Islamic Widget

sYuKrAn..^_^

Wednesday, May 25, 2011

~Tudung Labuh~

             Assalamualaikum semua..moga sihat2 iman dan juga hati...^_^
     tak lupa jgak kesihatan,moga sihat2 dan drahmati Allah selalu..
post kali ini??haaa...ana nak bcerita ckit...hehe

Suatu Malam....
        "hmm..pakai tudung skola dlu la"...ana bercadang nak pakai tudung labuh sekolah dlu utk pakai di dalam telekung bab bila ana nak solat,ana nmpak corak baju ana mnyebabkn hati ana xsenang dan xtenang..then,ana pn buka la almari~~pastu??!

nie la tudung ana~^_^
         Ana nmpak tudung bidang 60 bwarna kuning yg ana beli sewaktu skola..ana sja2 je beli tem tu..mnatau terbuka hati suatu hari nnt kn(pikiran sorg budak skola mnengah)..ana pun buka dan try pkai..mmg labuh..dan bg ana yg berbadan kecik nie,mmg 'tenggelam'..tp....bila ana tengok dr tepi saiz nie xdela beza ngn saiz tudung tem skola dlu,then bila ana try capai bhgian belakang..mmg mnutupi punggung...juz bhagian depan je pnjang btul smpai cecah lutut mgkin..ana try adjust2 ckit bhgian depan..buat bersilang..ngam jgak..mmg menutupi bhagian2 yg sepatut seorang muslimah tutup...then...
     
        Baru ana merasakan keselesaan bila memakai tudung labuh,menutupi bhagian2 yg telah tercatat dlm Al-Quran..bru ana rasa terlindung...keselesaan itu susah ana gambarkan,dan yg paling buat ana selesa dan mgkin gembira sedikit,bila tudung nie mnutupi bhgian belakang ana...btul2 rsa selesa..

        Kalau dlu,paling besar bg ana kalo nak pakai tudung labuh ialah 45 bidang..bb 45 bidang nie menutup bhgian depan,tp bhagian belakang...kurang ckit...tp ana pun xbanyak tudung labuh nie,yg ada hnya tudung labuh yg kuning 60 bidang,dan putih 45 bidang yg ana beli sewaktu ana sekolah..sengaja beli lain2 bidang,nak tgk mna yg ana ngam..bila ana perasan 60 bidang tue buatkan ana 'tenggelam',ana xpenah pakai lps tue..kalo org nak pinjam,ana bg je dan bila tudung tue tkena dakwat biru pun ana buat rilek je..

       Sekarang,mnyesal plak xbeli byk2 dlu..nasib bek jgak yg tkena dakwat biru tu ble 'dsembunyi' lg...tp rsanya ana xpakai utk bjalan la tudung tue,ana pakai tem solat je..kn pakaian tem solat itu akn berbau harum bila c pemakainya mninggal?ana trs jatuh cinta ngn tudung nie..syg nak pakai luar...sudala tudung nie bila pakai kita xrasa panas..bab kain nya nie lain ckit..lembut..tp ckup utk mmenuhi syariat..

      Lepas nie,xkisah dah bila nak pilih tudung labuh..xpayah tanya "ada yg 45 bidang tak?"...kalo ada 60 ke,55 ke,50 ke..kalau bkenan,beli je..hehe..tp xde rzeki skrg..gaji blm dbagi,nak cri tudung labuh kat labuan nie pn susah..tp xpa...selagi ana trs istiqamah utk trs mnuju kebaikan,ana akn berusaha jgak!

p/s:kalau la perasaan selesa ana nie dpt dkongsi bsama sahabat2,tentu hebat!^_^

Sunday, May 22, 2011

Aku Bukan Perempuan Itu

alt










Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..

Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.

Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.

Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat.. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!

Hasbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.
Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.

Tatkala perempuan lain megah memaparkan gambar di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita.

Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.

Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong.

Tidak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli sedangkan Dia adalah Pencipta?

Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku kerana rupa.

Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa yang harus ku utarakan saat Dia bertanya kelak.
Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan bergaduh, aku terasa begitu hina!

Seolah-olah aku hanyalah barang yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia.
Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak.

Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu 'anhu, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."

Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak.
Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin rosak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha. Ini baru aku.

Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan. Itu bukan aku.

Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat.

Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan bila mahu bertemu pacarnya. Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!

Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti.

Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan kudis yang semakin membusuk pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.

Tatkala perempuan lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu.
Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu Fardu Ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya.

Mencontohi Saidatina Aisyah a.s yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.

Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka.

Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan 'dia' telah ditakdirkan buatku. Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.

Tatkala perempuan lain ada yang materialistik terhadap wang. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala. Mahu akaun akhirat kaya dengan amal soleh. Setiap detik bagiku amat berharga untuk aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. Kerana aku mahu menjadi wanita syurga! Itu bukan sekadar madah penyedap kata. Bukan sekadar omong kosong. Ini cita-cita tertinggi aku.

Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh ke hadapan. Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di tempat Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya? Atau mungkin aku akan lari atau mungkin aku akan... entah. Aku menangis...

Aku mahu seperti Rabi'ah al-Adawiyah. Cintanya terhadap Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira. Benar reda dan tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi hamba kepada raja yang zalim.

Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia di hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. Tetapi aku... Aku menangis lagi..

Aku menangis.. Menangis.. Menangis.. Namun, tangisan ini membuatkan aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku bukan perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan perempuan yang begitu. Lembik. Lemah!

Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan perempuan yang penakut dan pengecut! Aku bukan perempuan yang mudah kalah terhadap cabaran!

Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.

Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.

Aku tidak mahu neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang mahukan syurga.
"Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."
[An-Nisa', 4 : 13]

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."

-Artikel Iluvislam.com

Maka Kasihanilah Kami..





Wahai insan yg bernama lelaki,
ingatilah kami,
bilamana kami melampaui batas,
ketika berhadapan atau bercakap dgn kaum mu,
kerana kami jua manusia biasa sperti kamu,
yg sering lupa,
maka kasihanilah kami dan tegurlah kami dgn baik.

Wahai insan yg bernama lelaki,
janganlah engkau pernah memandang serong atau mngutuk kami,
bilamana engkau nmpak akn kekurangan atau keburukan kami,
kerana kami jua manusia biasa sperti kamu,
yg banyak kekurangan dan kelemahan,
maka kasihanilah kami dan tegurlah kami dgn kata-kata yg baik.

Wahai insan yg bernama lelaki,
janganlah engkau mnyalahgunakn kelembutan yg ada pd kami,
sbgai kelemahan bg kamu utk mngambil kesempatan ke atas diri kami,
kerana Allah tdak jadikan kelembutan kami sbgai kelemahan,
tp sebagai bukti kekuatan kami,
dan jika kami yg mnyalahgunakan kelembutan kami,
maka kasihanilah kami dan tegurlah kami dgn kata-kata lembut yg berisi ketegasan.

Wahai insan yg bernama lelaki,
bilamana kami tdak mncapai kesempurnaan yg engkau inginkan bg diri kami,
jgnlah engkau memandang rendah kpd kami,
krn kami jua manusia biasa sperti kamu,
yg tdak sempurna meskipun dalaman atau luaran,
maka kasihanilah kami dan tegurlah kami dgn ayat-ayat yg bermakna.

Wahai insan yg bernama lelaki,
sntiasalah tunjukkan kami ke jln yg benar,
krn tugasmu itu sbgai pemimpin,
simpanlah sebanyak ilmu yg ada di dadamu,
dan bawalah kami kpd Pencipta kita,Allah S.W.T.,
kpd Rasul junjungan kita,Rasulullah Muhammad S.A.W.,
dan jgnlah mbawa kami kpd kemusnahan diri kami,
lemah thdap pujukan kaum mu dan hasutan syaitan.

Wahai insan yg bernama lelaki,
kekuatan kami seorang tdak mncukupi tnpa ada seorang pemimpin,
maka bukan sebarang pemimpin yg kami inginkan,
tapi adalah seorang pemimpin yg benar-benar taat akan Penciptanya dan Rasulnya...
seorang imam yg mampu mmbawa insan-insan yg dkasihinya hidup d dlm redha Allah S.W.T..

Asal usul solat

~solat itu tiang agama~
     Assalamualaikum...!!!..^_^
Okeyh2...ana nak tanya...sapa tau asal usul solat???
        tau???
        tak tau???
=okeyh..mari kita baca..^_^

  • SOLAT SUBUH

      Orang yg pertama mngerjakan solat SUBUH ialah nabi Adam  a.s.,iaitu tatkala baginda keluar dr syurga lalu dihantar ke bumi.Perkara pertama yg dilihatnya ialah kegelapan dan bginda berasa takut yg amat sangat.Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s pun brsembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:Bersyukur bginda krn terlepas dr kegelapan malam.
Rakaat kedua:Bersyukur bginda krn siang telah menjelma.


