pun,ana rasa gembira bila dapat bergambar bersama kazen2,terasa diri ini 'wujud' jgak..hehe

        Semoga di tahun hadapan kita dapat bertemu Ramadhan dan Syawal lagi..amin ya Allah...dan moga kita dapat meningkatkan lagi ibadah kita kepada kekasih yg merindui kita selalu iaitu Allah s.w.t...tidak lupa pd cinta hati Rasulullah s.a.w....ada masanya,ketika ana dilanda gelisah atau resah kerana masalah..ana berharap ana ada di zaman Rasulullah,supaya ana boleh meluahkan masalah dan menerima nasihatnya...terasa rindu sekali dengan kebaikan dan sifat penyayang Rasulullah...harap anta/anti yg lain pun begitu...^_^

        Ok la...ana pun tak banyak jgak isi...tapi ana harap walau di bulan Syawal ini dan bulan2 seterusnya kita dapat mendisiplinkan iman kita especially our nafsu...n moga kita sentiasa di jalan-Nya yg lurus...amin insyaAllah...^_^