Assalamualaikum..jgn lupa jawap salam ek?1 doa bg sesama kita yg menuturkan salam dan menjwapnya.
Ana ingin berkongsi lagi ilmu yg ada bersama ana..yg ana dapat dr buku yg mmberi manfaat bg ana.^_^
Akhlak yg baik pd wanita adalah kecantikannya :
1. Baik perangainya terhadap suaminya,anak-anaknya,ibu-bapanya,rakan-rakan,jiran tetangga dan masyarakat,iaitu :
(a) bersopan santun dlm segala percakapan dan tindakan terhadap suaminya.
(b) bercakap dgn bahasa yg lbh baik (tidak suka memaki-maki dan berbahasa kesat) terhadap anak-anak.
(c) bersopan santun dan beradab dgn ibu bapanya.
(d) beradab dgn rakan-rakan,jiran dan masyarakat,tidak suka bertengkar dan mengata-ngata serta memfitnah mereka.
2. Tidak jahat mulut,iaitu tidak gemar mengadu-adu hal kpd ibu bapa,rakan-rakan dan jiran-jiran mengenai keburukan suaminya.
3. Banyak bersabar dlm menempuh segala kesusahan dan ujian drpd Allah serta dlm mngerjakan perintah-perintah-Nya.
4. Tidak berhias-hias ketika keluar rumah krn kecantikan isteri hanyalah untuk suaminya dan bukan untuk orang lain.
5. Tidak cepat keluh kesah dlm menempuh kehidupan.
6. Tidak memaksa suami untuk memenuhi segala keinginannya.
7. Memadai (reda) dgn apa-apa pemberian suami sama ada pemberian itu disukai atau tidak.
8. Tidak gemar banyak bercakap; cakap sekadar yg perlu shja,suka memperkatakan kebenaran dan hal-hal kebaikan.
9. Selalu berada di rumah menguruskan rumah tangga dan mendidik anak-anak.
10. Selalu berpuasa,rajin sembahyang sunat,mmbaca Al-Quran,berzikir,suka bersedekah.
11. Merenung keaiban diri,seterusnya bertaubat dan memperbaiki diri.Sabda Rasulullah s.a.w. : "Wanita,apabila dia sembahyang lima waktu,puasa sebulan Ramadan,memelihara kehormatannya serta taat kpd suaminya maka masuklah dr mana pintu syurga yg dia kehendaki."(Riwayat Ahmad,Ibnu Hibban Tabrani dan Anas bin Malik)
Dipetik dr buku Diari Khas Untuk Muslimah 2010.
Moga kita dapat memanfaat ilmu yg ada.amin.
No comments:
Post a Comment