Islamic Widget

sYuKrAn..^_^

Sunday, November 27, 2011

CINTA kerana....???

          Assalamualaikum wbkt...alhamdulillah,Allah masih memberi kita kesempatan untuk bernafas di buminya yang fana ini setelah masuk Muharam nie...^__^...siapa ada baca doa akhir tahun n awal tahun?ana terus terang...ana di kalangan yg terlupa untuk membacanya,astaghfirullah..harap diterima jugak doa awal tahun yg ana baca bersama ahli sebilik ana pada pagi ini...^__^
          Ana tak nak cakap lebih,terima kasih kepada sahabat ana,membuatkan ana terfikir untuk membuat entri ini..dan syukur kepada Allah kerana memberi ana ilham untuk mengambil setiap pengajaran dr kehidupan samada yg kita jalani atau org lain...

1. cinta kerana PARAS MUKA(cantik/kacak)

lelaki A : wah,cantiknya isteri kau!
  lelaki B : (dengan rasa bangga) mestilah! 
    Bila ada yang memuji pasangan kita,mesti akan timbul perasaan bangga,ada lagi yang sengaja tunjukkan pasangan mereka yang cantik kepada rakan-rakannya kerana inginkan pujian...tapi benarkah itu CINTA?kita merasa bangga dengan setiap pujian itu,tapi bayangkan jika keindahan yang sementara itu ditarik oleh Allah?dapatkah lagi kita menunjuk-nunjuk pasangan kita kepada dunia?tidak.Jika benar kita cintakan dirinya,kita akan simpan kecantikannya hanya buat diri kita sahaja.Sanggupkah kita menunjuk-nunjuk barang yang kita sayangi kepada orang lain yang kita tak tahu apa niat di hatinya?

2. cinta kerana NAFSU.

BF : mari kita ke tangga..
GF : okay
     Usah dialog seterusnya,zaman sekarang nie di mana-mana manusia buat maksiat..kepada wanita,perempuan,gadis,muslimah..benarkah dirinya mencintai dirimu jika hanya nafsu sahaja permintaan dirinya buat dirimu?bersyukurlah jika masih ada sifat malu itu,dan pertahankanlah sifat malu mu ketika itu,kerana Allah masih mahu engkau kembali padanya..tapi jika nafsu itu juga yang engkau harapkan darinya,maka bersedialah menerima pembalasan d akhirat nanti..bersedialah jika tidak mendapat kebahagiaan rumahtangga yang engkau bersama dirinya diri kan bersama...
kepada lelaki,muslimin..benarkah engkau hanya biarkan dirimu hanyut dengan nafsu?benarkah engkau hanya merelakan setiap godaan yang diberikan kepadamu tanpa sebarang tolakan?benarkah apa yang kau lakukan itu adalah bukti cinta mu?tugasmu untuk melindungi,memimpin wahai lelaki..maka janganlah mengambil kesempatan akan kelebihan yang engkau ada... 

      Cinta kerana nafsu,mencintai dirinya hanya untuk melepaskan nafsu maka apabila pasanganmu itu ditarik perasaan itu,apabila pasanganmu tak mampu memuaskan dirimu,adakah engkau akan melihat dirinya lagi?benarkah melampiaskan nafsu itu 1 cara engkau membuktikan cintamu?mana akalmu?mana maruahmu?hanya kerana ingin memiliki dirinya engkau sanggup menyerahkan segala-galanya maupun maruahmu sebagai manusia yang berakal...ambillah kembali maruah yang telah engkau beri padanya dan dilontarkan ke tanah bila tidak diperlukan lagi dan perbaharuilah..Allah itu Maha Penyayang,pasti ada jalan bagimu untuk kembali pada-Nya dan mendapat cinta sebenar,insyaAllah...

3. cinta kerana HARTA

lelaki C : yang,minta duit.
wanita A : saya xde duit lagi bang..saya dah bagi abang semua semalam.. 
lelaki C : hai?aku minta sedikit je semalam,takkan dah habis?!
    Insan begini ke yang kita mahukan untuk mendampingi hidup kita?hanya kerana HARTA..usah diberi hati kepada insan yang hanya memberi perhatian kepada kita hanya kerana harta kita,kerana dirinya pasti tidak akan segan silu untuk meninggalkan kita pabila kita hilang kemewahan itu..di manakah cinta?

4. cinta kerana ALLAH

Lelaki D : ustaz,saya teringin nak meminang seorang gadis..boleh ustaz jadi orang tengah saya?
     Cinta kerana Allah adalah cinta yang paling indah sekali..bukan sahaja memberi kebahagiaan di dunia tapi juga d akhirat...apalagi jika cinta itu hadir setelah nikah,setelah kita jatuh cinta dengan agamanya,pastinya indah dan nikmat sahaja ketika itu..mereka yang melalui indah dan nikmat sebelum nikah itu hanya dapat sementara sahaja,maka apabila dah bernikah yang indah dan nikmat itu hanya perkara biasa bg mereka,mereka tidak akan merasai perbezaan dengan keadaan sebelum nikah..pasangan saling bosan di antara satu sama lain dan akhirnya berpisah,jika berkekalan pun,adakah nikah itu dijalinkan dengan cinta yang diredhai Allah?Allahuallam...

     Jika benar engkau mencintainya kerana Allah,maka nantikanlah dirinya,pendamkanlah perasaanmu kerana dikuatiri akan menimbulkan fitnah dan mengganggu ibadahnya,dan persiapkanlah dirimu untuk menyunting dirinya...persiapkanlah agamamu supaya dapat saling mmbimbing..maka engkau pasti akan dapat cinta yang diredhai Allah..jika engkau terlambat,maka redhakanlah dan berdoalah semoga Allah menemukan dirimu dengan jodohmu dan berusahalah...tidak bermaksud berusaha itu dengan menjalinkan hubungan,tapi bertanyalah kepada insan-insan yang engkau percayai boleh memberi engkau pasangan yang baik..buktikan kebenaran cinta mu dengan NIKAH.Dan buktikannya dengan menjaga pernikahan itu sehingga ke syurga...insyaAllah..


      Disebabkan masa semakin berjalan,malam semakin larut,ana mengundur diri..hanya semampu ini sahaja ana mampu menyuarakan ilham dan insyaAllah,ada masa,continue...^__^

      Terima kasih kepada sahabat yang sentiasa 'bersama' ana,memberi ana ilham untuk menulis entri ini..jazakallahu khairan kasiran..^__^

      Mari kita berselawat supaya di saat kita membaca ini pun kita masih mengingatinya Rasulullah..^_^

"aku mencintaimu kerana agamamu,jia hilang agamamu,maka hilang lah juga cintaku.."-Imam Nawawi

Monday, November 21, 2011

Tenang itu datang kembali...syukran ya Rabb..^_^

           Bismillahhirrahmannirrahim...
Assalamualaikum wat saudara saudari islam bersama....^__^
           Lama dah rasanya ana tak menulis entri baru...terima kasih buat mereka yg sudi membaca...ana amat menghargainya...sungguh!^__^

           Kini,kehidupan ana kembali bz...sebab ana baru masuk KUIS...dan minggu nie merupakan minggu ke4 ana di muka bumi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor nie..syukur semuanya berjalan seperti biasa..cool je,,hehe..ana juga merasa bersyukur masuk ke IPTS nie..sebab di sini mengamalkan peraturan yg telah dicatat dlm Quran itu sndiri..amat tenang rasanya bila tengok ramai di sni yg mengamalkan pakaian menutup aurat..walaupun ada segelintir yang tetap dengan style diorang,tapi aurat itu tetap dijaga..alhamdulillah...terasa ada hikmah di sebalik pilihan ana untuk menuntut pengajian ke sini..

          Masalah-masalah hati ana yg ana sering luahkan sebelum nie pun telah pulih,alhamdulillah...segala puji bagi Allah...syukur sangat...kini ana dah tak risau tentang masalah-masalah hati yg sering melanda hati ana...terima kasih jugak buat sahabat ana yg sentiasa 'bersama' ana di samping ana yg banyak kelemahan dan kekurangan...^___^

          Bila dah sampai di tempat orang nie,macam2 manusia kita boleh jumpa.....dan pengaruh maksiat itu ternyata semakin luas...semakin banyak..semakin ramai...untuk menyatakan diri ana tidak melakukan maksiat adalah pembohongan yg amat nyata...ana juga insan lemah yang banyak kekurangan dan keburukan..tapi semoga Allah jauhi ana daripada melakukan maksiat yg lebih teruk seperti di luar sana,yg sampai masuk ke kaca tv...masyaAllah...semoga Allah jauhkan diri ana dari tergolong golongan maksiat walaupun mungkin ana salah seorangnya..

          Wahai manusia...
bilakah lagi engkau akan sedar yang dunia ini semakin dekat ke penghujung nya..
bilakah lagi engkau akan terfikir "aku ingin berubah"..
bilakah lagi engkau hendak memulakan langkahmu yang sering kau beri alasan "aku belum bersedia"..
bilakah lagi engkau hendak menegakkan syiar Islam yang seharusnya menjadi tanggungjawapmu..

Ya Rabb...
ampunkanlah hambamu ini Ya Rabb...
hati ini masih penuh dengan bintik-bintik hitam maksiat dan cinta dunia ini...
berikanlah diriku hati yang baru...
yang mampu menerima hidayah-Mu sebaiknya...
yang meletakkan cinta-MU dan rasul-Mu yg teratas di dalam hatinya...
yang saban malam menangis kerana-MU Ya Rabb...
kerana takut akan-Mu Ya Rabb..
yang rindu akan rasul-Mu Ya Rabb...

Ya Rabb...
sungguh aku rindu akan rasul-Mu...
aku rindu untuk 'mendengar' nasihatnya...
aku rindu untuk 'menatap' wajahnya...

Ya Rasulullah...
maafkan diriku ya Rasulullah...
kerana tidak mampu menjadi umatmu yang terbaik...
kerana masih hanyut dengan dunia tika Engkau telah beri peringatan sejak zaman Engkau masih hidup..
Ya Rasulullah...
dapatkah diriku tergolong diantara golonganmu di akhirat nanti..?
dapatkah diriku menatap wajahmu di dunia yg kekal di sana...?
aku rindu padamu Ya Rasulullah...
Hadismu bagaikan kata-kata semangat bagiku...
untuk terus berjuang menegakkan islam di hati...
tidak kira apa manusia katakan pada diriku...
kerana aku tidak peduli...
biarlah kerinduan ini semakin membara di hatiku...
supaya mengingatkan diriku...
untuk menjadi umatmu yang sebenarnya...

             Semoga kita dapat menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai penguat semangat kita bersama...contoh manusia terbaik...semoga kia dapat tergolong dalam golongan umatnya di akhirat nanti..insyaAllah...amin ya Rabb....Allahu akbar!

        

Sunday, October 23, 2011

Yang Indah Itu Tetap Ada..^___^

     Assalamualaikum buat pembaca entry2 ana,terima kasih kerana sudi menjengah walaupun entry2 ana nie banyak berkenaan perasaan,n diary ana...dan mood ana menulis malam nie pun sebab nak meluah rasa di hati jgak..tehee!
   
     Kali nie,ana nak bhsakn diri ana sebagai 'sy' la ya?
     Selama hidup sy..yg 19 tahun nie..sy da banyak terima pengkhianatan..dr kawan karib sy,tapi sy bersyukur sy masih ada kawan yang menyokong sy,lebih berharga dr kawan karib sy tue..tpi sy da maafkn..dr seorang yg sy syg..tapi pengkhianatan nya adalah sesuatu yg sy telah duga semenjak sy mengambil keputusan utk menerima nya...sy maafkan jgak..dari seorang yg sy cintai bersama org yg sy percaya hanya akan jadi kawan rapat bagi org yg sy cintai itu..inilah pengkhianatan yg amat sakiti hati sy..sy maafkan jgak...

