Islamic Widget

sYuKrAn..^_^

Saturday, June 25, 2011

Ya Muslimin,Ya Muslimah..

Bacalah..^__^

Wahai muslimin,
Janganlah engkau gembira menerima luahan cinta seorang muslimah,
Malahan rasa takutlah engkau,
Ucaplah di dalam hati,"Aku takut akan Allah",
Kerana luahan cinta seorang muslimah yg bukan mahram mu,
adalah salah satu dr panahan syaitan yg berbisa,
Mampu menjatuhkanmu bersama-sama muslimah itu,
Tenggelam di dalam cinta yg tidak pasti.

Wahai muslimah,
Janganlah engkau mengucapkan kata-kata yg tidak sepatutnya diucap seorang muslimah,
Janganlah engkau sengaja melembutkan suaramu,
Apabila dgn para muslimin yg bukan mahram mu,
Kerana suara dan kelembutan suara mu mampu menggetarkan iman mereka,
Mampu membuatkan mereka tergila-gila.
Biarlah ketegasan yg engkau tnjukkan,
Biarlah kelembutanmu hanya diketahui keluarga dan suami mu,
Biarlah keistimewaan mu hanya diketahui oleh suami yg tercinta,
Yang hanya layak bagimu.

Wahai muslimin,
Jagalah kemaluanmu apabila berhadapan dgn muslimah,
Jangan biarkan dirimu dikawal nafsu serakah,
Jadikan iman sebagai pendinding diri,
Amalan Quran dan Sunnah sebagai pelengkap diri,

Wahai muslimah,
Jagalah auratmu sebaik-baiknya buat suami tercinta,
Jangan biarkan tangan-tangan syaitan meraba-raba badanmu,
Menghiasi auratmu dgn 'barang kemas' buatan syaitan,
Mempergunakan mu sebagai fitnah bg lelaki,
Ketahuilah muslimah,
Engkaulah fitnah terbesar akhir zaman,
Maka lengkapkan dirimu,
Menjadi muslimah yg mrindui dan setia pd Tuhan dan Rasul-Nya.

Wahai muslimin,
Janganlah engkau risau,
Apabila engkau hanya nmpak wanita-wanita pembawa fitnah berleluasa,
Kerana Allah telah janjikan lelaki yg baik untuk perempuan yg baik,
Maka sabarlah dan tahanlah keinginanmu,
sehingga tiba tulang rusukmu.
Dan janganlah engkau biarkan wanita-wanita pembawa fitnah itu,
Sesat di jalan yg dipimpin oleh syaitan,
Bimbinglah mereka,
Ke jalan yg pasti dan hakiki,
Ke arah kebahagiaan yg kekal abadi dan kenikmatan yg tdak pernah dirasai.

Wahai muslimah,
Pilihlah,
Sama ada untuk menjadi  sayap kiri buat suami tercinta,
atau untuk menjadi pembawa fitnah yg diingini oleh syaitan,
fikirlah dgn akal dan imanmu,
Mana yg baik mana yg buruk,
Engkau tidak dilahirkan sebagai seorang yg bodoh dan senang dperdayakan,
apalagi oleh iblis dan cucu cicitnya,
kerana itu tetapkanlah hatimu,
Untuk sentiasa memilih kebaikan,
Menjadi sayap kiri suami dalam mengekalkan keindahan islam dan tarbiah
hingga ke akhir hayat...


p/s : nukilan sendiri..suka berkarya tp tdak pro dlm mnuturkan ayat yg indah..=P..peringatan buat diri sendiri dan muslimin serta muslimah..

Monday, June 20, 2011

Wahai sayangku..

Baca sampai abis ek.....^___^

Wahai sayangku,
Maafkanlah diriku,
Yang sering melupakanmu,
Yang sering lalai akanmu,
Padahal engkau sentiasa denganku.

Wahai sayangku,
Maafkanlah diriku,
Di waktu aku bersamamu,
Fikiranku berada di tempat lain,
Mengingati dunia,
Hanya mulutku sahaja yang berbicara.

Wahai sayangku,
Maafkanlah diriku,
Sewaktu aku mengabaikan kewujudanmu di sisiku,
Engkau telah melihat kemungkaran-kemungkaran ku,
Engkau menjadi saksi bagaimana kehidupanku,
Sewaktu di dunia,
Dan engkau menjadi saksi akan titisan air mata penyesalan ku.

