Islamic Widget

sYuKrAn..^_^

Wednesday, September 21, 2011

Tips Mencari Jodoh Tanpa “Couple”

cantik lak cincin nie..hehe
………(¯`v´¯)
………..`•.¸.•´ ~ ♥ TIPS MENCARI JODOH TANPA ”COUPLE” ♥ ~
………(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)
……… /█\ ♥/█\
…❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*° •✫❤

(`’•.¸ “Habis nnt macam mana nak cari isteri?”
bab nak mencari bakal isteri ni apa susah~
berserah sahaja kepada Allah~
bila MASA sudah sampai~ dapatlah~

(`’•.¸ “Bukan kita kena USAHA ke?”
memanglah kena usaha
tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?
tapi COUPLE is WRONG
baik kumpul duit~ persiapkan diri dgn tanggungjawab~
pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI

(`’•.¸ “Nanti kena REJECT macam mana?”
dah nak REJECT..nak buat apa?
fikir positif lah~ maybe ada yg lebih baik buat kita
Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA
kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA

(`’•.¸ “Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?”
lagi senang kalau mcm tu~ dah cukup duit & persiapan~
teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus~
tak payah nak berCOUPLE bagai~ buat maksiat sahaje apa guna~
korang nak masuk SYURGA ke NERAKA r?
kalau belum cukup lagi tu~
simpan lah dalam hati~ cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?
maybe perasaan korang tu just CRUSH only~

(`’•.¸ “Eleh~ budget ko baik sangat r? Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk.”
Ye~ Saya tak kata saya baik. Korang yang menilai diri saya ini.
Macam mana korang NILAI or pandang..itu terpulang~
yang penting PANDANGAN Allah terhadap saya nanti bagaimana?
sbb nanti akhirat saya yang kena soal~
kenapa saya tak sedarkan kamu semua?
kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?
sekarang~ I have DONE my job~
nnt itu antara kamu dan Allah ek~

(`’•.¸ “Mak & ayah restu lah.”
Memanglah mak & ayah restu~
tapi Allah restu ke tak ea?
korang FIKIRlah sendiri~
semua diberi AKAL untuk berfikir
saya yakin korang pandai menilai apa yang baik & buruk
ingat lah~ niat tidak memBENARkan cara~

(`’•.¸ perkahwinan tu satu benda yang SUCI
tapi manusia yang mengotori ikatan ini
oleh sebab terlalu mengukut budaya barat
semua benda yang HARAM pun boleh jd HALAL

(`’•.¸ fikirlah wahai RAKAN
kita ni umat akhir zaman
kiamat tu PASTI
kenapa korang tak SEDAR lagi
or korang tahu just buat2 tak tahu saje?
fikir-fikirkan lah~

✿♫•*¨*•.¸¸❤ ✿♫•*¨*•.¸¸❤
❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*° •

COPY FROM FB....hehe...

p/s : PERINGATAN BUAT DIRI YANG KHILAF INI DAN SEMUA....astaghfirullah...

Sunday, September 18, 2011

Aku ingin menjadi muslimah itu...

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Di saat hujan turun membasahi bumi ...
Langsung tidak terdetik di hati...
Untuk membuka hijab di kaki...
Kerana dia mengetahui..
Apalah sangat basah itu...
Jika dibandingkan dengan panas di sana nanti..

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Di saat remaja sibuk mencari cinta manusia...
Dia juga sibuk mencari cinta..
Tapi bukan cinta manusia yang di haus kan nya..
Bahkan ia cinta yang agung..
Cinta pada Ilahi...

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Di saat remaja sibuk menggayakan pelbagai fesyen semasa...
Dia sibuk mencari kain yang tebal..
Untuk membaluti keindahan yang ada pada nya...
Buat pemilik cinta nya setelah Pencipta dan Rasul -Nya...
Biarlah di kata ketinggalan zaman..
Biarlah di pandang serong oleh mereka yang jahil...
Hatinya tetap pada syariat Islam..

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Di saat ramai yang berlabuh di kala malam menginjak..
Dia berlabuh di hamparan sejadah...
Menangisi dosa-dosa nya yang tidak diketahui...
Memaafi yang zalim terhadap nya...
Tekad dalam berusaha menggapai redha dan cinta- Nya...

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Tatkala dia berjalan dengan pandangan penuh keyakinan ke hadapan...
Hanya pandangan ajnabi yang mampu menundukkan pandangan nya..
Tatkala dia berjalan dengan layak nya jalan seorang muslimah..
Murah senyuman nya pada yang halal bagi nya...
Tanpa rasa terpaksa maupun di paksa...

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Bukan sahaja pemurah senyuman...
Tapi jua pemurah dari segi pertolongan..
Bijak dalam memberi pertolongan...
Supaya tiada yang menyalahgunakan..
Kebaikan yang dihulur...

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Di saat remaja menangis kerana kecewa cinta manusia..
Dia menangis kerana jatuh cinta...
Takut tersalah dalam meletakkan cinta nya...
Kerana dia tahu...
Cinta itu membutakan hati..
Di kala cinta Allah dibelakang kan..

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Yang tabah menjalani hidupnya...
Yang teguh terhadap pendiriannya berteraskan islam..
Yang yakin dengan janji Nya Yang Khaliq...
Yang ikhlas menjalankan ibadah nya...
Yang lembut perkataan pada yang halal..
Yang tegas bila bertemu yang selain mahram..
Yang setia menunggu pemilik cinta nya setelah Allah dan Rasul...


Cemburunya aku akan muslimah itu...

By : Seputih Salju

Saturday, September 17, 2011

ZAINAB BINTI KHUZAIMAH

ZAINAB BINTI KHUZAIMAH: 2 Bulan Menjadi Isteri Nabi

Profil Zainab binti Khuzaimah
·         Lahir di Makkah, 13 tahun sebelum kenabian.
·         Saudara seibu dengan Ummul Mukminin terakhir Maimunah.
·         Diberi julukan Ummul Masakin bermaksud Ibu Orang-orang Miskin.
·         Termasuk golongan pertama yang masuk Islam.
·         Tidak pernah menyembah berhala kerana ke-Islamnya sejak dalam buaian.
·         Menyaksikan perjuangan Islam dan cabaran-cabarannya sejak awal kemunculan.
·         Rajin berpuasa, solat dan beribadah kepada Allah SWT.
·         Tidak meriwayatkan hadis kerana singkatnya masa bersama Rasulullah.

Cinta Pertama
Para Nabi dan sahabat sentiasa membuktikan cinta suci terhadap pasangan terzahir selepas ikatan yang halal bukan sebelum pernikahan. Suami pertama Zainab binti Khuzaimah yang berjaya menyunting cintanya diperselisihkan namanya oleh para ulama. Ada pendapat yang mengatakan pemuda bertuah itu ialah Abdullah bin Jahsy dan ada pula pendapat yang mengatakan beliau ialah Thufail bin Harits.
Imam Adz- Zahabi berkata, “ Suami Zainab, Abdullah bin Jahsy, gugur dalam Perang Uhud. Lalu, Rasulullah SAW menikahinya. Tetapi, dia hanya hidup bersama baginda lebih kurang dua bulan sahaja, kerana kematian menjemputnya, semoga Allah meredhainya.”
Berkata Imam Adz-Zahabi lagi, “Ada juga yang mengatakan bahawa suami pertamanya adalah Thufail bin Harits. Zainab sama sekali tidak meriwayatkan hadis. Pakar ilmu Nasab, Ali bin Abdul Aziz Al-Jurjani mengatakan bahawa suami pertamanya adalah Thufail, lalu dinikahi oleh saudaranya yang gugur sebagai syahid, Ubaid bin Harits Al-Muththalibi.” (Siyar A’laam An-Nubalaa’, vol.2, hlm. 218).
Sementara itu, Muhammad bin Ishaq pula merekodkan, “Rasulullah SAW menikah dengan Zainab binti Khuzaimah Al-Hilaliyah yang dikenal dengan gelaran Ummul Masakin. Sebelum itu, Zainab adalah isteri dari Al-Hushain, Thufail binHarits. Zainab meninggal di Madinah dan merupakan isteri Nabi yang pertama kali meninggal dunia (di sana).” (Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaid, no.15358, “Diriwayatkan oleh Thabrani. Semua perawinya tsiqah/ dipercayai.”)