  • SOLAT ZOHOR

     Orang yg pertama mngerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah S.W.T. telah memerintahknnya agar mnyembelih anaknya,Nabi Ismail a.s..Sedang seruan itu dtg pd waktu tergelincir matahari,lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:Bersyukur bg penebusan.
Rakaat kedua:Bersyukur krn dbukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:Bersyukur dan bermohon akn keredhaan Allah.
Rakaat keempat:Bersyukur krn korbannya dgantikan dgn tebusan kibas.


  • SOLAT ASAR

     Orang yg pertama mngerjakan solat Asar  ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala bginda dkeluarkan dr perut ikan nun.Ikan nun telah mmuntahkan Nabi Yunus d tepi pntai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu brsembahyang empat rakaat krn bginda telah dselamatkn oleh Allah dr 4 kegelapan,iaitu:
Rakaat pertama:Kelam dgn kesalahan.
Rakaat kedua:Kelam dgn air laut.
Rakaat ketiga:Kelam dgn malam.
Rakaat keempat:Kelam dgn perut ikan nun.

  • SOLAT MAGHRIB

      Orang yg pertama mngerjakn solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala bginda dkeluarkn oleh Allah dr kejahilan dan kebodohan kaumnya,sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang 3 rakaat krn dselamatkn dr kejahilan tersebut,iaitu:
Rakaat pertama:Untuk mnafikan ketuhanan selain drpd Allah yg Maha Esa.
Rakaat kedua:Untuk mnafikn tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yg telah dtuduh melakukan prbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:Untuk myakinkan kaumnya bhwa Tuhan itu hnya satu iaitu Allah jua,tiada dua atau tiga.


  • SOLAT ISYA'

      Orang yg pertama mngerjakan solat Isya' ialah Nabi Musa a.s..Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mncari jln keluar dr negeri Madyan, sedang dlm dadanya penuh dgn perasaan dukacita.Allah lalu mghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pd waktu Isya' yg akhir.Lalu brsembahyanglah Nabi Musa 4 rakaat sbgai tnda bersyukur:
Rakaat pertama:Dukacita thadap isterinya.
Rakaat kedua:Dukacita thadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:Dukacita thdap firaun.
Rakaat keempat:Dukacita thdap anak firaun.

        So....semua dah tau???alhamdulillah...segala puji bg-Nya krn memberi peluang utk ana berkongsi ilmu pd malam ini lg...semoga ilmu2 yg ada bermanfaat bg semua..insyaAllah..^_^

Friday, May 20, 2011

hampir...

   Assalamualaikum semua..!!
Apa khabar iman dan hati sahabat semua?dan bgaimna kesihatan?moga kita sntiasa hidup di dlm redha-Nya..^_^
   Post kli ini...sal 1 entry yg ana bca d iluvislam..mmg kisah ini hampir serupa dgn ana..kalau nak baca,klik SINI.
~nak lelaki yg ikhlas cinta ana krn Allah~<3<3<3


    Walaupun sedi pngakhirannya sbb dtinggalkan,tp kalau ana mgkin ana lbh suka dgn pngakhiran bgini..sekurg2nya lelaki itu tdak mgharap masi dgnnya..tp stiap ujian yg Allah berikan setimpal dgn kemampuan sesorg manusia itu..mgkin keadaan ana skrg ini untuk mnguji ketabahan diri ana supaya lbh kuat dgn cinta-Nya..^_^

    Apa-apa pun,kita hendaklah sntiasa bersangka baik dgn Allah.Setiap ujian,setiap kekecewaan,stiap tangisan kita,bkn utk melemahkan diri kita..tp untuk mnguatkan lg diri kita dr segi mental dan fizikal.Lagipun,bergembiralah bila dberi ujian,sbb itu tndanya Allah masi ingin kita kembali kpd-Nya,menagih cinta-Nya.Maha Suci Allah..Subhanallah..Sungguh,Allah itu Maha Penyayang..^_^