Wahai sayangku,
Di kala aku buntu mencari penyelesaian,
Engkau membantuku dengan memberi ayat-ayat Pencipta,
Engkau menggembirakan ku dengan menerangkan balasan-balasan amalan baik yg ku buat,
Dan engkau mengingatiku dgn menerangkan balasan kemungkaran dan kemaksiatan yg ku buat,
Sewaktu di dunia yg fana ini.

Wahai sayangku,
Engkau tidak pernah lari dariku,
Tapi ada masanya aku terpaksa menjauhimu,
Kerana engkau mulia dan suci,
Aku tidak sanggup mengotorkanmu.

Wahai sayangku,
Sentiasalah bersamaku,
Walaupun suatu hari aku akan meninggalkanmu,
Teruslah sentiasa bersama keturunanku,
Bersama-sama mengharungi kehidupan,
Sehingga engkau diangkat oleh sang Pencipta,
Untuk menjaga kesucianmu.

Wahai sayangku,
Apabila tibanya masa kita dipertemukan,
Sambutlah diriku bersama keturunanku dgn wajahmu yg paling manis dan berseri-seri,
Dan berilah syafaat kepada kami,
Kerana Engkaulah Al-Quran,
Teman setia kami di dunia dan akhirat.

Khas untukmu : Al-Quran ku..

Thursday, June 16, 2011

Cinta Ohhhhh Cinta......!

      Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...moga iman dan diri di dalam keadaaan sihat2 ek?^__^
"Cinta g?"...yup,malar tajuk cinta kn kita dapat..(terkeluar sabah sa)...tp itulah sebenarnya masalah negara kita sekarang...kes2 buang bayi,anak dara lari ikut boyfren,anak murtad kerana kekasih...dan paling teruk sekarang apa??KES BUANG BAYI DARI TINGKAT LIMA...disebabkan cinta yg dipenuhi nafsu,dan hanya inginkan 'keseronokan' akhirnya membutakan hati si ibu dan menjadi tidak berperikemanusiaan...kalau c ibu tue tak insaf jgak pas buang anak dya tue,tak taula..sy terpikir 3 kemungkinan bg c ibu tue : 
1.TAK INSAF2 JGAK...terus hidup meliar cam org xde agama..
2.GILA.bab dihantui ngn rasa bersalah terhadap anaknya.
3.INSAF..kembali pd Allah dan taubat sebenar2 nya..

CINTA KERANA ALLAH
       Cinta kerana Allah?ini yg selalu dikatakan bg mereka yg mengaku couple islamik...(iya ke couple islamik??)..tp cuba kita bezakan...cinta kerana Allah sebelum nikah dan cinta kerana Allah selepas nikah..mari kita perhatikan..apabila kita cinta krn Allah sblm nikah,dan apabila namanya CINTA maka pasti ada rasa rindu dan merasakan insan yg kita cintai itu yg terbaik..dan apabila rindu itu,terbayang2 wajah c kekasih di samping itu membayangkan masa depan yg akan mereka bina bersama...tp benarkah mereka akan bersama?adakah mereka dah solat istikharah sblm couple tue?sa rasa tidak..dan mmg itulah kebiasaannya...tp benarkah kerana Allah?

       Taukah suma...bhwa ketika kapel tue,terjadinya zina hati(rindu dan membayangkan),zina tangan(berpegang tangan dan sms lucah),zina mata(melihat wajah kekasih dgn perasaan yg membuak2),zina kaki(menuju ke tempat kekasih dan berjalan berdua-duaan dgn nya),zina mulut(mengucap kata2 manis yg mencairkan hati dan membuatkn gila bayang atau bercium),dan mcm2 jenis zina kecil.Mustahil tak penah buat..mgkin ada yg akan kata 'tidak' atau mmg tdak pernah buat tp percayalah..ALLAH itu MAHA MENGETAHUI...Dia tau akn kelemahan hamba-Nya..kerana itu kita dilarang untuk menghampiri zina,bukan shja melakukan tapi MENGHAMPIRI...dan jelas la couple itu mndekati zina..mungkin ada yg cuba pertahankan cinta mereka dgn mengatakan 'kami cinta kerana Allah' tp apa buktinya?dgn membahagiakan diri insan yg dicintai?kalau kmu benar2 cinta kerana Allah,maka lindungilah insan yg kita cintai dr mncintai kita yg blm layak bg nya...dr gila bayang thadap kita..dr menambah dosanya...

     Cuba kita bayangkan cinta kerana Allah setelah nikah...insya-Allah,Allah pasti akn memberi kita jodoh yg selayaknya untuk kita...selayak dgn kesabaran utk disayangi dan dicintai oleh insan yg layak untuk kita..bayangkan..seorang muslimah yg tidak pernah bercinta kemudian dipinang oleh seorang muslimin yg juga tdak pernah bercinta..c muslimin pilih c muslimah krn aturan keluarga/krn pilihan Allah(istikharah) atau krn akhlak dan keperibadian c muslimah...maka,bernikahlah mereka...pasti ada yg berkata,"camna la tu berkahwin dgn insan yg kita tdak cinta?"..krn pemikiran inilah yg mnyebabkan manusia utk bercinta sblm nikah...tapi?jika c muslimah terima c muslimin krn Allah,otomatik!walaupun kita blm kenal atau penah bercinta dgn c dia,rasa cinta terus tumbuh untuk c dia yg bergelar suami..krn kita yakin,Allah akn beri kita seorang suami yg layak dgn penantian kita selama ini...dan ia lebih romantik bila kita baru mengenal cinta dan rasa disayangi dan kita tdak perlu merasa berdosa apabila bersama dgnnya...apabila kita bercinta dgnnya.....kalau org kata,couple itu tempoh kenal2 sblm kahwin..tp tidak bg pasangan yg baru mengenal erti cinta itu..kerana sepanjang perkahwinan mereka itu adalah tempoh mreka berkenal-kenalan..kalau org kata,selalunya tem kapel tnjuk romantik abis,tp pas kawin hilang manis yg dijanjikn...tp tdak bg insan yg bru bkenal-kenalan nie..krn selagi cinta itu ada d hati,selama-lamanya la mereka romantik..kalau mereka yg bercinta krn Allah tp risau akn dosa sepanjang bercinta itu dlm masa yg sama tdak mahu melepaskn sang kekasih...tp bg pasangan yg baru bernikah itu,tiada apa yg dapat merisaukan mereka krn halalnya cinta mereka dan hanya mati dapat memisahkan mereka...betapa indahnya cinta krn Allah setelah nikah itu...

      Tidak kah kamu ingin merasainya?ana mengaku...ana adalah slh seorang yg pernah mengaku cinta krn Allah sblm nikah itu,dan syukurlah...di sebalik kekecewaan ana ketika bercinta rupa2nya Allah ingin ana kembali padanya dgn menyedarkan ana bhwa cinta ana telah tersasar jauh dr cinta krn Allah itu dan ingin menunjukkan ana yg telah jauh dr cinta-Nya..ana menganggap cinta ana kpd insan itu menjadi pembakar semangat ana utk terus bertaubat dan kembali pd cinta-Nya..
  Ya Allah,jika Engkau jadikan dirinya untukku,
Maka Engkau berilah petunjuk dan hidayah bgnya dan diriku,
Janganlah Engkau biarkan kami tenggelam di dalam cinta yg tidak halal ini,
Dan jika Engkau jadikan dirinya untukku,
Maka jadikanlah dirinya sebagai pemimpin ku,
Yang sentiasa mengingatiku akan-Mu,
Dan jika dia bukan untukku,
Maka bawalah dia pergi jauh dariku,
Bersama cintaku padanya.
Dan berilah diriku seorang insan yg soleh,
Yang dapat jadikan diriku sebagai sayap kirinya,
Dan bercinta di bawah naungan-Mu.
Amiinn..

Wednesday, June 15, 2011

Lapar Rasulullah S.A.W.


altMuslim dan Tirmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata:
"Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa sahaja yang kamu mahu kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu, Muhammad saw hanya mendapat kurma yang buruk sahaja untuk mengisi perutnya!"

Dalam riwayat Muslim pula dari An-Nu'man bin Basyir ra. katanya bahawa:
"Pada suatu ketika Umar ra. menyebut apa yang dinikmati manusia sekarang dari dunia! Maka dia berkata, aku pernah melihat Rasulullah saw seharian menanggung lapar, kerana tidak ada makanan, kemudian tidak ada yang didapatinya pula selain dari kurma yang buruk saja untuk mengisi perutnya ."

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata:
"Aku pernah datang kepada Rasulullah saw ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: 'Ya Rasulullah saw! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?' Jawab baginda: 'Aku lapar, wahai Abu Hurairah!' Mendengar jawapan baginda itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: 'Wahai Abu Hurairah! Jangan menangis, kerana beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.' (Kanzul Ummal 4:41)

Bukhari dan Muslim meriwayatkan pula dari Urwah dari Aisyah r.ha. dia berkata:
"Demi Allah, hai anak saudaraku (Urwah anak Asma, saudara perempuan Aisyah), kami senantiasa memandang kepada anak bulan, bulan demi bulan, padahal di rumah-rumah Rasulullah Saw tidak pernah berasap.' Berkata Urwah ra: 'Wahai makcikku, jadi apalah makanan kamu?' Jawab Aisyah r.ha: 'Kurma dan air sahaja, melainkan jika ada tetangga-tetangga Rasulullah Saw dari kaum Ansar yang membawakan buat kami makanan. Dan memanglah kadang-kadang mereka membawakan kami susu, maka kami minum susu itu sebagai makanan'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:155)

Tarmidzi memberitakan dari Masruq, katanya:
"Aku pernah datang menziarahi Aisyah r.ha. lalu dia minta dibawakan untukku makanan, kemudian dia mengeluh: 'Aku mengenangkan masa lamaku dahulu. Aku tidak pernah kenyang dan bila aku ingin menangis, aku menangis sepuas-puasnya!' Tanya Masruq: 'Mengapa begitu, wahai Ummul Mukminin?!' Aisyah r.ha menjawab: 'Aku teringat keadaan di mana Rasulullah saw telah meninggalkan dunia ini! Demi Allah, tidak pernah baginda kenyang dari roti, atau daging dua kali sehari'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:148)

Ibnu Majah dan Baihaqi meriwayatkan pula dari Abu Hurairah ra. katanya:
"Sekali peristiwa ada orang yang membawa makanan panas kepada Rasulullah saw maka beliau pun memakannya. Selesai makan, beliau mengucapkan: 'Alhamdulillah! Inilah makanan panas yang pertama memasuki perutku sejak beberapa hari yang lalu'." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:149)

Tirmidzi memberitakan daripada Abu Talhah ra. katanya:
"Sekali peristiwa kami datang mengadukan kelaparan kepada Rasulullah Saw lalu kami mengangkat kain kami, di mana padanya terikat batu demi batu pada perut kami. Maka Rasulullah saw pun mengangkat kainnya, lalu kami lihat pada perut baginda terikat dua batu demi dua batu." (At-Targhib Wat-Tarhib 5:156)

Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah r.ha. dia berkata:
"Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi saw ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalelalah syahwatnya!" (At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).

Muhasabah untuk sama-sama kita renungkan.

Tuesday, June 14, 2011

Akhlak Wanita

   Assalamualaikum..jgn lupa jawap salam ek?1 doa bg sesama kita yg menuturkan salam dan menjwapnya.
Ana ingin berkongsi lagi ilmu yg ada bersama ana..yg ana dapat dr buku yg mmberi manfaat bg ana.^_^

Akhlak yg baik pd wanita adalah kecantikannya :

1.  Baik perangainya terhadap suaminya,anak-anaknya,ibu-bapanya,rakan-rakan,jiran tetangga dan masyarakat,iaitu :

   (a) bersopan santun dlm segala percakapan dan tindakan terhadap suaminya.
   (b) bercakap dgn bahasa yg lbh baik (tidak suka memaki-maki dan berbahasa kesat) terhadap anak-anak.
   (c) bersopan santun dan beradab dgn ibu bapanya.
   (d) beradab dgn rakan-rakan,jiran dan masyarakat,tidak suka bertengkar dan mengata-ngata serta        memfitnah mereka.

2.  Tidak jahat mulut,iaitu tidak gemar mengadu-adu hal kpd ibu bapa,rakan-rakan dan jiran-jiran mengenai keburukan suaminya.