     Sy bukan nak mengungkit ujian2 yg Allah berikan,atau kesalkan apa yg terjadi pada sy..tapi sy nak terima kasih pd mereka..sebab mereka,sy belajar utk berhati-hati percaya orang..tapi ia memang sifat semulajadi sy...tapi sy akan tetap ingatkan diri ini..terima kasih...

    Sampai kini,walaupun orang yg sy cintai dah beralih pd org lain,tipulah kalau sy cakap sy dah tak cintakan dia..kini sy paham,bahawa amat susah sekali dalam melupakan,menghilangkan cinta yg ada di hati..apalagi cinta pertama...walaupun sy sedar akan sifatnya,hati sy masih tetap padanya..tapi apa yg sy telah tetapkan,sy takkan mungkiri lagi...sy sayang diri sy,sy sayang akhirat sy..sy tak nak disebabkan 'couple' lagi sy semakin jauh dari Nya...hanya teringat,hanyut dengan cinta manusia..sehingga lupa apa yg menjadi larangan...butakan mata,tulikan telinga pabila ada yg m'ingatkan,pabila ada yg menyedarkan..sy tidak ingin semua itu lagi..biarlah sy terpaksa kehilangan orang yg sy cintai...couple islamik?itu hanya buatan manusia utk menghalalkan cara yg ternyata dilarang..
 
    Kini,sy lebih memahami mereka yg ber impian utk cinta setelah kahwin..setakat membayangkan pun dah cukup buat hati sy gembira...dan sy pasti akan dapat kalau sy bersabar..walaupun ada cinta lain yg bersarang di hati,cukuplah..biarlah cinta ini berlalu pergi di saat aku mendengar akan seseorang mengucapkan akad nikah padaku..dengan cinta yg suci kerana Nya,pasti berkekalan ke akhirat,insyaAllah..dan aku pasti akan meminta maaf padanya kerana pernah menumpahkan rsa cinta yg sepatut ku beri padanya,tapi telah ku beri pd org lain sebelumnya..maafkan diriku,pemilik tulang rusuk ini...

    Biarlah masa bermain rentaknya,menunjukkan masa depan ku sehari demi sehari..walau yg perit sering ku rasakan..Yang Indah Itu Tetap Ada...^__^

Tuesday, October 11, 2011

~CINTA YANG HALAL BEGITU INDAH~



Laut yang tenang membiru.. amat mendamaikan. Betul la apa yang dikata, laut itu memberi ketenangan jiwa yang sukar dimengerti.. Aku ingat lagi kata-kata dari sebuah buku yang aku baca, Rasulullah S.A.W. amat suka dengan laut, air terjun.. itulah ubat penenang hati.. aku akui, hati aku mulai tenang bila menikmati keindahan ciptaan Ilahi..

**********

”Hai..kenal aku lagi? Nak nombor telefon boleh? Name ko siapa? Panggil aku WAN. Kau bukan orang sini kan? Aku tak pernah pun nampak kau sebelum ni?” Aduss.. Siapa pula ni? Dah la aku penat ni,ada juga yang nak kena dengan aku ni.. Malas nak layan. Tapi, rasanya macam kenal.. Entah, biar lah.. Aku tak sabar nak jumpa katil aku.. Terbayang-bayang tilam aku yang empuk. Syoknya tidur.. Sejak aku kerja dekat stesen minyak ni, aku tinggal dengan kakak aku.. Rumah dia pun dekat. Aku jalan kaki sahaja pergi tempat kerja..

“Sombongnya…”

“Kau nak apa? Aku penat la.. Aku nak balik!”

“Kejap la.. Kita kenal-kenal dulu.. Kau ni garang betul! Tak elok tau anak dara garang macam ni. Nanti tak ada lelaki yang masuk pinang.”

“Hey, suke hati aku la.. Kau sibuk kenapa? Aku dah penat sangat ni.. Esok aku kerja pagi, Tolong la faham!” Huh.. Mamat ni memang kurang asam. Nasib baik bukan mahram.. Kalau tak, dah lama aku ketuk kepala dia yang biul tu.. Biar betul sikit.

“Ok2.. Jangan marah.. Ko ni benci sangat dengan aku kenapa? Aku nak kenal dengan kau. Tak boleh ke? Aku nak no telefon kau.”

“Aku tak ada handphone. Aku baru kerja, tak ada duet nak beli. Kau ni tak faham bahasa ke?”

Tak ada maknenya aku nak bagi nombor telefon dekat lelaki.. Lagi-lagi aku tak kenal mamat ni. Sebenarnya, baru minggu lepas abah bagi aku handphone.. Walaupun nokia 3210, tapi aku tak kisah. Orang kata handphone 32 sekupang tu, kalau campak dekat anjing, anjing tu mati.. Betul ke? :D .. Tak berani aku nak campak dekat anjing, dibuatnya anjing tu tak mati lepas tu kejar aku tak ke haru.. Saja nak bagitau yang hp tu shockproof..

“teet…teet…” Adus! Kantoi aku. Siapa pula yang bagi sms ni?..

“Ala, jangan nak tipu, dosa.. Tengok, cepat je Allah nak bagi petunjuk. Tak apa la, kau ambil nombor aku, bila-bila kau rasa nak telefon atau sms aku, aku sedia layan kau.. :) 017xxxx”

Terpaksalah aku ambil nombor dia.. Malunya aku…

“Eh, kejap la.. Kau tak bagitau lagi nama kau.”

“Panggil sahaja aku dila. Dah la, aku nak balik. Assalamualaikum.”

“Dila, jangan lupa message aku tau!!”

Huh.. Selamat aku,cepat-cepat aku lari.. Menyusahkan betul mamat tu. Tapi handsome juga mamat tu. Tak putih pun, ade juga rupa.. :) Sempat lagi aku nak berangan.. Aku baru perasan yang mamat tu naik yamaha Nouvo.. Smart nye motor tu.. Aku suke gila motor tu.. Nak beli, duit tak cukup.. Kalau nak beli, down payment mesti dalam seribu lebih.. Aku 10 ringgit ada la.. Hehe.. Berangan lagi...

********

Bosan gila! Tapi syok juga. Dapat tidur puas-puas.. :D Lagi sebulan sebelum tarikh aku kena daftar dekat matrikulasi Kuala Nerang tu.. Tengah aku belek-belek hp 32 sekupang aku, ternampak nombor wan. Tak pernah lagi aku message atau call die sejak malam tu.. Aku jumpe dia pon buat tak tahu je. Malas nak layan. Macam sengal je mamat tu. HAHA.. Suka hati aku je nak kata anak orang sengal.. Tengah bosan-bosan ni, baik aku miscall.. Saja kacau. Hehe.. Idea jahat dah muncul dekat kepalaotak aku ni.. Alamak.. Dia telefon aku balik.. Mampus aku! Nak kate apa ni.. Aku mana reti sembang dengan orang lelaki.

“Hello.. assalamualaikum..”

“Err.. Wa’alaikumussalam.. Ya, cari siapa?” :D Buat-buat tak tahu pula.

“Tadi awak ada miscall saya.. Kenapa?”

Aduss.. Mampus aku!nak jawab apa ni… ”Hmmm.. Mungkin saya salah tekan kot. Maaf ye..”

Pergh… Selamat aku..

“Ok.. Tak apa.. Kejap, tapi saya rasa macam kenal suara awak.. Ni Dila kan?”

Aduss.. Kantoi pula. Macam mana dia boleh kenal suara aku ni.. Mak.. Tolong!!!! Terus aku tekan butang merah dekat handpone aku ni.. Tak berani dah aku. Menyesal aku miscall dia.

Teet..teet…

1 message receive.

“Dila, jangan lari daripada aku.. Aku tau kau Dila. Aku kenal sangat suara orang yang aku sayang.”

Glurp! Tiba-tiba je ni. Sewel apa mamat ni.

“Maaf.. Saya bukan Dila.. Awak salah orang kot”

Teet…teet…

‘If awak bukan Dila, kenapa letak telefon tadi? Dah lah.. Jangan berdalih lagi.. Saya nak kawan dengan awak.”

Kantoi.. Aku dah kantoi.. Macam mana ni? Terus terang je la.. “Berkatalah benar walaupun kebenaran itu pahit.” Masalahnya pahit tu kena kat aku.

“Ok.. Aku mengaku, aku Dila. Saja je miscall kau. Ok la, aku ad kerja nak buat ni. Salam…”

Teet..teet…

“Ok Dila. Malam nanti aku telefon kau.. Dapat juga nombor kau eh.. Dah lah berhenti kerja tak bagitahu aku. Penat aku cari kau :D ”

Lantak kau la nak telefon atau tak. Aku tak hairan.. Huh..

*********

dah 5 bulan aku dengan wan berkawan.. Berkawan? Ada ke istilah kawan dalam Islam antara lelaki dan perempuan? Bukan setakat kawan biasa. Setiap hari kami SMS. Sehari tak dapat sms dari dia, rasa lain jer.. Inikah yang dinamakan cinta? Aku akui, aku dah mula sayang dekat wan. Dia lah lelaki pertama yang ungkap sayang dekat aku.. Selama ni aku tak layan mana-mana lelaki.. Ye la.. Siapa yang nak dengan aku..? Aku bukan cun. Badan aku boleh dikategorikan sebagai gemuk. Tapi sekarang dah kurus sikit. Kakak aku perasan dengan perubahan aku. Maybe masa aku kerja tu aku dah tak ingat nak makan. Letih kerja, tak larat dah nak makan banyak. Lagi-lagi duduk Kedah ni.. Jauh dari keluarga..

“Termenung jauh! Kau ingat siapa Dila? Ingat pakwe ye?”

“Kau ni Faz. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak dah lame aku kiok! Tak adalah.. Saja cari ketenangan..”

“Dila, tadi pengumuman, AJK Biro Pembangunan Insan ada perjumpaan malam ni dekat surau lepas Isyak. Weh, tadi kau kata nak cari ketenangan kan? Suraulah tempat paling tenang tau! Boleh jumpa abang fakhran aku.. Aku yakin lepas kau jumpa die mesti hati kau tenang.. Serius la aku kata.. Nanti kirim salam dengan dia ya..”

Perjumpaan? Kenapa pula Fakhran nak buat perjumpaan pula? Rasanya baru 2 hari yang lepas kami ade usrah. Setiap malam Jumaat memang ade usrah.

“Weh, tak nak la aku sampaikan salam ko tu. Aku yang malu nanti. Ko bukan tak tahu, dia mana ade pandang perempuan.. Habis la hilang die punya hafalan nanti. Aku dengar dia dah habis hafal Quran.”

“Ye ke? Bertuahnya aku.. Itu lah ciri-ciri lelaki idaman yang boleh dijadikan suami.”

“Jangan berangan lah faz.. Nak mendampingi lelaki yang soleh, kite kena jadi wanita solehah dulu.. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik…”

Tinggi betul angan-angan faz.. Hehe..tapi, kalau ade rezeki, nak juga jadi awek die.. Mesti bahagia..

“Ala.. Aku tau la aku bukan kategori perempuan yang alim.. Tapi, betul la.. Mesti bahagia kalau dapat suami soleh macam fakhran. :D ”

“Aku pon teringin gak…bahagia dunia akhirat..” Aku pula yang berangan.. tu la.. Tadi mengata faz…

“Eleh.. Poyo kau ye! Tadi mengata aku.. Habis tu, mamat Jeram tu nak campak mana?”