Dimuliakan Allah sebagai Ummul Mukminin
            Mengetahui berita kesyahidan suaminya, lumrah hati akan bersedih. Namun, kesedihan itu segera terubat kerana dirawat oleh kemanisan iman, tawakkal dan keyakinan kepada Allah SWT. Jiwanya kuat. Hatinya teguh. Semangatnya tidak pudar.
            Bagaikan bulan jatuh ke riba. Setelah habis iddah, Zainab tidak sesekali menyangka akan dipinang oleh lelaki terbaik sepanjang zaman, Muhammad SAW. Rasulullah SAW simpati pada janda itu. Hilang sumber nafkah keluarga. Hilang pula tempat berlindung.
              Tiba hari pernikahan yang diberkati, Zainab diberi mahar sebanyak 400 dirham. Baginda membangunkan sebuah rumah kecil berhampiran rumah Aisyah binti Abu Bakar dan Hafsah binti Umar, semoga Allah meredhai mereka semua.

Menyedari Kedudukannya di Hati Nabi Berbanding Isteri Yang Lain
            Sebelum Zainab dijemput mulia bergabung dalam lingkungan keluarga Rasulullah SAW, Saudah bin Zam’ah, Aisyah binti Abu Bakar dan Hafsah binti Umar terlebih dahulu mendampingi baginda. Zainab sentiasa sedar tentang kedudukannya di hati Nabi berbanding Aisyah dan Hafsah. Kedua-duanya memiliki kedudukan yang tinggi, puteri kepada dua sahabat kesayangan Nabi, berminda kelas tinggi, bijaksana dan sentiasa kreatif bersaing merebut cinta Nabi.
Zainab lebih mengerti kedudukannya di hati Nabi apabila Nabi sering terkenang-kenangkan saat monogaminya dengan Khadijah binti Khuwailid selama 25 tahun. Ketika di alam monogami itu, Rasulullah SAW tidak terbeban dengan karenah dan kecemburuan para isterinya. 
Oleh sebab itu, baginda tidak pernah berasa marah kepada isteri ketika 25 tahun bermonogami namun agak teruji dengan karenah para isteri dalam menempuh 10 tahun berpoligami. Sering berlaku konflik antara mereka. Begitulah lumrah hidup bermadu.
Sejarah merakamkan bagaimana pinggan pernah pecah dibaling Aisyah. Pertengkaran antara isteri pernah didengari oleh Abu Bakar yang lalu di jalanan. Komplot meminggirkan madu pernah berlaku. Ejek-mengejek antara isteri pun selalu sahaja. Ada isteri mengekori suami di malam gelita kerana takut suami ke rumah madu yang lain. Menarik lagi, saat mereka bersaing membina khemah di dalam masjid untuk lebih dekat dengan Nabi. 
Tidak cukup dengan itu, para isteri pernah terbahagi kepada geng Ummu Salamah dan Geng Aisyah. Geng Ummu Salamah pernah menghantar utusan iaitu Fatimah kerana kecemburuan mereka pada Aisyah yang lebih dicintai Nabi dan dicintai pula oleh para sahabat kerana menjadi kesyaangan Nabi hinggakan sering diberikan hadiah oleh mereka. Mereka semua pernah membuat Nabi tertekan kerana meminta lebihan nafkah. Banyak lagi ujian yang terpaksa dilalui oleh para wanita paling mulia itu. 
Rasulullah amat faham kecemburuan mereka adalah fitrah di dunia sebab itu baginda tidak pernah melarang mereka untuk cemburu. Rasulullah berusaha sehabis daya menunjukkan cinta dengan perhatian dan komunikasi berkesan. Namun ketika fitrah menjadi fitnah, Rasulullah pernah menyisihkan mereka semua sebulan lamanya. Dalam tuntutan nafkah, baginda pernah menawarkan perceraian. Namun kemaksumam Nabi dapat menawan hati mereka semua untuk terus teguh bersama Nabi. 
Moga-moga, mereka yang sanggup berpoligami, sanggup pula sesabar Rasulullah dalam berlaku lembut kepada para isteri,serta sanggup pula sesabar para isteri Rasulullah dalam melalui sakitnya ujian cemburu sepanjang hayat suami. Bagi mereka yang tidak sanggup, Islam tidak memaksa untuk mempersulitkan diri sendiri, tidak juga memaksa terhadap sesuatu yang bertentangan dengan fitrah, maka Islam turut menawarkan solusi mencegah sebelum merawat agar agama seseorang tidak rosak kerana berlaku zalim. Adil bukan?
Anak-anak Rasulullah membesar dalam suasana monogami yang penuh ketenangan, tanpa konflik, sehinggalah anak-anak gadis itu berkahwin. Poligami berlaku dalam sisa-sisa akhir hidup baginda, bermula usia 53 tahun hingga 63 tahun.Cuma 10 tahun tempohnya.

Cukup dengan Kemuliaan Bergelar Isteri Nabi
Berbalik kepada kisah Zainab binti Khuzaimah (bukan Zainab binti Jahsy), Zainab sedar, Rasulullah SAW telah berkorban untuk menikahinya bukan untuk kemaslahatan baginda tetapi demi kemaslahatan dirinya. Menafkahi dan melindungi. Zainab tidak mahu menambah lagi beban baginda melalui persaingan dengan Aisyah dan Hafsah, apatah lagi meminta Rasulullah SAW berhenti merindui Khadijah. Justeru, dia menyibukkan diri dengan menyantuni orang-orang miskin selain beribadah kepada Allah SWT.  
Dengan sifatnya yang suka mengalah itu, Aisyah dan Hafsah tidak berasa tergugat dengan kehadirannya. Hampir tiada riwayat yang merekodkan konflik antara Zainab binti Khuzaimah dengan mereka. Walau bagaimana pun, Zainab tetap menemui kebahagiaan dan ketenangan selama menjadi isteri Rasulullah SAW dengan kerja keras baginda untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya.
Biarpun tiada keadilan dalam soal hati, namun kemuliaan apa lagi yang lebih membahagiakan seorang wanita selain bergelar Ummul Mukminin? Bagi Zainab, cukuplah! Waktunya dihabiskan dengan banyak beribadah, berpuasa, bersolat malam dan bersedekah kepada fakir miskin sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat agung itu.

Pulang kepda Kekasih Agung
            2 bulan bergelar pengantin buat Nabi amatlah singkat. Apakan daya, ajal menjemputnya. Dia meninggal di Madinah. Mendapat solat dan doa oleh insan yang paling dicintai oleh Allah SWT iaitu suaminya. Jasadnya dimakamkan di perkuburan Baqi’. Semoga Allah meredhainya dan membuatkannya redha kepada Allah, serta menjadikan syurga Firdaus sebagai kediaman abadi.

Friday, September 16, 2011

Fitnah Wanita semakin berleluasa..

     Assalamualaikum..apa khabar iman?harap baik2 semua...amin...^^
Semoga mereka yg membaca nie dapat kita jadikan ukhwah bersama,insyaAllah...^_^
sori la terbalik..hehe  
         Bahaya tul dunia sekarang...betul tak?fitnah wanita semakin berleluasa tidak kira mereka yang sudah berkahwin atau belum...semoga Allah jauhi kita dari tergolong golongan ini...amin...bila baca surat khabar tentang cerita2 begini,sedih bila melihat kaum wanita yang sepatut dihargai dan dilindungi tanpa segan silu menyerah diri pada dunia...bila fikir apa faktor,dikata sunyi..nak 'bebas'..tapi masalah sebenar mereka adalah kekurangan ilmu agama...setuju tak?sebab apa...sebab jika mereka ada ilmu agama,mereka tidak akan berani melakukan perkara2 sebegini..salah 1 sebab jgak,kerana kurang takut mereka kpd azab Allah dan kekuasaan Allah itu sendiri...bagai sabda Rasulullah,"Jika kamu melihat neraka itu,pasti kamu tidak akan berhenti beramal kepadaNya"...Allahuallam,maaf kalau salah...tapi walau apa pun,semoga kita terlindung drpd golongan ini dan semoga mereka diberi hidayah...

         Salah satu sebab adalah,bila artis yg dipuja(terkenal) tidak mempraktikkan agama itn sendiri..sedarkah mereka?apabila mereka terkenal,mereka bukan sahaja jadi penghibur,malah mereka menjadi idola atau 'contoh' yg diikuti oleh ramai manusia yg mengenali mereka ini..apalagi bg mereka yg cetek ilmu agamanya,terlintas lah di fikiran,"Aku nak jadi macam dia lah.."..mereka yg hanya menganggap artis2 ini sebagai penghibur.syukurlah...kekalkan la anggapan begitu..tapi kasihan lah pd mereka yg menjadikan artis2 yg suka hati mendedahkan aurat,dijadikan sebagai idola dan contoh...