سبحان الله
والحمدلله
ولااله الا الله
والله اكبر
ولا حول ولا قوة الا بالله علي العظيم

Thursday, May 19, 2011

~Aku Inginkan CINTA setelah Nikah~

     Assalamualaikum buat pembaca yg sudi mnjenguk 'teratak' ana..^_^
  Apa khabar iman dan kesihatan?harap-harap semua baik2 shja..dan moga iman bertambah hari semakin hari..bgtu juga ana..^_^..
  Post kali ini..mgkin sekadar luahan hati..ana berani luahkan di sini sbb ana tahu tak ramai yg tahu atau follower blog ana nie,tp kalau ada yg sudi membaca,harap dpt beri nasihat atau komen..^_^

    Kenapa ngn post ana kali ini?kalau tengok,ia macam post biasa yg akhwat2 post kn..tapi post yg lain menerangkan kelebihannya...dan post ana ini sekadar meluahkan rasa di hati..selalu ana terbaca post2 mngenai cinta setelah kahwin,couple slps nikah..tntg kelebihannya,kenikmatan pasangan itu..dan ana pun teringin untuk mnggapai kebahagiaan dan cinta yg diredhai Allah itu..ehhh,tp bukan ana terfikir nak kahwin la..niat di hati ada juga,tp blm bersedia lagi..^_^..

    Jadi knp ana teringin?sebab..ana mengaku ana merasakan cinta sekarang..bukan baru2,tp sejak ana form 5..yg mengenali ana,tentu tahu sapa insan itu..sbb ana couple ngn dya,dan couple kmi dketahui 1 sekolah termasuk guru2..ana mengaku,ana tem waktu sekolah mmg byk buat dosa,wlaupun bersekolah agama..kemudian,bila byk 'ujian' yg Allah berikn swaktu ana bercouple tue,tambah2 ana sudah abis sekolah..ana banyak berpikir..suma yg berlaku,atau 'kekecewaan' ana tem kapel tu dsebabkan ana semakin jauh dgn Allah,dan penyesalan baru muncul di hati ana ketika itu wlaupun ana suda lma sedar akn dosa itu..dan ana memutuskan untuk putuskan hubungan 'couple' ana..

   Ana cuba dekatkan diri dgn Allah sedaya mungkin,cintai-Nya lbh dr segalanya..dlm masa yg sama,ana bakal menerima keputusan sijil tinggi agama malaysia(STAM) jd ana banyakkan solat hajat dan taubat setiap malam sebelum tidur..mengenang..adakah dosa2 ketika ana sekolah dpt mnjejaskan kptusan ana?ana takut..dan alhamdulillah...ana lulus dgn baik..tp memikirkan tntg berkat ana lulus nie,ana cuma berserah kpd Allah..sbb dlm usaha ana utk berjaya pd waktu itu,ana 'couple'..ana wat maksiat..

   Ana dah break ngn couple ana,apa g nak risau?sebab ana masi berkontak dgn insan itu..kerana insan itu masi mengharap dgn ana,dan ana terlalu lemah utk menjauh darinya..tp ana xsia2 kan masa ana berhubung dgnnya,ana bwa dia berubah..tinggalkan perkara2 maksiat dhulu..walaupun ana xanggap kmi kapel lg,tp dia masi mnganggap ana kapelnya,mmbuatkan ana tmbh serba salah..ana tau dia susah untuk tinggalkan habit dia,tp ana usaha juga..ana nak tinggalkan dia,tp memikirkan tntg dirinya kalau tnpa pemerhatian org,mst dia akn bertambah 'hanyut'..1 shja peluang ana utk berjauhan dgnnya..iaitu apabila kmi smbung belajar ke 'U' nnt..ana tau dia,insyaAllah akn smbung belajar ke madinah atau jordan..jd doa ana moga keadaan persekitaran di negeri arab itu dpt mngubah diri dan peribadinya,amin..

  Tpi wat masa sekarang,ana masi tdak dpt mnjauhinya..dan apabila ana memikirkan tntg cinta slps kahwin,ana rsa dia bukan jodoh ana..tp dlm masa yg sama,dia mnharap ana dpt mnerimanya dan mjadi isterinya bila masanya nnt..ana tmbh keliru dgn diri ana...kerana ana juga ingin dia jadi suami ana yg sah nnt,tp dlm masa yg sama ana inginkan cinta slps kahwin..ana betul2 inginkan cinta selepas kahwin,sangat2 teringin..ana inginkan cinta yg diredhai-Nya..kenikmatan dan kebahagiaan yg dirasai bg pasangan yg bercinta ikhlas krn-Nya...

