Hari ini ana ingin bkongsi amalan2 baik dan sunnah mengikut bulan-bulan islam..moga kita dpt memanfaatnya (buat suma dan diri ana sendiri yg khilaf ini) .
- Peringatan Bulan Ramadhan
1.Berdoa pd awal mlm Ramadan supaya dpt melaksanakan puasa dgn sempurna.
2.Sembahyang terawih dan witir pd waktu malam.
3.Tadarus Al-Quran.
4.Banyakkan sedekah.
5.Banyakkan ibadat khusus pd malam 21 hingga 30.
6.Kerjakan umrah,pahalanya satu umrah dlm bulan ini sama seperti satu kali haji.
7.Menunaikan zakat fitrah.
- Peringatan Bulan Syawal
1.Bayar zakat fitrah sebelum sembahyang sunat Aidilfitri.
2.Hidupkan malam 1 syawal dgn beribadah.
3.Banyakkan bertakbir.
4.Sembahyang sunat Aidilfitri.
5.Berpuasa pd 6 syawal,pahalanya seperti puasa setahun.
- Peringatan Bulan Zulhijjah
1. 1-8 Haribulan ; Sunat berpuasa
2. 8 Haribulan ; Hidupkan malam dgn byk beribadah.
3. 9 Haribulan ; Disunatkan berpuasa bg org yg tidak mngerjakan haji dan mmbaca surah Al-Ikhlas 1000 kali.
4. 10 Haribulan ; Sembahyang sunat Aidil Adha,bertakbir dan berkorban.
5. 11-13 Haribulan ; Hidupkan malam dgn banyak beribadah dan takbir setiap selepas sembahyang fardu.
- Peringatan Bulan Rejab
1.Puasa 1 hari - mendapat keredhaan yg besar drpd Allah.
2.Puasa 2 hari - mndapat kemuliaan dr Allah.
3.Puasa 3 hari - akan diselamatkan oleh Allah dr bhya dunia,seksa Akhirat,gila dan fitnah syaitan dan dajjal.
4.Puasa 7 hari - ditutup 7 pintu neraka.
5.Puasa 8 hari - dibuka 8 pintu syurga.
6.Puasa 10 hari - Allah makbulkan doanya.
7.Puasa 15 hari - dihapuskan dosanya yg lalu dan diganti semua kejahatan dgn kebaikan.
8.Menambah bilangan hari-hari puasa akn menambahkan pahalanya.
9.Baca surah Al-Ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih.
10.Membaca Al-Quran.
11.Memperbanyakkan doa,istighfar.
12.Membaca atau mendengar kisah Israk dan Mikraj pd 27 haribulan.
- Peringatan Bulan Syaaban
1. 15 haribulan ; Nisfu syaaban.Hidupkan malam dgn :
Membaca Yasin 3 kali dan berdoa supaya panjang umur,banyak beribadah,murah rezeki,banyak bersedekah dan tetap iman.
2.Digalakkan berpuasa kecuali pd hari syak iaitu 30 haribulan.
- Peringatan Bulan Muharam
1. 1-9 haribulan ; sunat berpuasa.
2. 10 haribulan ; hari Asyura,sunat juga berpuasa dan sapu kepala anak yatim,bersedekah kpd fakir miskin,bercelah mata,meluaskan perbelanjaan keluarga.
Dipetik dr Diari Khas Untuk Muslimah 2010.
Dah tau kn?tp jangan sahaja terlalu memikirkan ganjarannya nnt,biarlah hati kita ikhlas beramal kerana Allah..seperti hadis Rasulullah :
Bertanya sahabat kepada Rasullallah, "Apa amal yang paling afdhal ya Rasullallah?" Sabda Rasullallah, "Maarifatullah". Bertanya lagi sahabat kepada Rasullallah."Amal apa yang terlebih pahalanya ya Rasullallah?'. Jawab Rasullallah, "Maarifatullah". Bertanya lagi kali ketiga oleh para sahabat, dan pada kali ini sahabat bukan lagi bertanya, tetapi membangkang. "Kami bertanya dari segi amal, kenapa engkau menjawab dari segi ilmu ya Rasullallah?'. (maarifatullah itu kaedah ilmu bukanlah kaedah amal). Menjawab Rasullallah, "Sedikit beramal dengan mengenal Allah, terlebih munafaat, banyak beramal dengan tidak mengenal Allah tiada munafaat!". Tujuan para sahabat bertanya kerana mereka tamak akan pahala, kerana mereka hendak bersungguh-sungguh beramal dengan yang banyak pahala, dan yang kurang pahala mereka hendak ringankan.
Jadi biarlah amal yg kita buat semata-mata ikhlas krn Allah,dan bkn kerana tamakkan pahala sehingga membelakangkan manfaat yg sepatut kita dapat.Semoga kita sentiasa hidup dlm keberkatannya.Amin.
No comments:
Post a Comment