Islamic Widget

sYuKrAn..^_^

Monday, August 8, 2011

Apa Guna Puasa..

Ramadhan yang mulia datang lagi,
Gembiralah mereka yang menantikan bulan yang penuh keberkatan ini,
Kerana syurga Allah itu pasti.

Apa guna puasa,
Jika hati tidak dijaga,
Berburuk sangka dan iri hati,
Hanya menambah hitam di hati.

Apa guna puasa,
Jika mata tidak dijaga,
Meliar-liar memandang 'rezeki',
Rezeki puasa pun lari.

Apa guna puasa,
Jika hidung tidak dijaga,
Mencari-cari bau,
Makanan lazat dihidu-hidu.

 Apa guna puasa,
Jika mulut tidak dijaga,
Mengumpat sana mengumpat sini,
Berbuka makan daging mentah saudara seislam sendiri.

Apa guna puasa,
Jika pakaian tidak dijaga,
Ketat sana ketat sini,
Lelaki gatal kata 'rezeki'.

Apa guna puasa,
Jika solat pun tiada,
Hanya merasa lapar dan dahaga,
Tidak terasa nikmatnya berpuasa.

Apa guna puasa,
Jika hanya tahu membuang masa,
Al-Quran sentiasa tersedia,
Napa tak baca?

Apa guna puasa,
Jika tangan tidak dijaga,
Bersentuh-sentuhan dengan ajnabi,
Bak kata hadis lebih buruk dari sentuh babi.

Apa guna puasa,
Jika kaki tidak dijaga,
Asyik pergi ke tempat maksiat,
Ingat kaki tak meluat?

Bulan ini bulan Ramadhan,
Mari kita bermaaf-maafan,
Kita tak tahu ajal bila,
Tahu-tahu malaikat maut belakang kita.

p/s:Peringatan buat diri sendiri dan semua..^_^

No comments:

Post a Comment