   Ana sering terbaca respon mereka yg bermasaalah cm ana ini katakan 'knp perlu keliru?jika hati ingin kembali pd-Nya,jgnlah pndg belakang..'..tp ana tak tabah,ana masi lemah bhadapan dgnnya..doa ana sekarang..moga dia dpt berubah mnjadi suami yg diidam2kan oleh ana,dan moga ana dpt merasai kemanisan cinta krn Allah slps kahwin itu..moga sahabat yg baca kisah ana ini,dpt beri kata2 atau komen yg mnguatkan hati ana kpd Allah..:(

Monday, May 16, 2011

Di Atas Hamparan Sejadah.


        Nabi s.a.w bersabda: “Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu mereka memohon dengan berkata: “Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuhan kami! Berilah rahmat kepadanya.” (Abu Hurairah r.a)

        Sembahyang (solat) dan tempat solat mempunyai nilai yang sangat besar di sisi Allah S.W.T. Orang yang tidak segera meninggalkan tempat ia bersolat selagi ia tidak berhadas dan tidak melakukan perkara yang mendatangkan dosa akan sentiasa didoakan oleh malaikat agar diampuni dosanya dan diberikan rahmat kepadanya. Islam menyeru umatnya agar sentiasa menjaga solatnya dan mengerjakannya dengan sempurna kerana hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah S.W.T.

       Jadi rugilah bila seseorang itu cepat-cepat meninggalkan tempat sembahyangnya tanpa ada perkara yang berfaedah yang perlu dibuat selepas itu.Banyak kita boleh buat ketika kita ada masa free setelah solat,.contohnya..baca Quran,berzikir,berselawat...tapi kadangkala manusia bukan sahaja memendekkan masa solatnya(solat ekspres),bahkan buat perkara yang tak berfaedah slps itu..Astaghfirullah...ana mengaku ana pn bgtu kadang-kadang..moga kita dapat sama-sama memperbaiki diri kita yang khilaf ini..^_^

Saturday, May 14, 2011

Salam Ukhwah...^_^

   Assalamualaikum wat sahabat yg sudi mnjenguk 'teratak' ana...^^..kbanyakn entry ana semuanya copy paste kn...kalau ada pn hasil ana,kata2 nasihat 'menyelit' je larh..hehe...kalau ble,bnyak ana nak share kisah kehidupan ana,tp rsa malu tu ada..hoho...kadang-kadang nak jgak,jdikn sbgai pengajaran remaja sekarang..tp ana mungkin perlu masa untuk share bsama rakan2 suma..^_^

   Pertama sekali,ana nak kenalkn la dlu profile ana ckit..memandangkan ana tak byk crita tntg diri ana..kalau ada yg kenal da,mari rapatkn g..^^..ismi Nurulhuda bte Hadnan...lives at W.P.Labuan...ana skul mnengah d Kota Kinabalu at SMA Toh Puan Hajah Rahmah...yup,skul agama...tp xsemestinya kite yg skul agama nie 'istimewa'...xde istimewa pn..bezanya...dsebabkn skul agama nie jgakla,syaitan yg mhasut tu mungkin pangkat jeneral gitu..dan ana pn penah 'jatuh' dsebabkn itu..tp alhamdulillah...Allah Maha Penyayang...dsebabkan kecewaan dan kegagalan yg ana alami swaktu skola,mematangkan diri ana dan menyedarkan diri ana hakikat cinta sebenar..

    Lupa plak ana gtaw,ana 19 tahun..da abis skul...huhu...skrg nie tgh tggu news dr skola nak smbung p mesir,al-azhar..insyaAllah...doa-doakn la ya ana dmurahkan rzeki dan dprmudahkn urusan...^_^...emm...nak gtaw tntg pa g ek?ohya..ana da 5 org adik beradik,and ana anak bungsu,..org selalu anak mnja kalau bungsu nie...mgkin betul la jgak..tp ana lbh suka khidupan bdikari...bab tu cita2 ana tinggi jgak..^_^..