3.  Banyak bersabar dlm menempuh segala kesusahan dan ujian drpd Allah serta dlm mngerjakan perintah-perintah-Nya.

4.  Tidak berhias-hias ketika keluar rumah krn kecantikan isteri hanyalah untuk suaminya dan bukan untuk orang lain.

5.  Tidak cepat keluh kesah dlm menempuh kehidupan.

6.  Tidak memaksa suami untuk memenuhi segala keinginannya.

7.  Memadai (reda) dgn apa-apa pemberian suami sama ada pemberian itu disukai atau tidak.

8.  Tidak gemar banyak bercakap; cakap sekadar yg perlu shja,suka memperkatakan kebenaran dan hal-hal kebaikan.

9.  Selalu berada di rumah menguruskan rumah tangga dan mendidik anak-anak.

10. Selalu berpuasa,rajin sembahyang sunat,mmbaca Al-Quran,berzikir,suka bersedekah.

11. Merenung keaiban diri,seterusnya bertaubat dan memperbaiki diri.Sabda Rasulullah s.a.w. : "Wanita,apabila dia sembahyang lima waktu,puasa sebulan Ramadan,memelihara kehormatannya serta taat kpd suaminya maka masuklah dr mana pintu syurga yg dia kehendaki."(Riwayat Ahmad,Ibnu Hibban Tabrani dan Anas bin Malik)

   Dipetik dr buku Diari Khas Untuk Muslimah 2010.

   Moga kita dapat memanfaat ilmu yg ada.amin.

Peringatan Dalam Bulan-Bulan Islam

   Assalamualaikum muslimin dan muslimat...semoga iman dan diri sentiasa dalam keadaan sihat walafiat..Alhamdulillah..^_^

  Hari ini ana ingin bkongsi amalan2 baik dan sunnah mengikut bulan-bulan islam..moga kita dpt memanfaatnya (buat suma dan diri ana sendiri yg khilaf ini) .

  • Peringatan Bulan Ramadhan

1.Berdoa pd awal mlm Ramadan supaya dpt melaksanakan puasa dgn sempurna.
2.Sembahyang terawih dan witir pd waktu malam.
3.Tadarus Al-Quran.
4.Banyakkan sedekah.
5.Banyakkan ibadat khusus pd malam 21 hingga 30.
6.Kerjakan umrah,pahalanya satu umrah dlm bulan ini sama seperti satu kali haji.
7.Menunaikan zakat fitrah.

  • Peringatan Bulan Syawal

1.Bayar zakat fitrah sebelum sembahyang sunat Aidilfitri.
2.Hidupkan malam 1 syawal dgn beribadah.
3.Banyakkan bertakbir.
4.Sembahyang sunat Aidilfitri.
5.Berpuasa pd 6 syawal,pahalanya seperti puasa setahun.

  • Peringatan Bulan Zulhijjah

1. 1-8 Haribulan ; Sunat berpuasa
2. 8 Haribulan ; Hidupkan malam dgn byk beribadah.
3. 9 Haribulan ; Disunatkan berpuasa bg org yg tidak mngerjakan haji dan mmbaca surah Al-Ikhlas 1000 kali.
4. 10 Haribulan ; Sembahyang sunat Aidil Adha,bertakbir dan berkorban.
5. 11-13 Haribulan ; Hidupkan malam dgn banyak beribadah dan takbir setiap selepas sembahyang fardu.

  • Peringatan Bulan Rejab 

1.Puasa 1 hari - mendapat keredhaan yg besar drpd Allah.
2.Puasa 2 hari - mndapat kemuliaan dr Allah.
3.Puasa 3 hari - akan diselamatkan oleh Allah dr bhya dunia,seksa Akhirat,gila dan fitnah syaitan dan dajjal.
4.Puasa 7 hari - ditutup 7 pintu neraka.
5.Puasa 8 hari -  dibuka 8 pintu syurga.
6.Puasa 10 hari - Allah makbulkan doanya.
7.Puasa 15 hari - dihapuskan dosanya yg lalu dan diganti semua kejahatan dgn kebaikan.
8.Menambah bilangan hari-hari puasa akn menambahkan pahalanya.
9.Baca surah Al-Ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih.
10.Membaca Al-Quran.
11.Memperbanyakkan doa,istighfar.
12.Membaca atau mendengar kisah Israk dan Mikraj pd 27 haribulan.