JANGAN!..

         Janganlah wahai saudara2 ku...betapa diri ini bersedih akan kekhilafan diri mu,bukan bermaksud diri ini seorang yg bijak pandai atau banyak ilmu agama,tapi cukuplah diri ini mengamalkan apa yg disyariatkan dan mengejar gelaran 'muslimah sejati' itu...sedih bila melihat ramai saudara2 kita yg menjual tubuh demi kepuasan nafsu,wang...tahukah kamu Rasulullah,sehingga di hujung hayat nya tetap mengingati umat nya iaitu KITA...ya,KITA LAH UMAT AKHIR ZAMAN..di kala Rasulullah dicabut nyawa nya,Rasulullah S.A.W tetap bimbang akan bagaimana umatnya nanti,bahkan Rasulullah minta pd Malaikat Jibril supaya diringankan sakit ditarik nyawa itu pd umat nya!sehingga di akhir nafas,Rasulullah hanya menyebut "ummati,ummati"...UMATKU,UMATKU...betapa Rasulullah mengasihi kita yang digambarkan SAUDARA nya kerana tidak bisa hidup dan bertemu dengan nya..

        Ana bukan seorang yg sempurna atau tidak pernah berbuat dosa,ana sama seperti semua...pernah berbuat dosa,pernah berbuat maksiat..tapi ana bersyukur..syukur...kerana Allah memberikan ku peluang untuk memperbetulkan diri ini,untuk kembali pada -Nya...meraih cinta -Nya..walaupun amat payah untuk ku jauhi cinta dunia...cinta manusia...walaupun adakala nya iman ku lemah melawan rasa gelojak hati..tapi aku bersyukur Allah memberiku sifat sedar diri supaya aku dapat kembali pada nya seraya aku berbuat dosa...Ya Rabb...Ampuni dosa-dosa ku...

Ya Allah,Cantikkan lah akhlak ku sebagaimana Engkau cantikkan kejadianku..

By : Seputih Salju

Thursday, September 15, 2011

Di Kala Iman ku Lemah...

Di kala imanku lemah,
Emosi menguasai diri,
Yang selama ini dikawal,
Akhirnya terhambur..

Di kala imanku lemah,
Hati sering mengingati si dia,
Yang tidak pantas ku rindukan,
Setelah Allah dan Rasulullah...

Di kala iman ku lemah,
Cemburu semakin menguasai diri,
Sedangkan dia belum milikku,
Buruk sangka menerawang di fikiran ku..

Di kala iman ku lemah,
Sunat ku amalkan,
Ku tinggalkan tanpa rasa bersalah,
Walhal iman ku sakit meronta-ronta menyeru diriku mengerjakan yang sunat...

Di kala iman ku lemah,
Ku lewati solat ku,
Dengan masa yang tidak berfaedah,
Betapa lalainya diriku...

Di kala iman ku lemah,
Al-Quran ku semakin jarang ku bacakan,
Walhal hati ini mengharap,
Supaya iman ku terisi kembali...

Ya Rabb...
Di saat aku menangisi akan masa silam ku,
Biarlah rasa hina yang ku rasai ketika itu,
Berkekalan...
Supaya ku dapat sentiasa meletakkan Engkau,
Sebagai kepentingan ku yang pertama,
Untuk menggapai keampunan...
Dan redha-Mu Ya Rabb...

Ya Rabb...
Betapa diriku mengharap...
Di saat diri ku lemah...
Dengan ujian dunia ini...
Rasulullah datang kepadaku dengan kata-kata nya yg lembut..
Berbaur nasihat dan semangat...
Betapa ku inginkan hidup di zaman Rasulullah...
Supaya ku boleh bertemu dengannya...
Betapa aku rindu pada Rasul-Mu Ya Rabb..
Namun Engkau lebih Mengetahui..
Akan kehidupan yang ku jalani kini...

Ya Rabb...
Engkau jadikan lah bekas kurungan di hati ku ini...
Supaya boleh ku kurung sifat-sifat buruk ku...
Supaya boleh ku simpan cinta yang sepatutnya ku berikan kepada pemilik cinta ku..
Setelah Engkau dan Rasul-Mu...
Supaya hidup dan mati ku hanya untuk-Mu...
Dan cinta ku hanya kepada Mu dan Rasul-Mu..
Sehingga pemilikku datang menyunting diriku..

Ya Allah,Cantikkan lah akhlak ku sebagaimana Engkau cantikkan kejadian ku...

By : Seputih Salju

Thursday, September 8, 2011

Juwairiyah binti al-Harits

Dinikahi Sebagai Strategi Politik Nabi

Profil
·         Nama penuhnya ialah Juwairiyah binti al-Harits bin Abu Dhirar.
·         Lahir sekitar 14 tahun sebelum hijrah.
·         Dibesarkan dalam keluarga kaya lagi bangssawan kerana ayahnya adalah kepala suku Bani Mustaliq.
·         Rupa parasnya digambarkan cantik jelita, berakhlak mulia dan berpendidikan sehingga ramai orang kaya dan terhormat mahu menyunting dirinya.
·         Diperisterikan oleh Musafi’ bin Shafwan, pemuda dari Khuza’ah.
·         Kemudian, dimuliakan Allah menjadi salah seorang Ummahatul Mu’minin (Ibu orang-orang beriman).
·         Keislamannya menyebabkan 100 kepala keluarga dari kabilahnya turut masuk Islam.

Cahaya Kenabian Menyimbah Bumi Madinah

Ketika Rasulullah SAW hijrah ke Madinah, baginda mendapati wujudnya golongan Yahudi dan orang-orang musyrik menghuni kota itu sejak sekian lama. Rasulullah SAW tidak menghadapi mereka dengan menunjukkan permusuhan.
Sebaliknya, baginda mengiktiraf keberadaan mereka  dengan lapang dada. Dengan bijaksana, baginda menawarkan sebuah kontrak sosial dengan mereka secara adil agar mereka bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing.

Dendam Ayah

Kebaikan baginda tidak dihargai bahkan dikhianati. Kaum Yahudi sering menjadi duri dalam daging di tanah air sendiri. Bani Mustaliq merupakan salah satu kaum yang membenci kepimpinan kaum muslimin di Madinah. Ketuanya ialah Al-Harits bin Abu Dhirar, bapa Juwairiyah.
Bapa Juwairiyah membuat persiapan maksimum untuk memerangi kaum muslimin. Pasukan dikemaskan, bekalan, senjata dan logistik dipersiapkan. Meskipun pilar-pilar negara Islam semakin kukuh di Madinah, Bani Mustaliq tetap yakin mereka lebih kuat.

Perang Bani Mustaliq

                Berita kebencian bapa Juwairiyah sampai ke telinga Rasulullah SAW.  Demikian juga persiapan nekad untuk berperang  bersama kaumnya dan suku-suku Arab yang berjaya dipengaruhi membuatkan Rasulullah SAW bimbang.
Baginda lalu mengutuskan Buraidah bin Al-Hashib Al-Aslami untuk memastikan kesahihan berita itu. Buraidah lalu berjumpa sendiri dengan Al-Harits. Ternyata, kebencian Al-Harits terhadap Islam berkobar-kobar. Dia begitu bernafsu besar untuk menyerang Madinah.
Sebelum mereka menyerang, Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabat  dan mereka berangkat menuju ke bani Mustaliq pada 2 Syaaban. Al-Harits mengirim pengintip namun pengintip ini berjaya dikesan lalu dibunuh.
Pembunuhan pengintip itu menggentarkan hati suku-suku Arab yang bersama Al-Harits sehingga mereka mengundurkan diri. Perang bani Mustaliq lalu terjadi pada bulan Sya’ban, tahun 6 Hijriah. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Ibnu Aun menulis surat kepada Nafi’ untuk bertanya tentang perihal perang Bani Mustaliq. Dalam jawapannya Nafi’ berkata,
“Rasulullah SAW menyerang bani Mustaliq yang telah bersiap-siap menyerang Rasulullah SAW sebelumnya. Unta-unta mereka digiring menuju suatu sumber air. Di sanalah Rasulullah SAW menyerang mereka dan berhasil menawan kaum wanita dan anak-anak termasuk Juwairiyah. Aku mendengar kisah ini daripada Ibnu Umar yang ikut dalam perang tersebut.” (Riwayat Bukhari, vol.5. hlm. 202, kitab al-Itq dan Muslim, vol. 12 hlm. 35-36, kitab Al-Jihaad was Sair).