  Apa lagi ek?hmm...kalo da pa2 soalan,tanya je la...hal peribadi,insyaAllah...hal2 agama pn insyaAllah..dharap ilmu yg ada dpt mmbantu..^_^..salam ukhwah buat semua..~~!!

Jihad Perangi Hawa Nafsu


Setiap orang memilliki keinginan untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali sebagai hawa nafsu. Ini merupakan musuh utama anak adam dari syaitan. Dengan ini kekuatan syaitan terletak pada hawa nafsu. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti akan binasa.

"Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan." (Surah Maryam, 59)

Sebagian orang bijak berkata, "Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya." [Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17]

Terdapat tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tiga perkara yang menyelamatkan, iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri."

Hawa nafsu perlu dilawan tetapi melawannya bukan perkara yang mudah. Maka jihad melawan hawa nafsu lebih utama daripada jihad lain.

Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga golongan:

1. Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Inilah golongan orang kafir dan orang yang menuruti cara mereka, iaitu orang yang melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka.

2. Golongan yang berjihad melawan dirinya iaitu bertarung memerangi hawa nafsunya. Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah mereka bertaubat dan apabila mereka melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun daripada Allah.

3. Golongan maksum (terpelihara dari dosa) iaitu para nabi dan rasul. Nabi dan rasul adalah mereka yang dikurniakan keistimewaan oleh Allah sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sebagai penyampai risalah Allah kepada seluruh manusia.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. "

Para sahabat nabi ketika pulang dari berperang dengan orang-orang kafir sering berkata, "kami telah kembali dari jihad terkecil menuju ke jihad terbesar!".

Demikian ini disebabkan melawan hawa nafsu dan syaitan berlaku pada setiap masa, sementara berperang dengan orang kafir jarang sekali. Dengan demikian, upaya melawan hawa nafsu adalah sangat mulia bahkan melebihi jihad berperang. Beratnya melawan hawa nafsu itu sendiri diakui oleh para sahabat nabi.

Bahkan Nabi Sulaiman a.s. pun pernah bersabda : "Sungguh, upaya mengalahkan hawa nafsu lebih berat ketimbang menaklukkan sebuah kota!" [Al-Ghazali, Mukasyah al-Qulub, h.15]

- Artikel iluvislam.com

Monday, May 2, 2011

Cinta Manusia Wasilah Cinta Allah


Kalimah 'Cinta' sudah tidak asing lagi di telinga kita.Apatah lagi di kalangan remaja kerana sudah menjadi tanggapan umum bahawa cinta bermaksud ungkapan rasa sepasang merpati dua sejoli yang mabuk dilanda asmara.Bila menyebut cinta, sering kali terbayang di kepala kita pasangan-pasangan kekasih sehidup semati seperti 'Romeo and Juliet', 'Laila dan Majnun', "Uda dan Dara", dan sebagainya.Jalaludin Ar-Rumi menggambarkan akan kerana indah dan asyiknya cinta itu, sehingga syaitan pun dianggap bidadari.Yang pasti,sudah ramai orang yang berbahagia kerana cinta,namun tidak kurang juga yang menderita kerana penangan cinta.Cinta dapat membuatkan seseorang itu menjadi mulia, dan cinta juga mampu membuatkan seseorang itu menjadi hina.

Melihat kepada sirah Rasulullah bagaimana Siti Khadijah ra.ha mendapat kemuliaan kerana berkorban apa saja untuk membantu perjuangan sang kekasih yang sangat dicintainya iaitu Rasulullah s.a.w.Banyak lagi kisah-kisah cinta zaman nabi yang boleh kita jadikan contoh teladan dalam memaknai erti Cinta seperti kisah cinta "Zulaikha dan Nabi Yusuf", "Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis", "Nabi Ibrahim dan Siti Hajar" dan lain-lain.Semuanya berkisar tentang Cinta dan pengorbanan kerana Allah swt. Sebaliknya di zaman kita ini, ada di antara gadis-gadis sanggup menjadi hina dengan menyerahkan maruah mereka kepada orang yang mereka cintai.Adakah itu dinamakan cinta atau nafsu semata? Dan terlebih hina lagi hingga sanggup "mencabut nyawa sendiri" lantaran gagal dalam bercinta.Cinta yang sedemikian inilah yang membuatkan seseorang itu hina di dunia dan di akhirat.Nauzubillahhi min zalik...