  • Peringatan Bulan Syaaban

1. 15 haribulan ;  Nisfu syaaban.Hidupkan malam dgn :
   Membaca Yasin 3 kali dan berdoa supaya panjang umur,banyak beribadah,murah rezeki,banyak bersedekah dan tetap iman.
2.Digalakkan berpuasa kecuali pd hari syak iaitu 30 haribulan.

  • Peringatan Bulan Muharam

1. 1-9 haribulan ; sunat berpuasa.
2. 10 haribulan ; hari Asyura,sunat juga berpuasa dan sapu kepala anak yatim,bersedekah kpd fakir miskin,bercelah mata,meluaskan perbelanjaan keluarga.

Dipetik dr Diari Khas Untuk Muslimah 2010.

    Dah tau kn?tp jangan sahaja terlalu memikirkan ganjarannya nnt,biarlah hati kita ikhlas beramal kerana Allah..seperti hadis Rasulullah : 

Bertanya sahabat kepada Rasullallah, "Apa amal yang paling afdhal ya Rasullallah?" Sabda Rasullallah, "Maarifatullah". Bertanya lagi sahabat kepada Rasullallah."Amal apa yang terlebih pahalanya ya Rasullallah?'. Jawab Rasullallah, "Maarifatullah". Bertanya lagi kali ketiga oleh para sahabat, dan pada kali ini sahabat bukan lagi bertanya, tetapi membangkang. "Kami bertanya dari segi amal, kenapa engkau menjawab dari segi ilmu ya Rasullallah?'. (maarifatullah itu kaedah ilmu bukanlah kaedah amal). Menjawab Rasullallah, "Sedikit beramal dengan mengenal Allah, terlebih munafaat, banyak beramal dengan tidak mengenal Allah tiada munafaat!". Tujuan para sahabat bertanya kerana mereka tamak akan pahala, kerana mereka hendak bersungguh-sungguh beramal dengan yang banyak pahala, dan yang kurang pahala mereka hendak ringankan.
 
    Jadi biarlah amal yg kita buat semata-mata ikhlas krn Allah,dan bkn kerana tamakkan pahala sehingga membelakangkan manfaat yg sepatut kita dapat.Semoga kita sentiasa hidup dlm keberkatannya.Amin.
  

Kamar Syurga

   Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar.Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan.Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan menusia di dunia.


   "Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah s.a.w.?" tanya para sahabat." Untuk orang yg mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yg memberikan makan kepada yg memerlukan, dan untuk mereka yg membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dlm mimpinya."" Siapa yg bertemu temannya lalu memberi salam,dengan begitu bererti telah menyemarakkan salam.Mereka yg solat Isya dan Subuh berjemaah,dgn begitu bererti termasuk orang yg solat malam di saat org-org sedang tidur lelap."Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kpd sahabatnya.

    Jadi marilah kita mnyemarakkan salam seperti yg Rasulullah maksudkan..bkn Rasulullah juga pernah bersabda untuk mengucapkan salam kpd setiap orang islam yg kita temui?^_^

Aku Ingin Berubah..

altYa ALLAH,
Maniskan hatiku dengan iman,
Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.

Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.

Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.
Andai aku belum layak ya ALLAH,

Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...

Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...

Dan ya Allah..
Semoga hati ini dapat mencintai-Mu lebih dr segalanya..
Kerana tiada yg lebih ku perlukan di dunia tanpa cinta-Mu..
Hanya Engkau yg pantas ku serahkan hati ini,
Sebelum ku serahkan separuhnya kepada insan-insan yg ku sayangi,
Dan kepada bakal suamiku nanti.

untuk hati...

alt
Assalamualaikum...
apa khabar kamu yang bernama Hati?
Masihkah lagi sihat?
Atau mungkin kurang enak dirimu?
Ku harap dirimu kan seceria mentari,
Yang sentiasa menyinari alam ini.

Duhai kau yang bernama Hati,
Jagalah dirimu sebaiknya,
Peliharalah tubuhmu dari anasir-anasir,
Yang cuba menggodamu.