“Aku bukan serius dengan dia.. Tak declare pun. Kami kawan je la..” Ha? Betul ke ape yang aku kata ni? Tapi aku dah sayang dekat dia…

“Ye la dila.. Tiap-tiap hari mesej, kau kata kawan je? Blah la wei.. Couple je yang tiap-tiap hari mesej…”

“Yela2.. Tapi, kami tak declare pon.. Entah.. Malas aku nak fikir.. Bukan confirm jadi suami aku pun.. Kite muda lagi la.. Masuk U pun belum lagi…”

Tapi bila difikir balik, betul juga apa yang faz kata.. Entah.. Biarlah.. Malas aku nak fikir..

*********

“Assalamualaikum wbt.. Minta maaf dekat antum semua sebab panggil antum ke surau malam ni..”

Dia memang lelaki paling sopan pernah aku jumpa. Pandangan matanya sentiasa dijaga.. Kalau tengah marah, pandang muka dia pun tak jadi nak marah. Muka penuh dengan cahaya keimanan.. :D

“Ana nak tegur semua ahli usrah termasuk diri ana sendiri.. Kita semua pernah buat silap. Tak ada yang sempurna dekat dunia ini.. Manusia diciptakan dengan 1001 kekurangan.. Dalam Islam, tiada istilah ‘couple’ atau bercinta sebelum kahwin.. Percintaan yang dibenarkan adalah percintaan yang mempunyai akad yang dihalalkan.. Allah memberkati , percintaan yang mempunyai akad pernikahan.. Bukan percintaan sebelum berkahwin. Itulah punca terbesar mengapa terjadinya penzinaan, lahirnya anak luar nikah.. Bila lelaki dan perempuan berduaan syaitan adalah orang ketiga”

Aduss.. Dia ni macam nak tegur aku je.. Glurp! Betul ke ape yang Fakhran kate tu? Habis tu selama ni, aku berdosa?

“Maaf, saya nak tanya.. Tak kan sekadar kawan pun tak boleh?”

Lancar mulut aku menanyakan soaln tu, sebetulnya aku macam tak puas hati.. Takkan kawan pun tak boleh?

“Islam dah ajar kita hubungan yang bagaimana yang dibenarkan dalam islam.. Bukan hubungan yang sia-sia.. Sesiapa yang ada pakwe atau makwe, lebih baik fikir-fikir balik ape yang ana kata. Jangan risau pasal jodoh. Allah berfirman dalam surah An-nur ayat 26, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Begitu juga sebaliknya. Kalau kita nak pasangan hidup yang baik, beriman.. Kita sendiri yang kena didik diri sendiri. Sebab peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadi diri kita sendiri..”

Memang tak boleh lawan. Sekali dia keluarkan ayat Al-Quran. Terkedu aku.

********

Habis tu, selama ini macam mana aku ngan wan? Patut ke aku hentikan sahaja hubungan kami? Tapi, aku sayang dia.. Ape guna sayang kalau Allah tak redha? Apa guna aku hidup kalau Allah murka kat aku? Pening2.. Aku sayang dia.. Ya Allah.. Bantulah hamba-Mu.. Permudahkanlah urusan ku.. Redhailah aku hidup di bumi Mu ni…

***********

“Salam.. Maaf, aku rasa lepas ni tak payah lah kita mesej. Kita berhenti sampai sini.. Aku minta maaf atas segala salah silap aku.. Terima kasih sebab layan aku dengan baik selama ni..”

Fuhh! Lega aku.. Macam mana la dengan penerimaan dia. Tiba-tiba je aku mintak clash. Padahal tak gaduh pun… Alamak, die telefon.. Aku nak kata apa nanti?

“Assalamualaikum..” Lembut suara dia.. Dia ni tak marah kat aku ke? Macam tak ada perasaan je mamat ni.

“Err.. Wa’alaikumussalam…”

“Dila, apa salah wan? Tiba-tiba je… Kalau saya ada buat salah, tolong beritahu saya.. Jangan buat macam ni, saya benar-benar mencintai awak..” Sayu je suara dia.. Aku ingat dia nak marah.. Cair pulak aku.. Jangan! Aku mesti tekad kan hati.

“Awak tak salah apa-apa. Saya hanya nak beritahu, kita tak boleh teruskan hubungan macam ni.. Islam tak benarkan. Kita kena ada hubungan yang sah. Hubungan kita selama ni satu dosa.”

“Habis selama ni? Apa makna hubungan kita? Atau awak dah tak suka kat saya?” Susahnya aku nak terangkan kat mamat yang seorang ni…

“Selama ni kta tak tau.. Ehmmm.. Macam ni lah.. Kalau awak betul-betul nak dekat saya.. Awak datang jumpa mak ayah saya.. Tapi, bukan sekarang! Lepas saya habiskan degree saya, ok..”

“Tapi, tak kan semudah itu? Ok.. Bila sampai masanya nanti saya akan lamar awak. Saya janji” mendatar je suaranya.

“Tak payah lah awak nak berjanji dengan saya. Kalau ada jodoh, ada la.. Kalau tak ada, nak buat macam mana kan.. Awak akan jumpa perempuan yang lebih baik dari saya nanti.” Pergh! Pandainya aku susun ayat.

“Kalau macam tu yang Dila cakap, saya nak buat apa kan.. Saya akan tunggu awak.”

“Kejap, tak payahlah awak nak tunggu say.a. Lama lagi saya nak habiskan study saya. Larat ke awak nak tunggu saya?”

“Walau apa pun, saya akan tunggu awak.. Ok lah, assalamualaikum”

“Wa’alaikumsalam…”

Rasa macam nak nangis.. Dulu masa aku rapat dengan wan, aku paling takut kalau aku yang ditinggalkan.. Aku tau, aku tak la cun, tapi alhamdulillah.. cukup sifat.. Kadang-kadang, aku rasa tak yakin yang dia betul-betul sayang kat aku.. Tapi sekarang, aku pula yang tinggalkan dia.. Selama kami berkawan, dia sangat sabar layan aku.. Aku pulak selalu marah-marah, dia selalu sabar. Jarang la dia marah aku.
Argh!!! Hati kelam kabut, bagai dilanda ribut. Ya Allah.. Aku memhon pada Mu…
Berikan lah aku ketenangan hati agar daat menempuhi dugaan-Mu.. Kuatkanlah kaki ku dalam melangkah ke jalan-Mu… Jangan Kau biarkan hati ku terpesong dari landasan hidayah-Mu… Apa yang aku buat ni, kerana Allah.. Biarlah aku kehilangan wan. Aku yakin, ada yang lebih baik menanti aku dihadapan. Kalau kita berkorban sesuatu ke jalan Allah, Dia akan memudahkan urusan kita. Betul tu.. Kalau memang betul jodoh aku dengan dia, pasti kami akan bersama satu hari nanti. Aku lagi takut kemurkaan Allah dari segala-gala nya. Aku nak hapuskan segala kenangan aku dengan dia. Aku nak tukar nombor. Biar kami lost contact. Tapi, sebelum tu, aku bagi mesej terakhir..

“Kiranya tiada cinta insan untukmu, Cukuplah cinta Allah penyuluh hidupmu… Kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang menyintai Allah Sebagaimana cintamu kepada Nya”

Aku harap dia faham mengapa aku mengakhiri hubungan kami.

********

3 tahun sudah berlalu..

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, “Wanita itu dipilih kerana 4 perkara. Kecantikan, harta, agama dan keturunan. Jika kamu pilih kerana agamanya nescaya kamu akan selamat.”

Agamalah penyelamat segala-galanya. Aku nak jadi wanita solehah. Untuk mak dan abah, adik beradik aku. Untuk sahabat-sahabatku, paling utama untuk bakal suamiku nanti. :)

Terkocoh-kocoh aku ambik handphone aku. Siapa pula yang telefon aku? Tak apa nama pun. Siapa ye?

“Hello assalamualaikum…” Tak sempat aku nak kate hello. Orang tu dah bagi salam dulu. Tapi, mcm kenal je suara tu.

“wa’alaikumsalam…:

“Dila.. Awak sihat? Kenal saya lagi tak?” Sah! Memang aku kenal suara ni. Tapi, mana dia dapat nombor aku?

“Err.. Saya sehat? Ni siapa eh?” Saja je nak uji. Takut salah orang, malu je! Rindunya…rasenye dah 3 tahun kami putus hubungan.

“Ni wan la. Saya nak jumpa awak boleh?” Ha? Nak jumpe? Tak nak aku!

“nak jumpe?perlu ke?”

“Perlu. Sebab saya nak jelaskan segala-galanya dekat awak” Lain macam je. Dia nak bagitahu apa dekat aku? Nak marah aku sebab tukar nombor telefon ke?

“Nak jelaskan pe lagi?”

“Dila. Selama 3 tahun awak tinggalkan saya tanpe khabar. Dah tu, awak tukar nombor telefon tanpa bagitahu saya. Penat saya cari awak. Nasib baik kakak yang sama kerja dengan awak dulu bagi saya nombor baru awak ni. Kenapa? Benci sangat ke awak kat saya?” Terkedu aku. sape suruh cari aku?

“Kan saya dah terangkan kat awak. Apa lagi yang awak tak paham? Saya tengah belajar sekarang. Saya tak nak diganggu. Saya ada kerja ni. Ok lah…”

“Dila, tunggu kejap! Saya tahu semua tu.. Mungkin kita memang ditakdirkan tak ada jodoh. Tapi, percayalah, saya tak kan pernah lupa kat awak. Bulan depan saya akan berkahwin. Jemputlah datang ke rumah. Bakal isteri saya teringin nak jumpa awak. Saya dah ceritakan segala-galanya dekat dia. Saya tak nak ada curiga antara kami. Saya cuba pertahankan janji saya. Tapi awak menghilang macam tu jer. Keluarga saya yang aturkan semua ni. Saya pasrah. Mungkin antara kita tiada jodoh. Maafkan saya.”

“Awak tak ada salah ap-apa dekat saya. Mungkin.. Mungkin jodoh saya bukan dengan awak.. Jagalah isteri awak elok-elok.. Jangan lukakan dia. Semoga awak bahagia bersama. Assalamualaikum” Terus aku matikan telefon tanpa dengar dia menjawab salam. Terlalu berat untuk aku ungkap kata-kata perpisahan..

Air mata ku menitis. Tak pernah aku menangis sebab lelaki. Aku menyayangi wan. Aku menunggu aku habis belajar. Bila masa tu dah semakin hampir, aku pula yang ditinggalkan. Inikah balasan aku tinggalkan dia? Ya Allah…. Tak sanggup lagi aku hadapi… Aku tinggalkan wan sebab aku menyedari betapa berdosanya perhubungan kami tanpa ada akad yang dihalalkan... sabarlah…Allah telah mengaturkan kehidupan mu sebaiknya. Ada lelaki yang lebih baik sedang menunggumu… Hatiku memujuk… Ada hikmah disebalik semua tu.. Aku kena sabar.

******

Semenjak kejadian tu, aku meneruskan kehidupan dengan hati yang cekal. Kini, aku dah habis belajar. Lagi seminggu konvokesyen aku. Tak sabar nak tunggu detik bersejarah dalam hidup ku. Detik dimana aku berjaya mendapat segulung ijazah yang aku idamkan selama ni.

Telefon aku berdering.. Siapa pula yang telefon ni. Baru nak lelapkan mata. Hari ni merupakan hari pertama aku bekerja. Memang banyak benda yang aku kena settle kan. Kerja memang penat. Tapi, mana ada kerja yang tak penat? :P

“Hello.. assalamualaikum” Siapa pula ni? Dah la suara lelaki. Mamat mana yang sesat nombor ni?