Menjadi Janda

Dalam peperangan itu, Musafi’ bin Shafwan, suami Juwairiyah binti Al-Harits terbunuh. Terdapat 10 orang lagi tentera bani Mustaliq turut terbunuh bersamanya. Sementara itu, lebih 700 orang menjadi tawanan termasuk Juwairiyah binti Al-Harits.
                Juwairiyah kini menjadi janda. Kesedihan tiada tara. Ditawan pula oleh kaum muslimin. Namun, dia bukan wanita yang cepat menyerah sebaliknya cuba membebaskan dirinya dengan sejumlah wang. Ummul Mu’minin Aisyah r.ha berkata,
“Ketika Rasulullah SAW membahagi-bahagikan tawanan dari kaum wanita bani Mustaliq, Juwairiyah binti al-Harits menjadi bahagian Tsabit bin Qais bin Syammas atau sepupunya. Saat itu juga Juwairiyah membuat kesepakatan untuk membebaskan diri dengan membayar sejumlah wang kepadanya. Juwairiyah adalah seorang wanita yang cantik jelita sehingga sesiapapun yang melihatnya, maka akan terpesona dengan kecantikannya itu. Lalu, Juwairiyah menemui Rasulullah SAW untuk meminta bantuan beliau untuk menunaikan kesepakatan itu.”

Cemburu Aisyah, Kesayangan Nabi

Juwairiyah tekad melangkah menemui Rasulullah SAW bagi meminta pertolongan. Aisyah r.ha bercerita lagi,
“Demi Allah! Aku tidak sedar ketika tiba-tiba Juwairiyah sudah berada di depan pintu rumahku. Aku tidak suka dengan kehadirannya dan aku yakin Rasulullah SAW akan mempunyai kesimpulan yang sama tentang dirinya seperti kesimpulanku tadi (iaitu tentang kecantikan Juwairiyah yang mempesona).”
Aisyah berkata lagi, “Demi Allah. Aku sangat membencinya saat aku melihatnya dari pintu rumah.” (Rujuk lebih lanjut dalam Sahih Muslim, hadis Urwah dari Aisyah).
Bonda kita Aisyah sedang cemburu. Fitrah cinta memang begitu. Isteri mana yang tidak cemburu? Debaran Aisyah makin melaju tatkala Juwairiyah di depan Rasul. Mujurlah suami Aisyah itu adalah Rasulullah. Maksum dan dipelihara Allah. Hati Aisyah redha jika nanti Rasulullah mempunyai strategi politik untuk membantu agama. Membuktikan permusuhan Islam dengan Yahudi bukan kerana prejudis bangsa tetapi kerana kedengkian dan sifat khianat mereka jua.

Strategi Politik Nabi

Berkata Juwairiyah tatkala berhadapan dengan Rssulullah, “Wahai Rasulullah, saya adalah Juwairiyah binti al-Harits  bin Abu Dhirar, pemimpin kabilah bani Mustaliq. Saya mendapat musibah yang sedia tuan maklum. Saya menjadi bahagian Tsabit bin Qais bin Syammas atau sepupunya. Maka saya ingin membuat kesepakatan dengannya supaya saya menjadi orang yang merdeka. Tujuan saya menemui tuan ialah untuk meminta bantuan menyelesaikan perihal kesepakatan ini.”
Rasulullah SAW menawarkan diri untuk melunasi bayaran kesepakatan Juwairiyah dengan Tsabit bin Qais. Bukan itu sahaja, melihat potensi Juwairiyah yang sangat berpengaruh terhadap kaumnya, baginda turut menawarkan diri untuk menikahi puteri pemimpin kaumnya itu. Juwairiyah bersetuju. Hasilnya, semua tawanan bani Mustaliq menjadi kerabat baginda dan menyebelahi perjuangan baginda. Mereka lalu dibebaskan. Dakwah semakin tersebar. Hal ini amat menguntungkan Islam.
Menyedari suaminya menikah lagi kerana kepentingan agama bukan kerana kepentingan nafsu, Aisyah meredhai. Katanya, “Saat itu juga, tersebarlah berita bahawa Rasulullah SAW menikahi Juwairiyah binti Al-Harits. Mendengar berita itu, para sahabat berkata (tentang hamba-hamaba tawanan mereka yang berasal dari bani Mustaliq), “Mereka adalah besan-besan Rasulullah SAW.” Sehingga mereka langsung memerdekakannya. Maka dibebaskan 100 orang keluarga Bani Mustaliq kerana pernikahan Juwairiyah. Saya tidak pernah lihat ada wanita yang lebih besar berkatnya bagi kaumnya daripada dia.” (Diriwayatkan daripada Abu Daud dan Ahmad.)

Diproses Nabi Menjadi Murobbiah

Setelah masuk Islam dan menjadi isteri Nabi, Juwairiyah tekun beribadah kepada Allah SWT. Beliau mendapat bimbingan terus daripada Nabi Muhammad SAW. Antara pelajaran berharga yang beliau kutip terus daripada murobbi agungnya ialah berkaitan puasa sunat.
Juwairiyah berkata bahawa Nabi pernah menemuinya pada hari Jumaat. Saat itu dia sedang berpuasa. Rasulullah SAW bertanya,
“Semalampun dinda berpuasa?” Juwairyah menjawab, “Tidak!”
Rasulullah SAW berkata, “Dinda akan berpuasa lagi besok?” Juwairiyah menjawab, “Tidak!” Rasulullah SAW berkata, “Kalau begitu, batalkan puasa dinda hari ini (Jumaat).”
Dalam riwayat lain, Juwairiyah berkata, “Pada suatu pagi, Rasulullah SAW masuk ke rumahku. Baginda mendapatiku sedang bertasbih, maka baginda pergi ke tempat lain untuk satu keperluan. Kemudian baginda kembali lagi menemuiku ketika hampir tengahari. Rasulullah SAW bertanya,
“Adakah dinda masih duduk (bertasbih)?” Aku menjawab, “Ya.” Baginda berkata, “Mahukah dinda, kanda ajarkan beberapa kalimat yang jika dinda ucapkan maka setara dengan seluruh tasbih yang dinda lakukan. Ucapkanlah Subhanallah, a’dada khalqih, sebanyak 33 kali.Subhanallah zinata a’rsyih, sebanyak 33 kali. Subhanallah ridhaa nafsih, sebanyak 33 kali. DanSubhanallah midaada kalimatih, sebanyak 33 kali. “ (Riwayat Muslim).

Pergi Selamanya

6 tahun menjadi isteri Nabi cukup bermakna baginya. Setelah kewafatan Rasulullah SAW, beliau melalui era pemerintahan khulafa’ ar-rasyidin yang amat memuliakan kedudukan beliau sebagai isteri Nabi.
Usianya dihabiskan dengan ilmu, zikir, doa, tasbih dan mengajarkan ilmu kepada para penuntut ilmu yang datang ke Madinah. Juwairiyah tekun meyampaikan apa saja pengalaman hidupnya bersama Rasulullah. Setiap perlakuan Nabi menjadi rujukan sumber hukum selepas al-Quran. Inilah hikmahnya Nabi menikahi ramai wanita dalam jangka masa 10 tahun dari akhir usia baginda agar ramai yang akan menjadi saksi kehidupan seharian baginda yang bernaungkan wahyu. Demi maslahah ummah hingga ke hari ini.
        Juwairiyah tekun berdakwah hingga masa pemerintahan Mua’wiyah bin Abu Sufyan r.a. Usianya kala itu adalah 70 tahun. Beliau mula sakit-sakit. Pada bulan Rabiu’l Awwal, 50 Hijriah, Juwairiyah dijemput Ilahi. Beliau dimakamkan di perkuburan Baqi’. Marwan bin al-Hakam yang menjawat sebagai Gabenor Madinah ketika itu memimpin solat jenazah dan diikuti banjiran penduduk Madinah. Semoga Allah meredhai bonda kita, Juwairiyah.