Duhai Kau yang bernama Hati..
Janganlah mudah kau percaya,
Akan dunia yang penuh racun berbisa,
Jangan mudah kau mengalah dan rebah,
dengan dunia yang berselirat kehitamannya..
Kuatkan dirimu... kentalkan jiwamu,
Perangilah nafsumu duhai Hati...
Jadikanlah zikrullah dan ayatullah..
Sebagai benteng dan perisai untukmu.

Untuk dirimu yang bernama Hati,
Usah dibiarkan jiwamu,
Kosong... hambar... dan sunyi...
Tiadanya Iman dan taqwa mengiringi dirimu...
Penuhilah kekosongan dan kesunyian itu,
Dengan bertasbih memuji kebesaran Ilahi...
Moga sentiasa nama-NYA dalam dirimu.

Untuk dirimu yang bernama Hati,
Jangan cepat berundur dan mengalah,
Tatkala ujian datang menyergah,
Walau kadang dirimu ingin rebah,
Kadang terduduk menangis pilu,
Bangkitlah wahai hati..
Ingatlah bahawa DIA sedang mengujimu..
Itu tandanya dirimu masih disayangi oleh-NYA.

Duhai hati yang ku sayangi..
Tolong sentiasa ingatkan dirimu,
Usah terlalu mengejar cinta manusia,
Yang tiada bertepi..
Kerna ia hanya akan memberi luka di hati,
Usah kau meraih cinta manusia,
Jika ia hanya sekadar menyinggah menyapa..
Jangan terlalu mengejar cintanya..
Kerna belum tentu dia menjadi milikmu,
Cukup sekadar cintai dalam diam,
Cukup sekadar dari kejauhan,
Jika benar dia tercipta untukmu
Kau tetap akan bersatu.

Duhai hati yang ku sayangi,
Tetapkanlah dirimu,
Luruskanlah dirimu,
Jangan mudah kau tersungkur,
Dari cubaan yang seringkali ingin menyimpangkan dirimu,
Jitukan semangat jiwamu,
Tepislah segala anasir asing yang cuba menghampiri menggodamu...
Pesanan untukmu wahai Hati...
Walau bagaimana berat sekalipun dirimu diuji..
Walau badai sentiasa menghampirimu..
Walau apa pun kisah yang akan terlukis..
Jangan dibiarkan kelongsong jasadmu..
Sepi dan sunyi tanpa CINTA-NYA...
Semailah haruman kasihmu kepada-NYA...
Moga CINTA-NYA kan menghiasi  mewarnai.. dirimu yang bernama Hati.

Untukmu perhatian hati..
Terangilah dirimu
Dengan cahaya CINTA dari-NYA..
Kejarlah kasih CINTA sejati-NYA
Raihlah CINTA-NYA abadi lagi hakiki.......
Untuk selamanya...
-Artikel Iluvislam.com

Dialah jodohku..

alt
        Untuk memilih teman hidup, lelaki mesti memilih wanita yang cantik, bergaya dan boleh dibawa ke sana sini. Dalam hati mesti berbangga kerana pasangannya cantik dan orang sentiasa memuji akan kecantikan pasangannya.

Antara pujian itu:
"Pandai kamu memilihnya, kalaulah aku dapat, aku tak akan lepaskannya."
"Pewittt, hebatnya kamu, cantik... cantik... cantik."
Mesti kamu akan berbangga jika menerima pujian sebegitu.
Pasangannya boleh dibawa ke mana-mana sahaja, setiap hari keluar dating. Tidak kira siang malam, yang penting bahagia. Setiap hari ada saja temujanji untuk bertemu tanpa ada istilah jemu.

         Bahagiakah namanya itu jika setiap hari keluar dating? Itulah lumrah pasangan berkasih, sehinggakan lupa segala syariat dan hukum Allah S.W.T.

"Yang penting 'happy', hidupkan hanya sekali."

         Tahu pula hidup hanya sekali, kenapa tak banyakkan amal ibadat, supaya di sana nanti lebih bahagia, tidak ada masalah yang menimpa, tidak payah fikir apa pun.
         Kalaulah pasangan yang dipilihnya tidak cantik, tidak bergaya biarpun pasangannya seorang muslimah sejati, orang tentu akan mengejinya. Mesti dia terseksa, walaupun dia menyedari itulah pilihan yang terbaik dan menjamin Syurga buatnya.