“Waalaikumsalam. Maaf, saya tak kenal awak. Awak salah nombor kot. Saya letih. Nak tidur! Ok, assalamualaikum.”

Aku terus mematikan telefon tanpa sempat mamat tu nak kenalkan diri. Biar lah, aku pon malas nak ambil tahu. Entah siapa..

Teet…teet…

“Dila….” Siapa ni? Kalau tak salah ni nombor fon mamat sewel tadi..

“Siapa? Sorry, saya tak kenal awak.. Tolong jangan ganggu saya!” Padan muka! Malas aku nak layan..

Teet..teet…

“Saya Adhwa.. Kenal saya lagi? MOHD ADHWA B SHAMSUDIN”

“Adhwa mana?”

Teet..teet…

“Kita pernah sekelas masa semester 4.. ACB4F.. Sekarang, kita 1 jabatan.. Tadi saya nampak awak, nak tegur tapi awak jalan laju sangat”

“Maaf, ramai sangat lelaki dekat ACB4F tu.. Saya memang tak kenal awak.. Saya nak tidur. Night!” Dari mana pula mamat ni dapat nombor aku? Best nya.. Ada orang admire.. Perasan pula aku ni.. :D

Teet…teet…

“Ok lah Dila.. Esok pagi kita jumpa eh. K, salam.” Siapa ya mamat tu? Adhwa? Serius aku tak ingat. Aku tak layan lelaki lain, sebab aku nak setia dengan wan.. Sudahnya, aku yang kena tinggal. Hehe.. Tapi semenjak kejadian tu, ramai kata aku dah makin susut.. Mula-mula aku sendiri tak perasan. Bukan sebab aku kecewa dengan wan, tapi aku sendiri tak ada selera makan. Mungkin assignment banyak sangat. Yang penting aku dah kurus sekarang. Senanglah nak cari baju pengantin nanti. Tp, siapa nak kahwin dengan aku?

Baik aku tidur. Buat apa nak ingat benda yang dah lepas? Benda yang akan berlaku, lagilah jangan terlalu mengharap.. :D

******

“Dila, saya nak lamar awak.. Lepas raya rombongan saya datang merisik. Lepas tu kita terus bertunang. Sebulan lepas tu kita kahwin.”

“What?” Gila ke mamat seorang ni. Tiba-tiba nak ajak aku kahwin. Aku kenal dia sekadar macam tu je. Walaupun kami satu tempat kerja tapi aku jarang jumpe die. Tiba-tiba ajak aku kahwin. Zahra, kawan pejabat aku pun terkejut badak. Patutlah dia beria ajak aku lunch. Dah tu, dia suruh bawak teman. Dia kata, tak elok kalau kami keluar berdua. Kalau dia tak suruh aku bawak teman pun, aku memang akan bawak teman. Gila pe nak keluar berdua ngan dia. Dah la bukan mahram.

“Saya serius. Tak perlu kita nak bercinta sebelum kahwin. Kita bercinta selepas kita ada hubungan yang sah. Cinta itu lebih diredhai Allah. Masa tu kita kenal hati budi masing-masing. Saya dah fikir masak-masak. Awaklah permaisuri yang layak jadi pendamping saya di dunia dan akhirat”

Malunya aku.. Lagi malu sebab zahra pun ada juga. Zahra seolah-olah mengerti. Langsung tak ambik bahagian. Hanya mendengar sahaja!

“Tapi….” aku cuba mengelak.”

“Tak ada tapi-tapi.. Saya bagi awak masa untuk fikir tentang lamaran saya. Saya tahu, awak mesti fikir saya terlalu terburu-buru.. Tapi percayalah, saya ikhlas nak jadi teman hidup awak. Balik ni, awak buat istikharah.. Minta petunjuk dekat Allah. Dia lah sebaik-baik sandaran. Kalau awak dah jumpa jawapan, awak beritahu saya. Masa tu, saya terima apa saja keputusan awak”

“Err….” Terdiam aku… tak tau nak kate ape dah…ayat mamat ni wat aku terdiam sejuta bahasa.

“Awak tak perlu tanya saya kenapa saya pilih awak. Satu hari nanti awak akan tahu jawapannya.”

******

Patut ke aku terima lamaran Adhwa? Ya Allah… berilah ku petunjuk Mu.. Walaupun masih terkejut dengan lamaran yang secara tiba-tiba, aku tetap melakukan istikhrah macam yang Adhwa’ suruh tue. Mudah-mudahan aku mendapat ilham untuk membuat keputusan.

Sebenarnya istikharah ni bukan untuk minta petunjuk pilih jodoh jer. Setiap perkara yang kita nak buat mestilah berdasarkan pilihan yang tepat. Yang memberi kebaikan kat kita dan orang lain. Itulah pesanan Ustazah Shamsiah dekat aku masa aku Tingkatan 5, sampai sekarang aku selalu minta petunjuk Allah melalui istikharah. Masa aku nak masuk UiTM dulu pun aku buat istikhrah. Biarlah keputusan yang aku buat nanti tak akan buat aku menyesal.

‘Bila kita mintak petunjuk kat Allah, insya Allah setiap keputusan yang kita wat, kita tak kan pernah menyesal memilihnya’

Terngiang-ngiang kata pensyarah aku masa aku tahun pertama kat UiTM.. Aku akan tekad dengan keputusan aku. yang pasti keputusan yang berdasarkan gerak hati aku.. Aku tau, Allah akan beri petunjuk kepada ku.

********

Hari ni genap seminggu selepas Adhwa melamar aku. Aku yakin dengan jawapan yang akan aku beri dekat Adhwa. Aku harap dia terima. Ya Allah… berilah aku kekuatan.

“Salam… Saya terima lamaran awak. Saya harap awak tak sia-siakan saya..!

Message Sent! Fuhh! Lega.. Aku rasa masa taip mesej tadi macam nak jawab soalan final je..

Teet…teet…

“Alhamdulillah.. Minggu depan, keluarga saya datang rumah awak.. Terus bincang pasal kahwin.. Persiapan kahwin kita buat sederhana.. Saya taknak ada pembaziran.. Bagi nombor akaun bank awak. Saya masukkn duit untuk kenduri..” Mak aih.. Cepatnya.. Kata lepas raya. Raya lagi 2 bulan. Mana sempat aku nk buat persiapan. Nak tempah kad jemputan lagi, nak cari mak andam. Nak pilih baju kahwin…..

“Sempat ke? Saya langsung tak bersedia apa-apa. Tak boleh nak tangguh ke?

Teet..teet..

“Jangan risau. Sebenarnya, saya dah tahu jawapan awak. Jadi, saya dah tempah kad jmputn, baju kahwin, dan lain-lain. Tugas awak, jemput kawan-kawan awak. Abah dan mak awak pun dah jemput saudara-saudara awak. Kita tinggal kahwin je..” What???? Mak dengan abah dah tau? Patutlah bila aku tanya mak dengan abah diorang setuju tanpa tanya siapa bakal suami aku.. Rupa-rupanya diorang dah kenal bakal menantu diorang. Tak adil!!!!

******

Hari ni merupakan hari bersejarah buat ku. Hari dimana aku sah bergelar isteri buat suami yang aku tak berapa kenal. Itulah hakikat nya. Aku hanya taw dia berasal dari Kuala Lumpur.. Itu pun aku nampak alamat dekat Kad Pengenalan dia masa isi borang nikah.. Nasib baik aku dah pernah ambil kursus kahwin mase di UiTM dulu.. Masa tu saja-saja nak join kursus kahwin. Lagipun yuran murah. Kalau ambil kat luar tentu mahal. Rupa-rupanye dia pun dah ambil juga. Dia ambil kursus kahwin sama dengan aku.. Aduss.. Malu sungguh aku. Paling mengejutkan aku, Diana yang aturkan semua ni. Diana dah kenal Adhwa dari mula lagi. Diana kata, Adhwa pernah tanya pasal aku dekat dia. Semua dah tersurat. Kan setiap yang berlaku ada hikmah. Akan aku lupakan kenangan silam yang hanya menyakitkan. Aku ingin memulakan kehidupan baru dengan kenangan yang baru bersama suami ku. Aku akan menyintainya sepenuh hati ku. mencintainya kerana Allah..

“Aku terima nikah Nur Fadhilah binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM80 tunai”

Airmata ku menitis riang. Riang bercampur hiba. Dari saat ini, aku telah menjadi milik yang sah buat seorang lelaki yang bernama suami. Yang berhak keatas aku, zahir dan batin. Kucupan syahdu suamiku di dahi ku sungguh mneyejukkan hati..

“Abang ingin menjadi teman sayang, dunia akhirat.. Abang ingin hidup bersama sayang selama-lamanya…” Ungkapan pertama dai suamiku setelah sah dia jadi milikku. Aku berjanji pada diriku sendiri yang aku akan menjadi yang terbaik untuk suamiku.

Majlis walimah kami berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Suami aku betul-betul mengikut yang diajar dalam Islam. Tiada majlis bersanding.. Hanya akad nikah, dan doa selamat. Tiada pembaziran dalam majlis kami. Walaupun majlis kami lain dari yang lain, namun ia tetap meriah.. Semoga rahmat Allah turun bersama dalam majlis kami. Gembira sungguh bertemu rakan-rakan lama di UiTM. Mereka semua terkejut dapat jemputan dari aku.. Mereka tak sangka yang aku bertemu jodoh dengan Adhwa yang dikenali sebagai seorang pendiam. Aku sendiri terkejut yang aku dah kahwin.. Hehe. Dari jauh aku tengok suamiku sibuk berborak dengan abah. Entah ape yang dibincangkan aku pun tak tahu.. Alhamdulillah keputusan mak nak hantar aku dekat sekolah agama dulu merupakan keputusan terbaik. Sekurang-kurangnya kau mempunyai bekalan ilmu agama yang kini semakin dipnggirkan. Lagi-lagi nak menempuhi alam rumah tangga. Seminngu sebelum kami nikah, Adhwa hadiah kan aku sebuah buku. Buku yang mengajar tentang persediaan seorang isteri. Dia suruh aku khatamkan buku tu, kalau tak, kami tak jadi kahwin. Bila fikir-dikir balik, patut la dia beria suruh aku habiskan baca. Buku tu membuat aku sedar betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang suri. Terima kasih abang.. Dila sayang abang…

************

“Assalamualaikum…” Glurp! Aku cuak.. Ni la kali pertama aku tidur sebilik dengan lelaki asing. Lelaki asing yang berhak keatas ku…

“Waalaikumussalam…” Malunya aku. Allah je yang tahu betapa malunya aku saat itu.

“Boleh abang masuk?” Bicaranya terlalu sopan. Adabnya berdasarkan sunnah.

“Emmm….”

“Dila sayang.. Kita solat sunat. Abang tunggu”

“Ya Allah.. Kau jadikanlah perkahwinan kami sebagai satu ikatan yang indah. Satukanlah hati kami di landasan rahmat Mu.. Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan bertakwa kepada MU..”

Aku mengaminkan doa suamiku dengan penuh pengharapan. Perkahwinan inilah yang aku idam-idamkan. Aku ingin menjadi makmum untuk suamiku dalam setiap solat ku. Aku ingin mengaminkan setiap doa suami ku. Dialah suami yang aku harap melalui doaku selama ni. Alhamdulillah, Allah telah mengkabulkan permintaan ku. Aku mengucup tangan suamiku. Syahdu.. Aku bertuah memiliki suami seperti dia. Akan aku jaga sebaiknya tanpa melukainya. Akan aku sentiasa bersamanya dalam apa jua keadaan. Aku ingin membina peribadi semulia Siti Khadijah yang setia menemani Rasulullah.

“Sayang.. My honey.. My darling.. Jangan menangis…” Malunya aku… Romantik juga laki aku ni…

“Sayang.. Abang bertuah kerana memiliki sayang. Abang tahu, keputusan abang tepat. Dari pertama kali abang jumpa sayang kat UiTM, abang yakin abang tercipta untuk jadi pendamping sayang.. Abang harap, sayang akan terima abang seadanya.. Abang tak mampu sediakan kemewahan dunia.. Yang abang mampu, memberi kemewahan kasih sayang buat sayang. InsyaALLAH.. Kalau dizinkan-Nya, bukan di dunia sahaja, kita akan bersama diakhirat kelak. ” Bertuahnya aku.. Alhamdulillah.. Syukur padaMu ya Allah…

“Abang.. Saya harap, abang dapat terima saya seadanya.. Sayang akan cuba jadi isteri yang menyenangkan abang. Tapi, sayang nak tahu sesuatu.. Mana abang tahu saiz baju saya? Baju nikah tadi, padan dengan saya. Macam kena je dengan badan saya.” Aku menyuakan kehairanan ku. Sebenarnya aku nak tanya dekat mak andam tadi, tapi tak sempat.

“Sebenarnya, Diana yang bagitahu abang. Dia bagi saiz baju sayang. Dialah yang bagi alamat rumah sayang. Lepas abang melamar, abang terus datang rumah sayang.. Nak merisik. Alhamdulillah, mak dengan abah terima.”

“Patutlah.. Diorang setuju bila saya beritahu yang saya nak kahwin.”

“Tapi, baju nikah kita tu bukan abang yang pilih. Mak sayang yang pilih. Dia kata sayang suka warna oren.”

“Ha? Ye ke? Memang cantik baju tadi.. Oren lembut.”

“Sayang.. Abang tahu sayang pernah kecewa.. Kita mulakan hidup baru bersama. Kita kenal hati budi masing-masing. Kita bercinta. Biarlah percintaan kita di redhai. Sebab tu, abang nak kita nikah cepat-cepat. Biar kita cepat bercinta.”

Sempat lagi suami ku berseloroh.. Hmm.. Bahagianya aku rasa sekarang ni.. Kurang sikit gemuruh aku.. Suamiku memang seorang yang bijak memainkan peranan.

“Sayang…”

“Hmm…”

“Abang nak, rahim inilah yang melahirkan generasi kita yang soleh dan beriman. Yang menjadi harta kita di dunia. Dan bekalan kita di akhirat.” Kata suamiku sambil menyentuh lembut perut ku… Sejuk hatiku kala ini…

“Abang, sayang harap abang terima sayang seadanya.. Sungguh, sayang cintakan abang. Terlalu cinta…” Malam berlalu bersama kisah cinta ku yang tak berbelah bagi buat suamiku. Aku serahkan segala-gala yang aku miliki umtuk seorang lelaki bernama suami.

*********

Asyik sungguh aku melihat ombak yang memukul pantai.. Damainya suasana ketika ini.. MasyaAllah… Indah sungguh ciptaan Mu….

“Sayang.. Penat abang cari. Dekat sini rupanya dia mengelamun.”

“Maaf abang.. Tadi abang tengah tidur, saya malas nak kejutkan abang” Serba salah pula bila suami aku mengeluh kerana tinggalkan dia. Sungguh! Aku tak bermaksud nak keluar tanpa kebenaran suami ku.

“Abang.. Sayang minta maaf. Sayang tak ada niat nak keluar tanpa kebenaran abang”

“Tak ada lah. Abang terkejut, bila sedar sayang tak ada dekat sebelah abang. Takut juga kalau ada orang culik si cantik ni. Merana abang.” Suamiku tersenyum nakal..

“Siapa pula yang nak culik saya…?”

“Abang….”

“Terima kasih sebab memilih sayang.. Saya tak sangka dapat kahwin dengan lelaki idaman…”

“Lelaki idaman? Kata tak pernah kenal abang sebelum ni?”

“Abang lah lelaki idaman saya.. Lelaki yang saya idam-idamkan dalam setiap doa saya. Lelaki yang dapat mendamaikan hati saya tika keresahan. Imam saya dalam setiap solat..”

“Hmmm.. Apa-apa pun, abang bertuah kerana memiliki sayang. Sayang dengar ni…” Suami ku mengarahkan aku supaya bertentang mata dengan nya. “Abang mencintai sayang kerana Allah. Kita bina keluarga dengan nilai-nilai Islam. Kalau boleh, abang nak sayang resign. Gaji abang cukup untuk menampung hidup kita.”

Beratnya permintaan suami ku. ”Isteri yang solehah ialah isteri yang sentiasa menuruti permintaan suaminya selagi tak bercanggah dengan ajaran Islam.” ”Kalau itu yang abang nak, saya akur.” Lambat-lambat aku jawab…

Alhamdulillah. Terima kasih.. Abang nak, sayang sendiri yang menjaga dan mengasuh anak-anak kita nanti. Abang tak nak orang lain yang mengasuh anak-anak kita. Abang nak mereka sentiasa dekat dengan kita. Bukan orang lain yang tiada hubungan. Abang tak nak makan makanan yang dimasak orang lain.. Abang hanya nak makan makanan air tangan sayang.. Sebab tu abang nak sayang berhenti kerja.” Owh.. Sebab tu ke.. Bagus juga.. Hehe.. Tak lah penat sangat nak uruskan rumah tangga.. Kerja…

Kami bersama-sama menikmati keindahan pantai kala itu. Aku yang memilih untuk berbulan madu dekat Pulau Tioman.. Sebab aku nak tengok laut. Suami aku hanya menuruti. Dia pun suke tengok keindahan pantai. Semoga perkahwinan kami akan berkekalan selama-lamanya.

***********

Sesungguhnya.. Janji Allah itu benar.. Dia melarang ‘couple’ kerana syaitan itu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia… Bila seorang laki dan seorang perempuan berdua-duaan (dating) orang ketiga adalah syaitan.. Bila berlakunya akad nikah, maka menangislah syaitan-syaitan kerana gagal untuk mnyesatkan sepasang manusia. Ingatlah.. Percintaan yang diredhai Allah adalah percintaan dalam perkahwinan.. ’Couple’ itu merupakan cabang-cabang zina.. Kita tak sedar, zina tu berlaku..

Dalam firman Allah.. “dan janganlah engkau menghampiri zina…..“

Insaflah semua… Jodoh setiap insan itu dah ditentukan.. Kita harus mencarinya.. Tapi mestilah berlandaskan tuntutan syara’.. Penzinaan berlaku kerana percintaan yang tak diredhai..

Zina mata.. Bila bertentangan mata antara seorang lelaki dan seorang perempuan..
Zina tangan.. Bila lelaki dan perempuan bukan mahramm bersentuhan…
Zina telinga.. Bila mendengar suara manja sang kekasih yang menaikkan nafsu syahwat…
Zina kaki.. Bila kaki berjalan untuk pergi jumpa awek untuk dating…

Segala-galanya tentang ‘couple’ adalah zina.. Oleh itu, jauhilah ‘couple’.. ‘Couple’ adalah punca utama terjebaknya zina.. Takuti lah murka Allah….

Wallahu ’alam… Sebagai peringatan bersama…

~HASIL NUKILAN NUR WAHIDAYAH ABU BAKAR~

copy from doc>Proud to be muslim

Wednesday, October 5, 2011

Syukran Ya Rabb..

Syukran Ya Rabb..
Aku bersyukur atas apa yang terjadi...
Termakbul doaku...
Mohon dijauhi kemungkaran dan kemaksiatan..
Jauh dari zina hati,tangan,mata,dan kaki...

Syukran Ya Rabb...
Walaupun apa yang ku katakan..
Tidak seiring dengan kata hatiku...
Yang dicengkam kekecewaan yang teramat..
Tapi aku tahu...
Setiap ini ada hikmahnya..
Untuk ku mendapat yang lebih baik...
Iman ku berkata...
"Bersyukurlah!Engkau telah dipermudahkan dalam menjauhi zina hati dan tangan!"

Ya!
Bersyukurlah diri...
Atas ujian yang diberi...
Mungkin dia tidak layak untuk mendampingi dirimu..
Maka bergembiralah...
Kerana kini engkau dipermudahkan...
Mengisi hatimu dengan cinta Ilahi..
Terhindar dari kemaksiatan..
Bersyukurlah diri...
Kerana engkau akan mendapat yang lebih baik dari yang engkau inginkan dulu...
Bersabarlah diri....

Take The Good Side - Part 2

          Okay,mari kita continue kisah aku ketika tingkatan 2..hehe..ketika tingkatan 2,semakin ramai yang menyedari 'kewujudan' aku..ada kirimsalam2,lalu2 depan kelas la...tapi aku buat tak tahu je..iyala,takut perasan plak kan?...selalunya yg kirimsalam kat aku nie suka diam2,nak jadi misteri la konon..aku pun malas la nak tanya,sampai kawan aku tanya "ko xmo tau ke sapa yg selalu kirimsalam?"..dgn muka kosong aku,"sapa la?"..kawan aku nie plak suruh aku teka..malas la aku peduli kalau dah gitu..

         Pada suatu hari,aku dapat tau identiti tuan kirimsalam nie..aku buat xtau jak la..orang nie pun memulakan langkahnya utk berkenalan dengan aku..first,perkenalan pertama kami tak berjalan lancar disebabkan problem dia dengan adik angkat nya..tapi lepas tue,kami bertukar nombor telefon and bermula la perkenalan kami..tiappp hari kami ber'sms..tapi,disebabkan aku nie pemaluu sesangat ngan kaum lelaki,jadi bila je kami terserempak di sekolah aku akan terus 'poof'...lari..hehe..sampai dia nie tanya kawan aku,"dia marah aku ke?"..kesian jgak dia fikir begitu kan,jadi aku pun cuba beranikan diri dan tidak lari bila terserempak atau berjumpa dengannya..and dia pun selalu ke kelas aku,bercerita..

        Pada suatu malam,ketika kami ber'sms,dia meluah dengan aku..dia bawa aku couple..tapi disebabkan aku belum bersedia n takut terluka juga takut 'kemungkinan' diduakan..jadi aku 'tangguh' kan dulu..aku suka dia jgak,tapi aku belum bersedia tuk couple2 tem tue..tapi akhirnya,tingkatan 3 aku terima 'lamaran' nya..kami pun rasmi couple,tapi.....tapi apa?tapi dia suruh diam2 plak..dia suruh rahsiakan hubungan kami tue,aku pun pelik..bermula syak wasangka aku,tapi aku diam2 je..tak lama pastu,rakan2 sebilik aku di asrama ceritakan aku mengenai dia dengan gf nya(bukan aku) ketika di bandar..aku pun tanya la dia,n 1001 punya alsan dia bagi aku..aku dah bagi amaran yg aku akan minta break kalau aku dengar cerita2 begini lagi..dia pun,"ok"..okay larh..sekali ada kawan aku beritau kat friendster bf tersayang aku nie ada gambar dia ma gf (bukan aku) nya..well,minta break kena da bukti kan,jadi senang la aku gitau kenapa..jadi aku tengok benda tue tem siang,malam break..hehe..disebabkan aku memang jangkakan perkara begini dr dia,jadi aku xberapa sedih..titisan air mata pun tiada.hehe


        Then,kehidupan aku bermula seperti biasa lagi.. sampai form 4 pun,aku tetap ngn single aku..tenang lagi rasa nya..hehe..tapi form 5..bermula lagi kisah ku...

Ikuti sambungannya...


Yang rasa dia ketinggalan,bace dr sini-Take the good side - Part 1

Monday, October 3, 2011

PERHATIAN!! ini bukan ayat al-Quran

PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

Saturday, October 1, 2011

Terima Kasih Kecewa

Terima kasih kecewa,
Di saat diri diselubungi rasa duka,
Membuatkan diriku tersedar akan diri yang leka,
Yang hanyut dengan cinta palsu semata-mata,
Syukran Ya Rabb atas kecewa yang dirasa...

Terima kasih kecewa,
Di saat ku kehilangan rasa bahagia,
Kini ku sedar ia hanya sementara,
Ku yakin bahagia akan menghiasi diriku lagi tanpa dipinta,
Kerana cinta-Nya Rabb tiada menyeksa tapi membahagia..

Terima kasih kecewa,
Kini ketabahan menghiasi segenap jiwa,
Mengingatkan diri akan hakikat dunia,
Yang dipenuhi keindahan yang fana,
Tidak setanding dengan keindahan akhirat di sana,
Insya-Allah sahabat kan kita gapai bersama,
Disertai doa,usaha,dan redha-Nya Yang Esa....

By : Seputih Salju

p/s : Allah memberi kita rasa kecewa bukan untuk mengajar erti kegagalan semata-mata..tapi supaya kita dapat kembali dan mengadu pada-Nya..mengenang dimana kesilapan kita sebelum ini..mengajar kita erti ketabahan dan tidak mudah putus asa..^__^

Wednesday, September 21, 2011

Tips Mencari Jodoh Tanpa “Couple”

cantik lak cincin nie..hehe
………(¯`v´¯)
………..`•.¸.•´ ~ ♥ TIPS MENCARI JODOH TANPA ”COUPLE” ♥ ~
………(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)
……… /█\ ♥/█\
…❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*° •✫❤

(`’•.¸ “Habis nnt macam mana nak cari isteri?”
bab nak mencari bakal isteri ni apa susah~
berserah sahaja kepada Allah~
bila MASA sudah sampai~ dapatlah~

(`’•.¸ “Bukan kita kena USAHA ke?”
memanglah kena usaha
tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?
tapi COUPLE is WRONG
baik kumpul duit~ persiapkan diri dgn tanggungjawab~
pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI

(`’•.¸ “Nanti kena REJECT macam mana?”
dah nak REJECT..nak buat apa?
fikir positif lah~ maybe ada yg lebih baik buat kita
Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA
kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA

(`’•.¸ “Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?”
lagi senang kalau mcm tu~ dah cukup duit & persiapan~
teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus~
tak payah nak berCOUPLE bagai~ buat maksiat sahaje apa guna~
korang nak masuk SYURGA ke NERAKA r?
kalau belum cukup lagi tu~
simpan lah dalam hati~ cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?
maybe perasaan korang tu just CRUSH only~

(`’•.¸ “Eleh~ budget ko baik sangat r? Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk.”
Ye~ Saya tak kata saya baik. Korang yang menilai diri saya ini.
Macam mana korang NILAI or pandang..itu terpulang~
yang penting PANDANGAN Allah terhadap saya nanti bagaimana?
sbb nanti akhirat saya yang kena soal~
kenapa saya tak sedarkan kamu semua?
kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?
sekarang~ I have DONE my job~
nnt itu antara kamu dan Allah ek~

(`’•.¸ “Mak & ayah restu lah.”
Memanglah mak & ayah restu~
tapi Allah restu ke tak ea?
korang FIKIRlah sendiri~
semua diberi AKAL untuk berfikir
saya yakin korang pandai menilai apa yang baik & buruk
ingat lah~ niat tidak memBENARkan cara~

(`’•.¸ perkahwinan tu satu benda yang SUCI
tapi manusia yang mengotori ikatan ini
oleh sebab terlalu mengukut budaya barat
semua benda yang HARAM pun boleh jd HALAL

(`’•.¸ fikirlah wahai RAKAN
kita ni umat akhir zaman
kiamat tu PASTI
kenapa korang tak SEDAR lagi
or korang tahu just buat2 tak tahu saje?
fikir-fikirkan lah~

✿♫•*¨*•.¸¸❤ ✿♫•*¨*•.¸¸❤
❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*° •

COPY FROM FB....hehe...

p/s : PERINGATAN BUAT DIRI YANG KHILAF INI DAN SEMUA....astaghfirullah...

Sunday, September 18, 2011

Aku ingin menjadi muslimah itu...

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Di saat hujan turun membasahi bumi ...
Langsung tidak terdetik di hati...
Untuk membuka hijab di kaki...
Kerana dia mengetahui..
Apalah sangat basah itu...
Jika dibandingkan dengan panas di sana nanti..

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Di saat remaja sibuk mencari cinta manusia...
Dia juga sibuk mencari cinta..
Tapi bukan cinta manusia yang di haus kan nya..
Bahkan ia cinta yang agung..
Cinta pada Ilahi...

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Di saat remaja sibuk menggayakan pelbagai fesyen semasa...
Dia sibuk mencari kain yang tebal..
Untuk membaluti keindahan yang ada pada nya...
Buat pemilik cinta nya setelah Pencipta dan Rasul -Nya...
Biarlah di kata ketinggalan zaman..
Biarlah di pandang serong oleh mereka yang jahil...
Hatinya tetap pada syariat Islam..

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Di saat ramai yang berlabuh di kala malam menginjak..
Dia berlabuh di hamparan sejadah...
Menangisi dosa-dosa nya yang tidak diketahui...
Memaafi yang zalim terhadap nya...
Tekad dalam berusaha menggapai redha dan cinta- Nya...

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Tatkala dia berjalan dengan pandangan penuh keyakinan ke hadapan...
Hanya pandangan ajnabi yang mampu menundukkan pandangan nya..
Tatkala dia berjalan dengan layak nya jalan seorang muslimah..
Murah senyuman nya pada yang halal bagi nya...
Tanpa rasa terpaksa maupun di paksa...

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Bukan sahaja pemurah senyuman...
Tapi jua pemurah dari segi pertolongan..
Bijak dalam memberi pertolongan...
Supaya tiada yang menyalahgunakan..
Kebaikan yang dihulur...

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Di saat remaja menangis kerana kecewa cinta manusia..
Dia menangis kerana jatuh cinta...
Takut tersalah dalam meletakkan cinta nya...
Kerana dia tahu...
Cinta itu membutakan hati..
Di kala cinta Allah dibelakang kan..

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Yang tabah menjalani hidupnya...
Yang teguh terhadap pendiriannya berteraskan islam..
Yang yakin dengan janji Nya Yang Khaliq...
Yang ikhlas menjalankan ibadah nya...
Yang lembut perkataan pada yang halal..
Yang tegas bila bertemu yang selain mahram..
Yang setia menunggu pemilik cinta nya setelah Allah dan Rasul...


Cemburunya aku akan muslimah itu...

By : Seputih Salju

Saturday, September 17, 2011

ZAINAB BINTI KHUZAIMAH

ZAINAB BINTI KHUZAIMAH: 2 Bulan Menjadi Isteri Nabi

Profil Zainab binti Khuzaimah
·         Lahir di Makkah, 13 tahun sebelum kenabian.
·         Saudara seibu dengan Ummul Mukminin terakhir Maimunah.
·         Diberi julukan Ummul Masakin bermaksud Ibu Orang-orang Miskin.
·         Termasuk golongan pertama yang masuk Islam.
·         Tidak pernah menyembah berhala kerana ke-Islamnya sejak dalam buaian.
·         Menyaksikan perjuangan Islam dan cabaran-cabarannya sejak awal kemunculan.
·         Rajin berpuasa, solat dan beribadah kepada Allah SWT.
·         Tidak meriwayatkan hadis kerana singkatnya masa bersama Rasulullah.

Cinta Pertama
Para Nabi dan sahabat sentiasa membuktikan cinta suci terhadap pasangan terzahir selepas ikatan yang halal bukan sebelum pernikahan. Suami pertama Zainab binti Khuzaimah yang berjaya menyunting cintanya diperselisihkan namanya oleh para ulama. Ada pendapat yang mengatakan pemuda bertuah itu ialah Abdullah bin Jahsy dan ada pula pendapat yang mengatakan beliau ialah Thufail bin Harits.
Imam Adz- Zahabi berkata, “ Suami Zainab, Abdullah bin Jahsy, gugur dalam Perang Uhud. Lalu, Rasulullah SAW menikahinya. Tetapi, dia hanya hidup bersama baginda lebih kurang dua bulan sahaja, kerana kematian menjemputnya, semoga Allah meredhainya.”
Berkata Imam Adz-Zahabi lagi, “Ada juga yang mengatakan bahawa suami pertamanya adalah Thufail bin Harits. Zainab sama sekali tidak meriwayatkan hadis. Pakar ilmu Nasab, Ali bin Abdul Aziz Al-Jurjani mengatakan bahawa suami pertamanya adalah Thufail, lalu dinikahi oleh saudaranya yang gugur sebagai syahid, Ubaid bin Harits Al-Muththalibi.” (Siyar A’laam An-Nubalaa’, vol.2, hlm. 218).
Sementara itu, Muhammad bin Ishaq pula merekodkan, “Rasulullah SAW menikah dengan Zainab binti Khuzaimah Al-Hilaliyah yang dikenal dengan gelaran Ummul Masakin. Sebelum itu, Zainab adalah isteri dari Al-Hushain, Thufail binHarits. Zainab meninggal di Madinah dan merupakan isteri Nabi yang pertama kali meninggal dunia (di sana).” (Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaid, no.15358, “Diriwayatkan oleh Thabrani. Semua perawinya tsiqah/ dipercayai.”)

Dimuliakan Allah sebagai Ummul Mukminin
            Mengetahui berita kesyahidan suaminya, lumrah hati akan bersedih. Namun, kesedihan itu segera terubat kerana dirawat oleh kemanisan iman, tawakkal dan keyakinan kepada Allah SWT. Jiwanya kuat. Hatinya teguh. Semangatnya tidak pudar.
            Bagaikan bulan jatuh ke riba. Setelah habis iddah, Zainab tidak sesekali menyangka akan dipinang oleh lelaki terbaik sepanjang zaman, Muhammad SAW. Rasulullah SAW simpati pada janda itu. Hilang sumber nafkah keluarga. Hilang pula tempat berlindung.
              Tiba hari pernikahan yang diberkati, Zainab diberi mahar sebanyak 400 dirham. Baginda membangunkan sebuah rumah kecil berhampiran rumah Aisyah binti Abu Bakar dan Hafsah binti Umar, semoga Allah meredhai mereka semua.

Menyedari Kedudukannya di Hati Nabi Berbanding Isteri Yang Lain
            Sebelum Zainab dijemput mulia bergabung dalam lingkungan keluarga Rasulullah SAW, Saudah bin Zam’ah, Aisyah binti Abu Bakar dan Hafsah binti Umar terlebih dahulu mendampingi baginda. Zainab sentiasa sedar tentang kedudukannya di hati Nabi berbanding Aisyah dan Hafsah. Kedua-duanya memiliki kedudukan yang tinggi, puteri kepada dua sahabat kesayangan Nabi, berminda kelas tinggi, bijaksana dan sentiasa kreatif bersaing merebut cinta Nabi.
Zainab lebih mengerti kedudukannya di hati Nabi apabila Nabi sering terkenang-kenangkan saat monogaminya dengan Khadijah binti Khuwailid selama 25 tahun. Ketika di alam monogami itu, Rasulullah SAW tidak terbeban dengan karenah dan kecemburuan para isterinya. 
Oleh sebab itu, baginda tidak pernah berasa marah kepada isteri ketika 25 tahun bermonogami namun agak teruji dengan karenah para isteri dalam menempuh 10 tahun berpoligami. Sering berlaku konflik antara mereka. Begitulah lumrah hidup bermadu.
Sejarah merakamkan bagaimana pinggan pernah pecah dibaling Aisyah. Pertengkaran antara isteri pernah didengari oleh Abu Bakar yang lalu di jalanan. Komplot meminggirkan madu pernah berlaku. Ejek-mengejek antara isteri pun selalu sahaja. Ada isteri mengekori suami di malam gelita kerana takut suami ke rumah madu yang lain. Menarik lagi, saat mereka bersaing membina khemah di dalam masjid untuk lebih dekat dengan Nabi. 
Tidak cukup dengan itu, para isteri pernah terbahagi kepada geng Ummu Salamah dan Geng Aisyah. Geng Ummu Salamah pernah menghantar utusan iaitu Fatimah kerana kecemburuan mereka pada Aisyah yang lebih dicintai Nabi dan dicintai pula oleh para sahabat kerana menjadi kesyaangan Nabi hinggakan sering diberikan hadiah oleh mereka. Mereka semua pernah membuat Nabi tertekan kerana meminta lebihan nafkah. Banyak lagi ujian yang terpaksa dilalui oleh para wanita paling mulia itu. 
Rasulullah amat faham kecemburuan mereka adalah fitrah di dunia sebab itu baginda tidak pernah melarang mereka untuk cemburu. Rasulullah berusaha sehabis daya menunjukkan cinta dengan perhatian dan komunikasi berkesan. Namun ketika fitrah menjadi fitnah, Rasulullah pernah menyisihkan mereka semua sebulan lamanya. Dalam tuntutan nafkah, baginda pernah menawarkan perceraian. Namun kemaksumam Nabi dapat menawan hati mereka semua untuk terus teguh bersama Nabi. 
Moga-moga, mereka yang sanggup berpoligami, sanggup pula sesabar Rasulullah dalam berlaku lembut kepada para isteri,serta sanggup pula sesabar para isteri Rasulullah dalam melalui sakitnya ujian cemburu sepanjang hayat suami. Bagi mereka yang tidak sanggup, Islam tidak memaksa untuk mempersulitkan diri sendiri, tidak juga memaksa terhadap sesuatu yang bertentangan dengan fitrah, maka Islam turut menawarkan solusi mencegah sebelum merawat agar agama seseorang tidak rosak kerana berlaku zalim. Adil bukan?
Anak-anak Rasulullah membesar dalam suasana monogami yang penuh ketenangan, tanpa konflik, sehinggalah anak-anak gadis itu berkahwin. Poligami berlaku dalam sisa-sisa akhir hidup baginda, bermula usia 53 tahun hingga 63 tahun.Cuma 10 tahun tempohnya.

Cukup dengan Kemuliaan Bergelar Isteri Nabi
Berbalik kepada kisah Zainab binti Khuzaimah (bukan Zainab binti Jahsy), Zainab sedar, Rasulullah SAW telah berkorban untuk menikahinya bukan untuk kemaslahatan baginda tetapi demi kemaslahatan dirinya. Menafkahi dan melindungi. Zainab tidak mahu menambah lagi beban baginda melalui persaingan dengan Aisyah dan Hafsah, apatah lagi meminta Rasulullah SAW berhenti merindui Khadijah. Justeru, dia menyibukkan diri dengan menyantuni orang-orang miskin selain beribadah kepada Allah SWT.  
Dengan sifatnya yang suka mengalah itu, Aisyah dan Hafsah tidak berasa tergugat dengan kehadirannya. Hampir tiada riwayat yang merekodkan konflik antara Zainab binti Khuzaimah dengan mereka. Walau bagaimana pun, Zainab tetap menemui kebahagiaan dan ketenangan selama menjadi isteri Rasulullah SAW dengan kerja keras baginda untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya.
Biarpun tiada keadilan dalam soal hati, namun kemuliaan apa lagi yang lebih membahagiakan seorang wanita selain bergelar Ummul Mukminin? Bagi Zainab, cukuplah! Waktunya dihabiskan dengan banyak beribadah, berpuasa, bersolat malam dan bersedekah kepada fakir miskin sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat agung itu.

Pulang kepda Kekasih Agung
            2 bulan bergelar pengantin buat Nabi amatlah singkat. Apakan daya, ajal menjemputnya. Dia meninggal di Madinah. Mendapat solat dan doa oleh insan yang paling dicintai oleh Allah SWT iaitu suaminya. Jasadnya dimakamkan di perkuburan Baqi’. Semoga Allah meredhainya dan membuatkannya redha kepada Allah, serta menjadikan syurga Firdaus sebagai kediaman abadi.

Friday, September 16, 2011

Fitnah Wanita semakin berleluasa..

     Assalamualaikum..apa khabar iman?harap baik2 semua...amin...^^
Semoga mereka yg membaca nie dapat kita jadikan ukhwah bersama,insyaAllah...^_^
sori la terbalik..hehe  
         Bahaya tul dunia sekarang...betul tak?fitnah wanita semakin berleluasa tidak kira mereka yang sudah berkahwin atau belum...semoga Allah jauhi kita dari tergolong golongan ini...amin...bila baca surat khabar tentang cerita2 begini,sedih bila melihat kaum wanita yang sepatut dihargai dan dilindungi tanpa segan silu menyerah diri pada dunia...bila fikir apa faktor,dikata sunyi..nak 'bebas'..tapi masalah sebenar mereka adalah kekurangan ilmu agama...setuju tak?sebab apa...sebab jika mereka ada ilmu agama,mereka tidak akan berani melakukan perkara2 sebegini..salah 1 sebab jgak,kerana kurang takut mereka kpd azab Allah dan kekuasaan Allah itu sendiri...bagai sabda Rasulullah,"Jika kamu melihat neraka itu,pasti kamu tidak akan berhenti beramal kepadaNya"...Allahuallam,maaf kalau salah...tapi walau apa pun,semoga kita terlindung drpd golongan ini dan semoga mereka diberi hidayah...

         Salah satu sebab adalah,bila artis yg dipuja(terkenal) tidak mempraktikkan agama itn sendiri..sedarkah mereka?apabila mereka terkenal,mereka bukan sahaja jadi penghibur,malah mereka menjadi idola atau 'contoh' yg diikuti oleh ramai manusia yg mengenali mereka ini..apalagi bg mereka yg cetek ilmu agamanya,terlintas lah di fikiran,"Aku nak jadi macam dia lah.."..mereka yg hanya menganggap artis2 ini sebagai penghibur.syukurlah...kekalkan la anggapan begitu..tapi kasihan lah pd mereka yg menjadikan artis2 yg suka hati mendedahkan aurat,dijadikan sebagai idola dan contoh...

JANGAN!..

         Janganlah wahai saudara2 ku...betapa diri ini bersedih akan kekhilafan diri mu,bukan bermaksud diri ini seorang yg bijak pandai atau banyak ilmu agama,tapi cukuplah diri ini mengamalkan apa yg disyariatkan dan mengejar gelaran 'muslimah sejati' itu...sedih bila melihat ramai saudara2 kita yg menjual tubuh demi kepuasan nafsu,wang...tahukah kamu Rasulullah,sehingga di hujung hayat nya tetap mengingati umat nya iaitu KITA...ya,KITA LAH UMAT AKHIR ZAMAN..di kala Rasulullah dicabut nyawa nya,Rasulullah S.A.W tetap bimbang akan bagaimana umatnya nanti,bahkan Rasulullah minta pd Malaikat Jibril supaya diringankan sakit ditarik nyawa itu pd umat nya!sehingga di akhir nafas,Rasulullah hanya menyebut "ummati,ummati"...UMATKU,UMATKU...betapa Rasulullah mengasihi kita yang digambarkan SAUDARA nya kerana tidak bisa hidup dan bertemu dengan nya..

        Ana bukan seorang yg sempurna atau tidak pernah berbuat dosa,ana sama seperti semua...pernah berbuat dosa,pernah berbuat maksiat..tapi ana bersyukur..syukur...kerana Allah memberikan ku peluang untuk memperbetulkan diri ini,untuk kembali pada -Nya...meraih cinta -Nya..walaupun amat payah untuk ku jauhi cinta dunia...cinta manusia...walaupun adakala nya iman ku lemah melawan rasa gelojak hati..tapi aku bersyukur Allah memberiku sifat sedar diri supaya aku dapat kembali pada nya seraya aku berbuat dosa...Ya Rabb...Ampuni dosa-dosa ku...

Ya Allah,Cantikkan lah akhlak ku sebagaimana Engkau cantikkan kejadianku..

By : Seputih Salju

Thursday, September 15, 2011

Di Kala Iman ku Lemah...

Di kala imanku lemah,
Emosi menguasai diri,
Yang selama ini dikawal,
Akhirnya terhambur..

Di kala imanku lemah,
Hati sering mengingati si dia,
Yang tidak pantas ku rindukan,
Setelah Allah dan Rasulullah...

Di kala iman ku lemah,
Cemburu semakin menguasai diri,
Sedangkan dia belum milikku,
Buruk sangka menerawang di fikiran ku..

Di kala iman ku lemah,
Sunat ku amalkan,
Ku tinggalkan tanpa rasa bersalah,
Walhal iman ku sakit meronta-ronta menyeru diriku mengerjakan yang sunat...

Di kala iman ku lemah,
Ku lewati solat ku,
Dengan masa yang tidak berfaedah,
Betapa lalainya diriku...

Di kala iman ku lemah,
Al-Quran ku semakin jarang ku bacakan,
Walhal hati ini mengharap,
Supaya iman ku terisi kembali...

Ya Rabb...
Di saat aku menangisi akan masa silam ku,
Biarlah rasa hina yang ku rasai ketika itu,
Berkekalan...
Supaya ku dapat sentiasa meletakkan Engkau,
Sebagai kepentingan ku yang pertama,
Untuk menggapai keampunan...
Dan redha-Mu Ya Rabb...

Ya Rabb...
Betapa diriku mengharap...
Di saat diri ku lemah...
Dengan ujian dunia ini...
Rasulullah datang kepadaku dengan kata-kata nya yg lembut..
Berbaur nasihat dan semangat...
Betapa ku inginkan hidup di zaman Rasulullah...
Supaya ku boleh bertemu dengannya...
Betapa aku rindu pada Rasul-Mu Ya Rabb..
Namun Engkau lebih Mengetahui..
Akan kehidupan yang ku jalani kini...

Ya Rabb...
Engkau jadikan lah bekas kurungan di hati ku ini...
Supaya boleh ku kurung sifat-sifat buruk ku...
Supaya boleh ku simpan cinta yang sepatutnya ku berikan kepada pemilik cinta ku..
Setelah Engkau dan Rasul-Mu...
Supaya hidup dan mati ku hanya untuk-Mu...
Dan cinta ku hanya kepada Mu dan Rasul-Mu..
Sehingga pemilikku datang menyunting diriku..

Ya Allah,Cantikkan lah akhlak ku sebagaimana Engkau cantikkan kejadian ku...