Ummu Salamah

"Andai kanda pergi dulu..."
Profil
Imam Az-Zahabi menukil indah tentang keperibadian agung tokoh wanita ini di dalam Siyar A’laam an-Nubalaa’, vol.2.hlm. 201-202:

·         Dia adalah wanita terhormat, berhijab dan suci.
·         Nama penuhnya ialah Hindun binti Abu Umayyah bin Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqzhah bin Murrah al-Makhzumiyah.
·         Sepupu pedang Allah, Khalid al-Walid.
·         Sepupu Abu Jahal bin Hisyam.
·         Antara wanita yang pertama kali hijrah.
·         Sebelum menikahi Nabi, bernikah dengan saudara sesusu baginda, Abu Salamah bin Abdul Asad al-Makhzumi, seorang lelaki soleh.
Si Cantik Jelita yang Lahir Dalam Kemuliaan

            Ummu Salamah, Hindun binti Abu Umayyah lahir dalam keluarga yang terpandang di sisi masyarakat kerana berasal daripada Bani Makhzum. Dalam keluarga inilah, dia dididik bersikap dermawan, berhati bersih, menghayati erti belas kasihan sehingga memancarlah kebaikan dan kepemurahannya kepada manusia. (Rujuk Nisaa’ Ahlil Bait, Ahmad Khalil Jum’ah, hlm. 225-226).
Ayahnya seorang tokoh Quraisy yang dermawan dan pemurah. Nama si ayah sangat akrab di hati para musafir yang kekeringan bekal. Melalui sebuah perjalanan jauh dengannya amat menyenangkan kerana dia tidak membiarkan orang membawa bekal atau menyalakan api bahkan dia sendiri yang mencukupkan keperluan itu semua kepada mereka.
Begitulah lelaki ini membawa kemuliaan dalam keluarganya hingga terkenal dengan kedermawanan dan kegagahan. Inilah lingkungan keluarga yang membenihkan sekuntum mawar agama bergelar Ummu Salamah, berparas jelita dan berakhlak mulia.

Disunting Pemuda yang Amat Mencintainya

            Si mawar agama semakin menginjak usia remaja. Harumannya tersebar, menjadi rebutan. Pemuda terpilih yang berjaya memenangi cintanya ialah seorang penunggang kuda yang  hebat laksana kesatria.
Siapa lagi kalau bukan Abu Salamah, Abdullah bin Abdul Asad bin Hilal bin Abdullah bin Umar bin Makhzum. Ibunya adalah Barrah binti Abdul Mutalib bin Hasyim, ibu saudara Rasulullah SAW. Ibu susuannya ialah Tsuwaibah, hamba Abu Lahab yang juga pernah menyusui Nabi SAW.
Pernikahan dilangsungkan antara pemuda gagah ini dengan si gadis cantik. Mereka hidup sebagai pasangan yang sangat bahagia. (Rujuk Shuwar min Siyar Ash-Shahaabiyyaat, As-Suhaibani, hlm. 177).
Pengantin baru dua sejoli itu menjalani detik-detik indah bersama dengan limpahan kebahagiaan. Abu Salamah mencintai isterinya sepenuh hati. Masakan tidak, keperibadian Ummu Salamah di mata seorang lelaki hampir sempurna. Jiwanya tulus mencurahkan cinta, penyayang terhadap anak kecil dan kelembutannya mempesona.
Sejak awal dakwah Islam, pasangan itu begitu serasi menyatakan ke-Islaman dan keimanannya kepada kerasulan Nabi Muhammad SAW. Cinta mereka bertambah jelas matlamatnya sejelas matlamat Islam membawa rahmah kepada sekelian alam. Kebahagian jiwa mereka bertambah-tambah meskipun dihimpit tekanan oleh penduduk Quraisy yang memusuhi dakwah Islam.  Janji terpateri, mereka sanggup melalui apa sahaja ujian yang mendepan demi Islam.

Membawa Diri ke Habsyah

            Untaian kata-kata Ummu Salamah ketika merakamkan kembali peristiwa hijrahnya ke Habsyah jelas menggambarkan kehalusan kata, ketajaman penyampaian, keindahan bahasa, keagungan niat, dan kesempurnaan penilaian terhadap sebuah peristiwa. (Nisaa’ Ahlil Bait, hlm. 231).
            Ummu Salamah berkata, “Ketika suasana Makkah terasa semakin menghimpit, para sahabat Rasulullah SAW ditekan dan disiksa, dan penindasan semakin meningkat, Rasulullah SAW tidak dapat membela mereka.”
Katanya lagi, “Walaupun baginda sendiri tetap aman dibela kaum dan bapa saudaranya, sehingga orang-orang Quraisy tidak dapat menyentuh mahupun menyakitinya seperti yang dapat dilakukan kepada para sahabat, namun Rasulullah prihatin terhadap mereka apabila baginda berkata, ‘Sesungguhnya di negeri Habsyah ada seorang raja yang tidak akan membiarkan siapapun dizalimi di hadapannya. Pergilah ke negerinya dan menetaplah di sana hingga Allah memberikan jalan keluar.’”
Abu Nu’aim dan Ibnu Hisyam merekodkan lagi kata-kata wanita cerdas ini, “ Setelah menerima perintah tersebut, kami segera pergi ke negerinya secara bertahap, hingga kami semua berkumpul dan tinggal di negeri yang baik dengan mendapat perlindungan yang baik pula. Dan kamipun dapat menjalankan keyakinan agama kami dengan aman.”

Dipisahkan Daripada Suami dan Anak

Allah menguji kesabaran Ummu Salamah dengan suatu peristiwa yang memilukan. Ketika hendak berhijrah ke Madinah pula, suaminya menyiapkan unta dan menaikkan isteri tercinta dan anak kecilnya, Salamah bin Abu Salamah ke atas belakang unta. Si suami menarik tali kendali unta dengan hati-hati. Tidak mahu anak dan isteri rasa dikasari.
Ketika keluarga Bani Mughirah melihat mereka, mereka mencegah Abu Salamah dengan berkata, “Kami tidak mahu menghalangmu pergi, tapi keluarga kami ini (Ummu Salamah), kami tidak akan membiarkanmu membawanya pergi jauh.”
Dengan ganas, mereka merebut tali kendali unta daripada Abu Salamah, lalu merampasnya dan membawa pergi bersama mereka. Rayuan dan rintihan Ummu Salamah bagaikan tiada erti. Biar Ummu Salamah dan puteranya mengalirkan air mata darah sekalipun, mereka tidak peduli. 
Abu Salamah terpaksa meneruskan perjalanan ke Madinah seorang diri kerana bimbang sesuatu yang buruk terjadi ke atasnya. Terpisahlah dua hati.
Berita itu sekejap sahaja sampai kepada Bani Asad (keluarga Abu Salamah), mereka amat marah kepada bani Mughirah atas perlakuan kasar itu. Mereka tidak berpuas hati melihat orang mereka iaitu Abu Salamah dizalimi dengan memisahkannya daripada isteri tercinta. Mereka ingin membalas dendam dengan memisahkan Ummu Salamah daripada puteranya pula. Mereka bersumpah, 
“Demi Allah, kami tidak akan membiarkan anak kami (Salamah bin Abu Salamah) tetap bersama ibunya kerana kalian sendiri yang memisahkan ibunya (Ummu Salamah) daripada keluarga kami (Abu Salamah).”       
Akhirnya, Bani Mughirah dan Bani Asad saling menarik Salamah hingga tangan anak kecil itu terkulai kerana terseliuh. Tangisan anak dan ibu menyayat hati. Namun, tetap tidak memancing simpati mereka. Perebutan tetap diteruskan. Keluarga Bani Asad berjaya merampas anak kecil itu sementara Bani Mughirah membawa Ummu Salamah balik ke perkampungan mereka. Bertambah parahlah kelukaan di hati Ummu Salamah. Sudahlah dipisahkan dengan suami tercinta, kini dipisahkan pula dengan anak kecilnya yang tidak mengerti apa-apa.

Rindu Tidak Tertahan

Ummu Salamah dikawal ketat agar tidak terlepas berhijrah ke Madinah. Dia tidak rela terus terkurung di bumi sendiri. Tanpa suami dan anak, kehidupannya bagaikan tiada seri. Dia memprotes tindakan kaumnya. Setiap pagi, dia akan pergi ke tanah lapang dan duduk di situ. Dia menangis semahu-mahunya, merintih dan mengadu kepada Allah azza wajalla. Dia melakukan rutin yang sama hingga hampir setahun lamanya. Rindunya tidak tertahan lagi. Hinggakan, orang-orang yang melihatnya turut menangis hiba.
Air mata Ummu Salamah akhirnya berjaya mencairkan kekerasan hati kaumnya. Rasa simpati menyelebungi mereka. Mereka lalu membenarkan Ummu Salamah menyusuli suaminya berhijrah ke Madinah. Tatkala berita itu tersebar, Bani Asad tidak lagi marah lalu menyerahkan kembali anak kecilnya.