Antara kejian itu:
"Takde orang lain ke yang kau pilih sebagai pasangan, leceh la."
"Hahahaha, sakit perut aku, lawak, lawak... ketinggalan zaman la bro.."
Mesti sakit hati jika menerima kejian sebegitu?

          Pasangan sebegini lebih mementingkan ukhrawi daripada duniawi, dia akan menolak ajakan pasangan untuk keluar berdua, kerana dia takutkan azab Allah S.W.T dan dia tidak mahu hanyut oleh godaan Iblis Syaitan laknatullah.

          Tentu bosankan mendapat pasangan yang sebegini, sentiasa menolak ajakan kita untuk keluar berdua.
Tentu kita bersungut andai ajakan kita tidak dapat dipenuhinya.
Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, walaupun dia tidak cantik pada rupa paras, tetapi dia cantik pada akhlak dan budi pekerti. Ilmu agamanya penuh di dada dan menjadi benteng untuk menghalang godaan nafsu yang melalaikan.

          Untuk memilih teman hidup, wanita mestilah memilih lelaki yang handsome, bergaya dan kaya. Dalam hati mesti lebih berbangga memiliki pasangan yang sebegini. Bahagia sangat-sangat, terasa dunia ini milik berdua. Apatah lagi jika orang di sekeliling sentiasa memuji.

Antara pujian itu:
"Hebatnya kamu, dahlah 'handsome', bergaya... 'loaded' lagi"
"Kalaulah aku dapat, bahagianya hidup".

          Dalam hati tak terkata, betapa bangganya memiliki pasangan sebegitu. Tidur malam tak lena, sentiasa terbayangkan wajah kekasih. Bahagia sangat-sangat sebab pilihannya menepati cita rasa. Sanggup bersengkang mata hingga larut malam semata-mata untuk memadu kasih dengan pasangan.

          Sekarang ini zaman serba maju, ada facebook, handphone, semuanya hanya di hujung jari, semuanya boleh jadi. Siang keluar dating, malam pun keluar dating, bila tiba larut malam sambung lagi dengan sms, call dan ber-chatting di facebook sehingga jam 3 - 4 pagi. Tak jemukah berbuat begitu? Tentu tidak? Bila diri dilamun cinta, hati takkan jemu meluahkan rasa rindu.

          Kalaulah pasangan yang dipilihnya tak handsome, tak bergaya dan tak kaya, walaupun pasangannya seorang muslimin sejati, tentu malukan? Ya lah, pasangan orang lain semuanya handsome, bergaya dan kaya, sedangkan pasangan kita...

          Pasangan kita mementingkan ukhrawi dari duniawi. Tak suka keluar dating kerana takutkan Allah S.W.T. Tentu bosankan? Asyik terperap saje. Mula nak bersungut dan menyesal kerana tersalah memilih, tak sesuai langsung dengan cita rasa kita yang gemarkan bersosial.

          Inilah pasangan yang terbaik untuk kita, mungkin Allah S.W.T dah tetapkan untuk kita,s upaya kita tidak terus hanyut dengan godaan Iblis Syaitan. Allah S.W.T nak bagi untuk kita yang terbaik, jadi kita harus menerimanya dengan hati yang lapang dan bersyukur sebab kita tak terjerumus dalam kancah kemungkaran dan kemaksiatan yang menghampiri kepada azabnya api neraka.

          Di dunia kita tidak merasai azab Allah S.W.T, sebab itulah kita masih menghampiri maksiat, yang ada dalam fikiran kita hanyalah keseronokkan sahaja. Kalaulah Allah S.W.T turunkan azab-Nya semasa kita berseronok dengan nikmat dunia, apakah yang terjadi kepada kita? Sama-samalah kita bermuhasabah diri..

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Terbaik dari segala hal...
Duniawi mahupun ukhrawi...
Kelak dirimu bahagia.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Soleh dan solehah...
Mukminin dan mukminat...
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat...
Bahagia dunia dan akhirat.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik...
Baginya dunia hanya sementara...
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi...
Untuk menuju ke syurga Allah.
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik....
Al-Quran jadi panduan hidup...
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan...
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat...
-Artikel Iluvislam.com