By : Seputih Salju

Thursday, September 8, 2011

Juwairiyah binti al-Harits

Dinikahi Sebagai Strategi Politik Nabi

Profil
·         Nama penuhnya ialah Juwairiyah binti al-Harits bin Abu Dhirar.
·         Lahir sekitar 14 tahun sebelum hijrah.
·         Dibesarkan dalam keluarga kaya lagi bangssawan kerana ayahnya adalah kepala suku Bani Mustaliq.
·         Rupa parasnya digambarkan cantik jelita, berakhlak mulia dan berpendidikan sehingga ramai orang kaya dan terhormat mahu menyunting dirinya.
·         Diperisterikan oleh Musafi’ bin Shafwan, pemuda dari Khuza’ah.
·         Kemudian, dimuliakan Allah menjadi salah seorang Ummahatul Mu’minin (Ibu orang-orang beriman).
·         Keislamannya menyebabkan 100 kepala keluarga dari kabilahnya turut masuk Islam.

Cahaya Kenabian Menyimbah Bumi Madinah

Ketika Rasulullah SAW hijrah ke Madinah, baginda mendapati wujudnya golongan Yahudi dan orang-orang musyrik menghuni kota itu sejak sekian lama. Rasulullah SAW tidak menghadapi mereka dengan menunjukkan permusuhan.
Sebaliknya, baginda mengiktiraf keberadaan mereka  dengan lapang dada. Dengan bijaksana, baginda menawarkan sebuah kontrak sosial dengan mereka secara adil agar mereka bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing.

Dendam Ayah

Kebaikan baginda tidak dihargai bahkan dikhianati. Kaum Yahudi sering menjadi duri dalam daging di tanah air sendiri. Bani Mustaliq merupakan salah satu kaum yang membenci kepimpinan kaum muslimin di Madinah. Ketuanya ialah Al-Harits bin Abu Dhirar, bapa Juwairiyah.
Bapa Juwairiyah membuat persiapan maksimum untuk memerangi kaum muslimin. Pasukan dikemaskan, bekalan, senjata dan logistik dipersiapkan. Meskipun pilar-pilar negara Islam semakin kukuh di Madinah, Bani Mustaliq tetap yakin mereka lebih kuat.

Perang Bani Mustaliq

                Berita kebencian bapa Juwairiyah sampai ke telinga Rasulullah SAW.  Demikian juga persiapan nekad untuk berperang  bersama kaumnya dan suku-suku Arab yang berjaya dipengaruhi membuatkan Rasulullah SAW bimbang.
Baginda lalu mengutuskan Buraidah bin Al-Hashib Al-Aslami untuk memastikan kesahihan berita itu. Buraidah lalu berjumpa sendiri dengan Al-Harits. Ternyata, kebencian Al-Harits terhadap Islam berkobar-kobar. Dia begitu bernafsu besar untuk menyerang Madinah.
Sebelum mereka menyerang, Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabat  dan mereka berangkat menuju ke bani Mustaliq pada 2 Syaaban. Al-Harits mengirim pengintip namun pengintip ini berjaya dikesan lalu dibunuh.
Pembunuhan pengintip itu menggentarkan hati suku-suku Arab yang bersama Al-Harits sehingga mereka mengundurkan diri. Perang bani Mustaliq lalu terjadi pada bulan Sya’ban, tahun 6 Hijriah. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Ibnu Aun menulis surat kepada Nafi’ untuk bertanya tentang perihal perang Bani Mustaliq. Dalam jawapannya Nafi’ berkata,
“Rasulullah SAW menyerang bani Mustaliq yang telah bersiap-siap menyerang Rasulullah SAW sebelumnya. Unta-unta mereka digiring menuju suatu sumber air. Di sanalah Rasulullah SAW menyerang mereka dan berhasil menawan kaum wanita dan anak-anak termasuk Juwairiyah. Aku mendengar kisah ini daripada Ibnu Umar yang ikut dalam perang tersebut.” (Riwayat Bukhari, vol.5. hlm. 202, kitab al-Itq dan Muslim, vol. 12 hlm. 35-36, kitab Al-Jihaad was Sair).

Menjadi Janda

Dalam peperangan itu, Musafi’ bin Shafwan, suami Juwairiyah binti Al-Harits terbunuh. Terdapat 10 orang lagi tentera bani Mustaliq turut terbunuh bersamanya. Sementara itu, lebih 700 orang menjadi tawanan termasuk Juwairiyah binti Al-Harits.
                Juwairiyah kini menjadi janda. Kesedihan tiada tara. Ditawan pula oleh kaum muslimin. Namun, dia bukan wanita yang cepat menyerah sebaliknya cuba membebaskan dirinya dengan sejumlah wang. Ummul Mu’minin Aisyah r.ha berkata,
“Ketika Rasulullah SAW membahagi-bahagikan tawanan dari kaum wanita bani Mustaliq, Juwairiyah binti al-Harits menjadi bahagian Tsabit bin Qais bin Syammas atau sepupunya. Saat itu juga Juwairiyah membuat kesepakatan untuk membebaskan diri dengan membayar sejumlah wang kepadanya. Juwairiyah adalah seorang wanita yang cantik jelita sehingga sesiapapun yang melihatnya, maka akan terpesona dengan kecantikannya itu. Lalu, Juwairiyah menemui Rasulullah SAW untuk meminta bantuan beliau untuk menunaikan kesepakatan itu.”

Cemburu Aisyah, Kesayangan Nabi

Juwairiyah tekad melangkah menemui Rasulullah SAW bagi meminta pertolongan. Aisyah r.ha bercerita lagi,
“Demi Allah! Aku tidak sedar ketika tiba-tiba Juwairiyah sudah berada di depan pintu rumahku. Aku tidak suka dengan kehadirannya dan aku yakin Rasulullah SAW akan mempunyai kesimpulan yang sama tentang dirinya seperti kesimpulanku tadi (iaitu tentang kecantikan Juwairiyah yang mempesona).”
Aisyah berkata lagi, “Demi Allah. Aku sangat membencinya saat aku melihatnya dari pintu rumah.” (Rujuk lebih lanjut dalam Sahih Muslim, hadis Urwah dari Aisyah).
Bonda kita Aisyah sedang cemburu. Fitrah cinta memang begitu. Isteri mana yang tidak cemburu? Debaran Aisyah makin melaju tatkala Juwairiyah di depan Rasul. Mujurlah suami Aisyah itu adalah Rasulullah. Maksum dan dipelihara Allah. Hati Aisyah redha jika nanti Rasulullah mempunyai strategi politik untuk membantu agama. Membuktikan permusuhan Islam dengan Yahudi bukan kerana prejudis bangsa tetapi kerana kedengkian dan sifat khianat mereka jua.

Strategi Politik Nabi

Berkata Juwairiyah tatkala berhadapan dengan Rssulullah, “Wahai Rasulullah, saya adalah Juwairiyah binti al-Harits  bin Abu Dhirar, pemimpin kabilah bani Mustaliq. Saya mendapat musibah yang sedia tuan maklum. Saya menjadi bahagian Tsabit bin Qais bin Syammas atau sepupunya. Maka saya ingin membuat kesepakatan dengannya supaya saya menjadi orang yang merdeka. Tujuan saya menemui tuan ialah untuk meminta bantuan menyelesaikan perihal kesepakatan ini.”
Rasulullah SAW menawarkan diri untuk melunasi bayaran kesepakatan Juwairiyah dengan Tsabit bin Qais. Bukan itu sahaja, melihat potensi Juwairiyah yang sangat berpengaruh terhadap kaumnya, baginda turut menawarkan diri untuk menikahi puteri pemimpin kaumnya itu. Juwairiyah bersetuju. Hasilnya, semua tawanan bani Mustaliq menjadi kerabat baginda dan menyebelahi perjuangan baginda. Mereka lalu dibebaskan. Dakwah semakin tersebar. Hal ini amat menguntungkan Islam.
Menyedari suaminya menikah lagi kerana kepentingan agama bukan kerana kepentingan nafsu, Aisyah meredhai. Katanya, “Saat itu juga, tersebarlah berita bahawa Rasulullah SAW menikahi Juwairiyah binti Al-Harits. Mendengar berita itu, para sahabat berkata (tentang hamba-hamaba tawanan mereka yang berasal dari bani Mustaliq), “Mereka adalah besan-besan Rasulullah SAW.” Sehingga mereka langsung memerdekakannya. Maka dibebaskan 100 orang keluarga Bani Mustaliq kerana pernikahan Juwairiyah. Saya tidak pernah lihat ada wanita yang lebih besar berkatnya bagi kaumnya daripada dia.” (Diriwayatkan daripada Abu Daud dan Ahmad.)

Diproses Nabi Menjadi Murobbiah

Setelah masuk Islam dan menjadi isteri Nabi, Juwairiyah tekun beribadah kepada Allah SWT. Beliau mendapat bimbingan terus daripada Nabi Muhammad SAW. Antara pelajaran berharga yang beliau kutip terus daripada murobbi agungnya ialah berkaitan puasa sunat.
Juwairiyah berkata bahawa Nabi pernah menemuinya pada hari Jumaat. Saat itu dia sedang berpuasa. Rasulullah SAW bertanya,
“Semalampun dinda berpuasa?” Juwairyah menjawab, “Tidak!”
Rasulullah SAW berkata, “Dinda akan berpuasa lagi besok?” Juwairiyah menjawab, “Tidak!” Rasulullah SAW berkata, “Kalau begitu, batalkan puasa dinda hari ini (Jumaat).”
Dalam riwayat lain, Juwairiyah berkata, “Pada suatu pagi, Rasulullah SAW masuk ke rumahku. Baginda mendapatiku sedang bertasbih, maka baginda pergi ke tempat lain untuk satu keperluan. Kemudian baginda kembali lagi menemuiku ketika hampir tengahari. Rasulullah SAW bertanya,
“Adakah dinda masih duduk (bertasbih)?” Aku menjawab, “Ya.” Baginda berkata, “Mahukah dinda, kanda ajarkan beberapa kalimat yang jika dinda ucapkan maka setara dengan seluruh tasbih yang dinda lakukan. Ucapkanlah Subhanallah, a’dada khalqih, sebanyak 33 kali.Subhanallah zinata a’rsyih, sebanyak 33 kali. Subhanallah ridhaa nafsih, sebanyak 33 kali. DanSubhanallah midaada kalimatih, sebanyak 33 kali. “ (Riwayat Muslim).

Pergi Selamanya

6 tahun menjadi isteri Nabi cukup bermakna baginya. Setelah kewafatan Rasulullah SAW, beliau melalui era pemerintahan khulafa’ ar-rasyidin yang amat memuliakan kedudukan beliau sebagai isteri Nabi.
Usianya dihabiskan dengan ilmu, zikir, doa, tasbih dan mengajarkan ilmu kepada para penuntut ilmu yang datang ke Madinah. Juwairiyah tekun meyampaikan apa saja pengalaman hidupnya bersama Rasulullah. Setiap perlakuan Nabi menjadi rujukan sumber hukum selepas al-Quran. Inilah hikmahnya Nabi menikahi ramai wanita dalam jangka masa 10 tahun dari akhir usia baginda agar ramai yang akan menjadi saksi kehidupan seharian baginda yang bernaungkan wahyu. Demi maslahah ummah hingga ke hari ini.
        Juwairiyah tekun berdakwah hingga masa pemerintahan Mua’wiyah bin Abu Sufyan r.a. Usianya kala itu adalah 70 tahun. Beliau mula sakit-sakit. Pada bulan Rabiu’l Awwal, 50 Hijriah, Juwairiyah dijemput Ilahi. Beliau dimakamkan di perkuburan Baqi’. Marwan bin al-Hakam yang menjawat sebagai Gabenor Madinah ketika itu memimpin solat jenazah dan diikuti banjiran penduduk Madinah. Semoga Allah meredhai bonda kita, Juwairiyah.