Islamic Widget

sYuKrAn..^_^

Monday, June 20, 2011

Wahai sayangku..

Baca sampai abis ek.....^___^

Wahai sayangku,
Maafkanlah diriku,
Yang sering melupakanmu,
Yang sering lalai akanmu,
Padahal engkau sentiasa denganku.

Wahai sayangku,
Maafkanlah diriku,
Di waktu aku bersamamu,
Fikiranku berada di tempat lain,
Mengingati dunia,
Hanya mulutku sahaja yang berbicara.

Wahai sayangku,
Maafkanlah diriku,
Sewaktu aku mengabaikan kewujudanmu di sisiku,
Engkau telah melihat kemungkaran-kemungkaran ku,
Engkau menjadi saksi bagaimana kehidupanku,
Sewaktu di dunia,
Dan engkau menjadi saksi akan titisan air mata penyesalan ku.

Wahai sayangku,
Di kala aku buntu mencari penyelesaian,
Engkau membantuku dengan memberi ayat-ayat Pencipta,
Engkau menggembirakan ku dengan menerangkan balasan-balasan amalan baik yg ku buat,
Dan engkau mengingatiku dgn menerangkan balasan kemungkaran dan kemaksiatan yg ku buat,
Sewaktu di dunia yg fana ini.

Wahai sayangku,
Engkau tidak pernah lari dariku,
Tapi ada masanya aku terpaksa menjauhimu,
Kerana engkau mulia dan suci,
Aku tidak sanggup mengotorkanmu.

Wahai sayangku,
Sentiasalah bersamaku,
Walaupun suatu hari aku akan meninggalkanmu,
Teruslah sentiasa bersama keturunanku,
Bersama-sama mengharungi kehidupan,
Sehingga engkau diangkat oleh sang Pencipta,
Untuk menjaga kesucianmu.

Wahai sayangku,
Apabila tibanya masa kita dipertemukan,
Sambutlah diriku bersama keturunanku dgn wajahmu yg paling manis dan berseri-seri,
Dan berilah syafaat kepada kami,
Kerana Engkaulah Al-Quran,
Teman setia kami di dunia dan akhirat.

Khas untukmu : Al-Quran ku..

2 comments: