Sebuah riwayat menceritakan mengenai seorang sahabat datang bertemu Rasulullah (saw) dan mengajak baginda ke suatu tempat .Baginda meminta diri untuk masuk ke dalam kamar bagi bersiap-siap. Sahabat tersebut menunggu agak lama dan berasa tidak sabar. Dia lalu mengintip dicelah lubang yang terdapat didinding dan ternampak Rasulullah sedang melilit serban.
Rasulullah tersedar ada orang mengintip , lalu baginda berkata “ Kalau aku tahu ada orang mengintip aku, nescaya aku cucuk matanya melalui lubang ini.”
Persoalan utama hadis ini ialah sikap tidak sabar menunggu yang menyebabkan sahabat mengambil tindakan melulu , dengan mengintai apa yang yang telah dilakukan Rasulullah.
Ini menunjukkan bahawa sahabat ini tidak sabar dan bersikap gelojoh .Perbuatan itu juga telah mencarikkan sedikit akhlaknya..
Sebuah kisah yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Kilabah , berlaku pada Sayyidina Umar Al-Khatab, Umar telah diberi tahu mengenai seorang muslim bernama Abu Mehjan As-Saqafi, yang meminum arak bersama-sama degan rakannya.
Mendengar berita itu , Umar mengambil tindakan pergi melihat sendiri perlakuan Abu Mehjan di rumahnya pada waktu malam . Sampai di sana ,Umar menyerbu masuk tanpa meminta izin tuan rumah, Dia tidak nampak apa-apa kecuali seorang lelaki bersama Abu Mehjan . Tindakan Umar menaikkan kemarahan Abu Mehjan.
Abu Mehjan berkata “ Sesungguhnya tindakan tuan ini tidak boleh tuan lakukan kerana Allah telah mencegah tuan daripada mengintip, sedangkan aku bersalah kerana meminum arak, melanggar arahan Allah dan Rasul, manakala tuan bersalah menceroboh rumah ku tanpa keizinan.
Mendengar kata-kata itu, Umar menyedari kesilapan dan keluar dari rumah tersebut . Walaupun masuk untuk memastikan seseorang itu melakukan buat maksiat atau tidak ,Ia masih perlu kepada keizinan .Mengintip itu banyak caranya, terpulang kepada kebijaksanaan individu.
Berdasarkan kes ini, mengintip untuk mengetahui kesalahan ,kerana hendak melaksanakan hukuman dibolehkan dalam Islam. Tetapi ia mestilah dengan landasan yang betul dan diredhai Allah, kerana dibimbangi fitnah atau kes lain terjadi.
Jika mengintip sesuatu rahsia untuk mendapatkan bahan bukti, Ia perlu dilakukan secara bijaksana dan berhikmah.
(Sumbangan Saudara Shahrul Sa, FRIM)
(Sumbangan Saudara Shahrul Sa, FRIM)
No comments:
Post a Comment