"CINTA" dari segi bahasa bermaksud kecenderungan.Berpandukan kepada maksud ini "CINTA" bolehlah didefinisikan sebagai "kecenderungan yang kuat terhadap sesuatu yang disayangi sehingga membuatkan dia sentiasa membayanginya, menyebut namanya, rela berkorban deminya, menerima sepenuh hati segala yang ada pada insan yang dicintainya itu walaupun terdapat kekurangan padanya dan meluahkan semuanya melalui ungkapan kata-kata dan perbuatan".

  • Pandangan Islam Terhadap Cinta
Cinta menurut pandangan Islam adalah suatu perkara yang dibenarkan.Islam adalah agama fitrah dan cinta itu adalah fitrah manusia.Islam tidak melarang seseorang untuk mencintai dan dicintai.Rasulullah menggalakkan kita mengucapkan cinta itu.
"Apabila seseorang itu mencintai saudaranya hendaklah ia memberitahu bahawa dia mencintainya" (HR Abu Daud dan Tarmidzi)

Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai malah adalah sangat digalakkan kerana terdapat beberapa kelebihan melaluinya.Islam tidak menghalang cinta dan telah disediakan saluran yang halal(iaitu bernikah) di mana sepasang manusia itu bebas bercinta.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya,Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang." (Surah Ar-Rum:21)

Ayat di atas merupakan satu jaminan bahawa cinta dan kasih sayang itu akan Allah campakkan ke dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah (iaitu dengan cara bernikah).Jadi tidak perlulah menunggu untuk jatuh cinta terlebih dahulu ataupun "bercouple" dahulu sebelum menikah.Islam telah jelas menetapkan batasan-batasan ini untuk mengelak dari timbulnya gejala sosial dalam masyarakat.Betapa cantiknya Islam,setiap apa yang ditetapkan itu punya hikmah yang tersendiri.

Dalam Islam terdapat beberapa tahap cinta.Tidak boleh yang lain mengatasi yang lain melainkan mengikut turutannya.Ibnu Qayyim menyatakan ada 6 tahap cinta itu:
1. Tahap pertama, dan yang paling tinggi sekali ialah cinta yang menjadi hak Allah semata-mata.Itulah cinta hamba kepada Khaliq.
2. Tahap kedua selepas cinta kepada Allah ialah cinta kepada kekasih Allah,Rasulullah saw.Cinta yang melahirkan rasa hormat,patuh,ingin mempertahankannya,ingin menjadi pengikutnya dan melaksanakan segala sunnahnya.
3. Tahap ketiga ialah cinta antara mukmin dengan mukmin yang lain.Antara ibubapa dan anak, antara suami dan isteri yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
4. Tahap keempat, cinta sesama muslim yang melahirkan rasa ukhwah Islamiyah.
5. Tahap kelima, cinta sesama manusia.
6. Tahap keenam, cinta kepada selain manusia yakni binatang, harta benda dll.

  • Hubungan antara Cinta dan Iman
Cinta dan iman adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.Kedua-duanya saling berkait rapat.Tidak akan rasa manisnya iman tanpa perasaan cinta.

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw: "Barangsiapa ingin memperolehi kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah swt" (riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah).

Dari Anas ra. dari Rasulullah saw, baginda bersabda: "Ada tiga perkara di mana orang yang memilikinya akan merasai manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya dia dilemparkan ke dalam api." (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw bersabda: "Demi zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai" (HR Muslim).

Carilah cinta sejati, di lautan cinta berbahterakan taqwa berlayarkan iman yang dapat melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu, InsyaAllah kita akan sampai kepada tujuannya iaitu CINTA kepada Allah.Itulah cinta hakiki yang kekal selamanya.Adapun cinta kepada makhluknya, pilihnya cinta yang hanya berlandaskan cinta kepada Allah dan RasulNya.Bukan kerana pujuk rayu syaitan dan nafsu yang menggoda.Jadikan cinta manusia sebagai jambatan atau perantaraan untuk kita meraih Cinta Allah.InsyaAllah moga Cinta itu diberkati dan dirahmati Allah.

"Ya Allah, kurniakanlah kepada kami CintaMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan apa saja yang mendekatkan kami kepada CintaMu...Amin"

~CINTA ALLAH CINTA ABADI~<3<3