Musafir Bersama Anak Kecil.

Wanita tabah itu dengan penuh kecekalan hati mendukung anak dari buaian lalu membawanya menaiki unta. Biarpun tiada siapa yang menemani perjalanan panjang yang melelahkan dan berisiko tinggi itu, namun si ibu tekad meneruskan.
Ketika tiba di Tani’m, Ummu Salamah bertembung dengan Usman bin Thalhah bin Abu Thalhah, seorang anggota keluarga  Bani Abdud Dar. Usman terkejut melihat ibu dengan anak kecil itu menempuh musafir cuma berdua.
“Hendak ke mana wahai puteri Abu Umayyah?” Tanya Usman.
“Aku menyusuli suamiku di Madinah,” jawab Ummu Salamah.
“Siapa yang menemanimu?” Soal Usman lagi.
“Aku bersama Allah dan anakku yang masih bayi ini,” katanya penuh yakin.
Tersentak jiwa pemuda itu. Dia lalu memegang tali kendali unta dan bertekad mengawasi perjalanan mereka hingga selamat tiba ke Quba’, Madinah meskipun dia sendiri bukannya berhajat untuk keMadinah. Dia mengawasi mereka dengan sopan dan tidak kasar. Apabila tiba di Quba’, dia berkata,
“Suamimu berada di kampung ini, maka masuklah dengan iringan berkah daripada Allah SWT.” Sebaik sahaja menuturkan kata-kata itu, dia terus berpatah balik ke Makkah tanpa mengharapkan balasan apa-apa. Tatkala terkenangkan peristiwa menyayat hati itu,Ummu Salamah berkata,
“Setahuku, tidak ada keluarga Muslim yang lebih menderita daripada keluarga Abu Salamah dan aku tidak pernah mengenal seorang teman perjalanan yang lebih mulia daripada Usman bin Thalhah.” (Lihat Al-Bidaayah wan Nihayah, vol.3, hlm 169). Di Quba’, cinta 3 beranak bersatu semula.

Ibu Mithali

            Ummu Salamah dan suaminya hidup tenang dan bahagia di samping masyarakat Ansar yang baik hati. Dalam masyarakat Madinah itu, Ummu Salamah dapat mendidik anak-anakya dengan penuh dedikasi.
Anak-anak yang bertuah itu ialah Salamah, Zainab, Umar dan Durrah. Ummu Salamah menanamkan bersungguh-sungguh ke dalam jiwa mereka akan kecintaan kepada  Allah dan Rasul. Tidak hairanlah kesemua mereka membesar menjadi para sahabat yang mulia.


Di Belakang Seorang Perwira 


            Dakwah Islam semakin berkembang. Islam tertegak sebagai sebuah kerajaan di Madinah. Musuh-musuh Islam semakin tercabar. Panggilan jihad buat kaum muslimin mula membakar.
Sebagai isteri kepada seorang sahabat yang mulia, Ummu Salamah tidak teragak-agak memotivasikan suami tercinta agar turut bergabung dengan pasukan muslimin, membela Islam di medan Badar. Di situ, panji Islam berkibar. Kemenangan Islam dijulang dengan kalimah ‘Allahu Akbar!’
            Kemarahan musyrikin semakin memuncak. Perang Uhud menyusul rancak. Abu Salamah tercedera ditusuk sebatang anak panah yang dibusur oleh Abu Usamah al-Jusyami. Apabila perang berakhir, isterinya sudah setia  menanti. Melihat keadaaan suaminya, Ummu Salamah berbangga melihat darah suci insan tercinta telah membasahi perjuangan. Dia memberi perhatian yang sangat tinggi selama sebulan penuh bagi membantu proses penyembuhan suaminya. (Rujuk Tahdziibul Asmaa’ wal Lughaat, vol.2, hlm. 362).


Luka Lama Berdarah Kembali


            Keperwiraan Abu Salamah diiktiraf Nabi. Setelah berlalunya Uhud, ada beberapa kabilah Arab cuba menyusun kekuatan untuk menyerang kaum muslimin. Pada awal Muharram, 4 Hijriah, Rasulullah SAW memberi amanah kepada Abu Salamah untuk memimpin pasukan kecil (sariyyah) seramai 150 orang bagi membereskan mereka.
Dengan penuh wibawa, Abu Salamah melakukan serangan mendadak hingga pasukan musuh kucar-kacir. Mereka berjaya membawa kemenangan dan harta rampasan perang tanpa pertumpahan darah. Namun, luka lama berdarah kembali. Abu Salamah meninggal dunia tidak lama selepas itu. (Zaadul Ma’aad, vol.3, hlm. 243, cetakan Darr al-Rayyan).


Janji Kekasih


            Sebelum perginya suami tercinta, Ummu Salamah berada di sisi merawat sehabis daya. Dia seorang isteri yang sangat setia dalam menyayangi. Cemburunya besar lantaran besarnya cinta. Ziyad bin Abu Maryam sempat merakamkan semula dialog sedih antara dua insan yang sangat saling mencintai kerana Allah ini.
            Dengan linangan air mata, berkatalah Ummu Salamah kepada kekasih hatinya,
“Kandaku sayang, dinda mendengar bahawa jika seorang isteri ditinggal mati oleh suaminya, sementara suaminya itu menjadi penghuni syurga, sementara isterinya tidak menikah lagi, maka Allah akan mengumpulkan mereka kembali di dalam syurga. Oleh itu, berjanjilah wahai kekasihku, kanda tidak akan menikah lagi (seandainya dinda mati terlebih dahulu). Dinda juga berjanji tidak akan menikah lagi andai kanda pergi dulu.”
(Sebenarnya ada perbezaan pendapat berkenaan hal ini kerana setelah menjadi isteri Nabi, Ummu Salamah pernah bertanyakan hal seorang isteri yang pernah menikahi beberapa orang suami. Rasulullah SAW menjelaskan bahawa suami yang paling baik akhlaknya kepada isterinya paling berhak menjadi suaminya di syurga.)
Abu Salamah sedar, isteri sesolehah, secantik dan sebijak isterinya wajar dimiliki oleh seorang suami yang jauh lebih baik daripadanya. Dalam tenat bicara, Abu Salamah menagih janji yang lebih baik baginya seraya berkata,
“Mahukan dinda taat kepada kanda?”
Ummu Salamah lantas menjawab tanpa ragu,
“Sudah tentu wahai kekasihku.”
“Berjanjilah, jika kanda mati terlebih dahulu, maka menikahlah lagi,” pinta suaminya.
Ummu Salamah terkedu. Air mata bercucuran hiba. Dalam kepayahan, kedengaran suaminya memanjatkan doa buat Ilahi,
“ Ya Allah, jika aku mati terlebih dahulu, maka berikanlah Ummu Salamah seorang suami yang lebih baik dariku yang tidak akan membuatnya sedih dan tidak akan menyakitinya.”
Demikian dipamerkan keikhlasan cintanya kepada Ummu Salamah sebelum dia menutup mata selamanya. Ummu Salamah tidak mampu menahan rasa sebak di dada. Dia mengeluh,
“Siapakah orang yang lebih baik dari Abu Salamah?”

Menangisi Pemergian Si Dia

Ubaid bin Umair berkata bahawa Ummu Salamah menuturkan,
“Ketika Abu Salamah meninggal dunia, aku bermonolog, ‘Kini dia menyendiri dan berada di tempat yang asing. Aku ingin meratapi pemergiannya sekuat-kuatnya.’ Sememangnya aku telah siap sedia untuk menangisinya. Datanglah seorang wanita dari daerah A’wali bersimpati dan ingin meratap bersamaku,  Rasulullah lalu mencegahnya sebanyak dua kali. Aku lantas menahan diri daripada menangis.” (Rujuk HR Ahmad, vol.6 hlm.289. dan Muslim no. 922, kitab AL-Janaaiz, bab al-Bukaa’ a’lal Mayyit).
Ummu Salamah mendatangi Rasulullah SAW lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang harus saya ucapkan (dalam musibah ini)?”
Rasulullah SAW mengajar, “Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosanya. Berikanlah aku pengganti yang soleh setelah ditinggalkan olehnya.” (Riwayat Muslim, no.919 dan Ahmad vol.6, hlm. 291).


Siapa yang Lebih Baik Daripada Abu Salamah?


