Islamic Widget

sYuKrAn..^_^

Sunday, May 22, 2011

Asal usul solat

~solat itu tiang agama~
     Assalamualaikum...!!!..^_^
Okeyh2...ana nak tanya...sapa tau asal usul solat???
        tau???
        tak tau???
=okeyh..mari kita baca..^_^

  • SOLAT SUBUH

      Orang yg pertama mngerjakan solat SUBUH ialah nabi Adam  a.s.,iaitu tatkala baginda keluar dr syurga lalu dihantar ke bumi.Perkara pertama yg dilihatnya ialah kegelapan dan bginda berasa takut yg amat sangat.Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s pun brsembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:Bersyukur bginda krn terlepas dr kegelapan malam.
Rakaat kedua:Bersyukur bginda krn siang telah menjelma.


  • SOLAT ZOHOR

     Orang yg pertama mngerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah S.W.T. telah memerintahknnya agar mnyembelih anaknya,Nabi Ismail a.s..Sedang seruan itu dtg pd waktu tergelincir matahari,lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:Bersyukur bg penebusan.
Rakaat kedua:Bersyukur krn dbukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:Bersyukur dan bermohon akn keredhaan Allah.
Rakaat keempat:Bersyukur krn korbannya dgantikan dgn tebusan kibas.


  • SOLAT ASAR

     Orang yg pertama mngerjakan solat Asar  ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala bginda dkeluarkan dr perut ikan nun.Ikan nun telah mmuntahkan Nabi Yunus d tepi pntai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu brsembahyang empat rakaat krn bginda telah dselamatkn oleh Allah dr 4 kegelapan,iaitu:
Rakaat pertama:Kelam dgn kesalahan.
Rakaat kedua:Kelam dgn air laut.
Rakaat ketiga:Kelam dgn malam.
Rakaat keempat:Kelam dgn perut ikan nun.

  • SOLAT MAGHRIB

      Orang yg pertama mngerjakn solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala bginda dkeluarkn oleh Allah dr kejahilan dan kebodohan kaumnya,sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang 3 rakaat krn dselamatkn dr kejahilan tersebut,iaitu:
Rakaat pertama:Untuk mnafikan ketuhanan selain drpd Allah yg Maha Esa.
Rakaat kedua:Untuk mnafikn tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yg telah dtuduh melakukan prbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:Untuk myakinkan kaumnya bhwa Tuhan itu hnya satu iaitu Allah jua,tiada dua atau tiga.


  • SOLAT ISYA'

      Orang yg pertama mngerjakan solat Isya' ialah Nabi Musa a.s..Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mncari jln keluar dr negeri Madyan, sedang dlm dadanya penuh dgn perasaan dukacita.Allah lalu mghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pd waktu Isya' yg akhir.Lalu brsembahyanglah Nabi Musa 4 rakaat sbgai tnda bersyukur:
Rakaat pertama:Dukacita thadap isterinya.
Rakaat kedua:Dukacita thadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:Dukacita thdap firaun.
Rakaat keempat:Dukacita thdap anak firaun.

        So....semua dah tau???alhamdulillah...segala puji bg-Nya krn memberi peluang utk ana berkongsi ilmu pd malam ini lg...semoga ilmu2 yg ada bermanfaat bg semua..insyaAllah..^_^

No comments:

Post a Comment