            Hati Ummu Salamah sering tertanya-tanya, siapakah yang lebih baik daripada Abu Salamah. Cintanya kepada suaminya itu terlalu besar dan hatinya bagaikan keliru, masih adakah nanti pinangan yang lebih baik hingga mampu mengalihkan cintanya?
            Umar bin Abu Salamah menceritakan, setelah iddah ibunya berakhir, datanglah pinangan Abu Bakar untuk memuliakannya. Ummu Salamah menolak dengan hikmah. Menyusul pula pinangan Umar. Hati wanita itu masih belum terbuka untuk menerima sesiapa. Cinta suci Abu Salamah tetap terpahat di hati.
            Akhirnya, pinangan Rasulullah SAW menjengah rumah Ummu Salamah melalui utusan Hathib bin Abu Balta’ah. Mulanya, Ummu Salamah hampir sahaja menolak sebagaimana Ummu Hani’ binti Abu Thalib menolak pinangan Nabi. Berkata Ummu Salamah,
“Aku adalah wanita yang mudah cemburu. Aku takut rasa cemburu itu nanti akan menjadi sebab Allah murka padaku. Tambahan pula aku ini wanita yang sudah tua dan mempunyai ramai anak.”
Merujuk hadis riwayat Muslim, Rasulullah tetap memujuknya dengan berjanji akan berdoa kepada Allah untuk memberi kecukupan kepada anak perempuannya yang masih kecil dan menghilangkan rasa cemburunya. Lantaran yakin dengan doa Rasulullah, Ummu Salamah lantas menerima  pinangan baginda. Dia berkata,
“Wahai Umar (puteranya), bangkitlah dan terimalah pinangan Rasulullah SAW untuk menikahiku.”
Teka-tekinya terjawab kini. Lelaki sebaik Rasulullah SAW ternyata mampu mencairkan hatinya untuk mendapat pengganti yang lebih baik daripada Abu Salamah. Tatkala dimuliakan sebagai ummahatul mukminin, tertunailah janjinya kepada bekas suami.

Keistimewaan Ummu Salamah Sebagai Isteri Nabi
IsteIsteri KKe-6 Nabi
Sebab Pernikahan
Hikmah Pernikahan
Asam Garam Rumah Tangga
Tahun dan Tempoh pernikahan
Ummu Salamah
Rasulullah SAW ingin menafkahi dan melindungi janda yang kematian suami. Suaminya mati akibat perang. Suaminya Abu Salamah cedera dalam peperangan Uhud kemudian meninggal dunia.
1.Ummu Salamah banyak meriwayatkan hadis iaitu 378 hadis dan menjadi saksi dalam hidup baginda.

2.Kebijaksanaannya membawa berkat yang besar terutamanya dalam memberikan buah fikiran yang bernas kepada Nabi dalam peristiwa Hudaibiyah.

3.Antara hukum yang diriwayatkannya ialah:
-Rasulullah tidur dalam satu selimut dengan dirinya yang sedang haid.
-Rasulullah menciumya ketika dia sedang berpuasa.
-Rasulullah mandi junub degannya dari satu wadah.
(Muttafaqun alaih).

4.Meminta izin Rasulullah untuk menyampaikan kepada Abu Lubabah bahawa Allah telah menerima taubatnya dalam satu peristiwa Bani Quraizhah.

5.Menjadi penyebab kesediaan Nabi untuk memaafkan sepupu Ummu Salamah, iaitu Abu Sufyan bin Harits dan Abdullah bin Abi Umayyah.

6.Ummu Salamah bersama Rasulullah melihat malaikat Jibril dalam rupa sahabat bernama Dihyah.

1.Al-Muthallib bin Abdullah berkata, “Janda terhormat bangsa Arab itu masuk ke rumah tangga Rasulullah SAW, di awal malam sebagai pengantin dan di akhir malam sudah menggiling gandum.” (Siyar A’laam al-Nubalaa’).

2.Seorang isteri yang cemburu dan suka memberi perhatian kepada anak-anaknya. Hinggakan pada hari-hari awal pernikahan, Nabi berasa malu untuk tidur bersamanya kerana dibawanya sekali puterinya yang masih menyusu bersama ke tempat tidur.

3.Beliau sering dicemburui oleh Aisyah.
4Hijrah
7 tahun


Perginya Ratu Agama
Imam Az-Zahabi berkata, “Dia adalah ummul mukminin terakhir yang meninggal dunia.”
Ia hidup sekitar 90 tahun dan mengalami masa pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin hingga pemerintahan Yazib bin Mua’wiyah. Semoga Allah meredhainya dan membuatnya redha.

By : Ustazzah Fatimah Syarha

HAFSAH BINTI UMAR

DICERAIKAN NABI NAMUN DIBELA JIBRIL.

            Siapakah Hafsah binti Umar?
  1. Beliau adalah puteri Umar al-Khattab, sahabat Nabi yang terkemuka.
  2. Bondanya ialah Zainab binti Mazh’un, saudara perempuan kepada sahabat Nabi, Ustman bin Mazh’un yang merupakan insan pertama yang dimakamkan di Baqi’.
  3.  Anak saudara kepada Zaid bin Khattab, seorang yang syahid dalam Perang Yamamah.
  4.  Ibu saudaranya ialah Fatimah binti Khattab, yang merupakan salah seorang sahabat pertama masuk Islam, isteri kepada Sai’d in Zaid yang dijamin syurga.
  5. Abang Hafsah ialah Abdullah bin Umar yang dipuji Rasulullah SAW sebagai seorang yang soleh (Rujuk riwayat Bukhari, no.3741, kitab Al-Manaaqib, Muslim, no.2478, kitab Fadhailus sahabah). 
Kelahiran Penuh Berkat

            Ketika penduduk Quraisy kecoh dengan banjir besar yang menimpa Kaabah, sehingga berlaku ketegangan dalam meletakkan kembali Hajarul Aswad, Rasulullah SAW hadir dengan penuh wibawa menjadi hakimnya. Peristiwa ini berlaku lima tahun sebelum kenabian. Sekitar peristiwa itulah, Hafsah  lahir di tengah keluarga yang penuh kemuliaan.
            Sejak kecil, beliau menekuni ilmu sastera. Tekun belajar membaca dan menulis daripada Syifa’ binti Abdullah Al-Quraisyiyah Al-A’dawiyah. Kesungguhannya menjadikan dirinya antara wanita Quraisy yang paling fasih berbicara, bersenikan sastera indah.
            Keislaman ayahandanya, Umar membawa berkat yang besar kepada seluruh umat Islam apatah lagi di dalam keluarganya. Abdullah bin Mas’ud berkata, “Kami tidak dapat solat di depan Kaabah kecuali setelah Islamnya Umar.” (Riwayat Ibnu Saad, vol.1, hlm. 270, dan Hakim, vol.3 hlm. 83-84). Hafsah membesar di bawah didikan salah seorang sahabat kesayangan Nabi itu.

Bersatu Cinta Dengan Khunais

            Khunais bin Hudzafah r.a. (saudara Abdullah bin Hudzafah r.a.) merupakan salah seorang sahabat pertama yang masuk Islam. Keislamanya bermula sebelum Rasulullah SAW menjadikan rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai markaz gerakan Islam lagi. Abu Bakar as-Sidiq yang menjadi menara hidayah buatnya.
Khunais meminang Hafsah yang sedang mekar meniti usia remaja. Umar menerima baik lamaran ke atas puterinya. Hafsah juga senang dengannya. Cinta Hafsah dan Khunais lalu bersatu. Mereka hidup bahagia dengan kejelasan iman dan ubudiyah kepada Allah SWT.

            Hijrah Bersama

Penentangan musyrikin Makkah semakin menggila. Kekejaman berlaku di mana-mana. Suami Hafsah terpaksa ikut berhijrah ke Habsyah. Namun, hatinya tetap di Makkah.
Si suami kembali ke Makkah, membawa isteri tercinta hijrah ke Madinah, menyahut  saranan Rasulullah SAW. Mereka hidup lebih tenang di samping golongan Ansar yang sangat penolong sifatnya.

            Terpisah Dua Jiwa

Dakwah Islam menuntut pengorbanan. Panggilan jihad di medan Badar menguji keimanan. Hafsah dengan rela hati meneguhkan perwiranya agar menyahut seruan itu. Di minda Khunais, syahid menjadi cita-cita teragung.
Pahlawan Badar itu berperang gagah. Seiring doa Hafsah. Biarpun mata pedang membelasah tubuhnya di sana-sini, undur tidak sekali. Khunais terus setia bertempur sehingga Islam mengangkat panji kemenangan.
Hafsah ternanti-nanti kepulangan perwiranya. Syukur kerana suaminya kembali. Namun, pulangnya Khunais dengan kecederaan parah. Hayatnya tidak lama. Rasulullah SAW menguburkan suaminya di Baqi’, berdampingan dengan kubur Ustman bin Mazh’un.
Hafsah reda dalam tangis kesedihan. Usianya yang masih muda, sekitar 18-20 tahun, menjadikan pemergian kekasih hati itu suatu ujian yang menyakitkan. Tabah Hafsah menerima ketentuan. Ramai insan bersimpati terutamanya Umar, ayahanda Hafsah.

Dianugerahi Suami yang Jauh Lebih Baik

Sebak jiwa Umar melihat puterinya sering dirundung pilu. Sebagai ayah, dia tidak mahu kematian Khunais turut mematikan keceriaan Hafsah. Umar tekad mencari pengganti.
Umar menawarkan Hafsah kepada Abu Bakar. Abu Bakar tidak memberikan jawapan. Hanya berdiam diri. Dari riak wajahnya, Umar tahu Abu Bakar keberatan.  Abu Bakar bukan tidak bersimpati kepada Hafsah namun beliau sebenarnya sedang menjaga rahsia Rasulullah yang berniat untuk menikahi Hafsah. (Rujuk HR Bukhari, no. 5122).
Umar tidak berputus asa. Umar menawarkan pula Hafsah kepada Usman namun Usman menolak.
“Saya belum bersedia berkahwin buat masa sekarang,” kata Usman. Usman merupakan seorang lelaki yang setia hanya kepada seorang isteri. Isteri Usman, Ruqayyah merupakan puteri Rasulullah. Rasulullah SAW tidak rela semua menantunya memadukan puteri-puteri baginda selagi hayatnya dikandung badan. (Rujuk hadis sahih riwayat Bukhari).Demikian kasih ayah bergelar Rasulullah SAW yang cukup memahami betapa berisikonya hidup bermadu yang boleh membawa agama seseorang wanita kepada fitnah atau ujian. Tidak hairanlah dalam Islam, poligami itu cuma rukhsah apabila ada keperluan mendesak bukannya galakan agama. Apabila Ruqayyah meninggal, Usman masih rela keseorangan.
Umar lalu mengadukan kesedihannya kepada Rasulullah. Rasulullah SAW lalu menghiburkannya, “Hafsah akan bernikah dengan orang yang lebih baik daripada Ustman. Manakala Ustman akan bernikah dengan wanita yang lebih baik daripada Hafsah.”
Tidak lama kemudian, Hafsah dipinang oleh Rasulullah SAW. Umar lalu menikahkan puterinya dengan penuh rasa gembira. (Riwayat Bukhari, vol. 9, hlm. 102-103). Sementara itu, Rasulullah SAW menikahkan Ustman dengan puterinya Ummu Kultsum, bagi merawat kesedihannya yang ditinggal Ruqayyah.
Hafsah dimuliakan sebagai ummul mukminin pada tahun ke-3 hijriah, sebelum Perang Uhud. Rasulullah SAW memberikannya mahar sebanyak 400 dirham. Kesedihan Hafsah pantas terubat kerana digantikan Allah dengan anugerah suami terbaik di dunia. Itulah ganjaran bagi insan yang tabah mengharungi ujian hidup.

Kreatif dan Penuh Idea dalam Persaingan Merebut Cinta Suami

Allah SWT menegaskan di dalam Al-Quran, Surah al-Nisa’ ayat 129, tiada seorangpun yang mampu berlaku adil dalam soal cinta. Fitrah cinta, ingin diberi perhatian. Hafsah juga begitu.                     
Rasulullah SAW sangat adil dalam gilirannya dan nafkah zahir. Namun, sebagai manusia biasa, Hafsah tahu cinta Rasulullah SAW amat cenderung kepada Aisyah selepas Khadijah. Hafsah lalu merapati Aisyah dalam strategi merebut cinta suami. Apatah lagi, beliau dan Aisyah sama-sama masih muda dan otak penuh idea.
Hafsah dan Aisyah pernah berpakat untuk mengurangkan masa Rasulullah di rumah Zainab binti Jahsy. Hidangan madu di rumah Zainab binti Jahsy membuatkan mereka berasa cemburu. Diatur rencana apabila Rasulullah masuk ke rumah salah seorang daripada mereka, mereka akan berkata kepada Rasulullah bahawa bau mulut baginda seperti bau maghafiir (sejenis makanan berbau tidak enak). (Rujuk lanjut HR Bukhari, no. 4912 dan muttafaq a’laih).
Hafsah juga pernah membuka rahsia Rasulullah SAW kepada Aisyah kerana kecemburuaannya melihat Rasulullah  SAW sukakan seorang hamba bernama Mariah al-Qibtiyah dan kerap menggaulinya.
Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya memenangi hati isteri-isterinya. Ia suatu perkara yang amat sukar. Dalam kelembutan sikap, Nabi tetap berkerja keras untuk sebuah keadilan. 
Tatkala cemburu yang fitrah sudah bertukar menjadi fitnah atau ujian, Allah menegur pakatan-pakatan isteri-isteri baginda itu di dalam Surah at-Tahrim. Demikian pedihnya cemburu hinggakan wanita paling berimanpun sukar menguruskannya hingga mendapat ugutan langsung daripada Allah SWT. Kisah mereka ini Allah akan terus dedahkan hingga akhir zaman kerana ia terakam di dalam al-Quran. Semoga kita mengambil pengajaran.

Cinta Teruji

Kreativiti Hafsah yang berusaha keras menyenangkan suaminya sudah bertukar menjadi perkara yang menyusahkan Nabi. Bagi Nabi, Hafsah perlu diberi pengajaran. Baginda telah menceraikan Hafsah talak satu. Dunia bagaikan gelap gelita bagi Hafsah. Diceraikan suami bergelar Nabi memang menyiksakan batinnya.
Allah menunjukkan bukti Dialah kekasih paling memahami. Dia memahami jiwa Hafsah. Memahami kesedihannya. Memahami setiap rahsia hatinya. Allah seakan mengiktiraf perbuatannya bukan berniat jahat, cuma ingin dicintai oleh seorang suami. Tagihkan perhatian. 
Apakan daya, Nabi sudahpun berlaku adil dalam soal giliran namun tidak mampu berlaku adil dalam soal cinta. Para ulama antaranya Syeikh Muhammad Abduh mengatakan ayat-ayat poligami di dalam al-Quran berbentuk ancaman (tarhib)atau peringatan, bukannya galakan (targhib).
Lalu, Allah menghantarkan Jibril untuk mengangkat kembali kemuliaan Hafsah di mata Nabi. Jibril berkata, “Dia (Hafsah) adalah seorang ahli puasa dan solat. Dia adalah bidadarimu di syurga.” Atas perintah Jibril, Rasulullah SAW merujuknya kembali. (Rujuk lanjut HR Abu Dawud, no. 2287).

Jiwa Murabbi Hafsah

  1.  Berilmu luas, faqih dan bertakwa.
  2. Ahli puasa dan solat malam.
  3. Berminda kelas tinggi hingga menjadi tempat rujukan hukum, hadis dan ibadah hingga zaman Khulafa’ rasyidin.
  4. Pandai menulis dan membaca pada zaman di mana amat sedikit orang memiliki dua kelebihan ini.
  5. Seorang yang amanah. Diamanahkan oleh Saidina Abu Bakar untuk menjaga lembaran-lembaran al-Quran yang telah berhasil dikumpulkan oleh Zaid bin Tsabit. Hinggalah ke zaman Saidina Ustman.
  6. Sentiasa memuhasabah diri. Berkata Abu Nuaim, “Wanita ahli puasa dan solat. Selalu memandang dirinya tidak bererti dan selalu memuhasabah diri. Hafsah binti Umar bin Khattab, pewaris dan penjaga lembaran-lembaran al-Quran.” (Hilyatul Auliyaa’, vol.2, hlm. 50).
Perginya Hafsah
            Pada tahun 41 Hijriah, beberapa hari berselang dari bulan Syaaban, Hafsah dijemput kembali mengadap Tuhannya. (Shifatus Shafwah, vol.2, hlm. 40).
            Beliau dimakamkan di Baqi’. Saat itu, usianya 63 tahun. Sebelum wafat, beliau sempat mensedekahkan semua hartanya yang masih tersisa. Semoga Allah meredhainya.
By : Ustazzah Fatimah Syarha