Islamic Widget

sYuKrAn..^_^

Saturday, June 25, 2011

Ya Muslimin,Ya Muslimah..

Bacalah..^__^

Wahai muslimin,
Janganlah engkau gembira menerima luahan cinta seorang muslimah,
Malahan rasa takutlah engkau,
Ucaplah di dalam hati,"Aku takut akan Allah",
Kerana luahan cinta seorang muslimah yg bukan mahram mu,
adalah salah satu dr panahan syaitan yg berbisa,
Mampu menjatuhkanmu bersama-sama muslimah itu,
Tenggelam di dalam cinta yg tidak pasti.

Wahai muslimah,
Janganlah engkau mengucapkan kata-kata yg tidak sepatutnya diucap seorang muslimah,
Janganlah engkau sengaja melembutkan suaramu,
Apabila dgn para muslimin yg bukan mahram mu,
Kerana suara dan kelembutan suara mu mampu menggetarkan iman mereka,
Mampu membuatkan mereka tergila-gila.
Biarlah ketegasan yg engkau tnjukkan,
Biarlah kelembutanmu hanya diketahui keluarga dan suami mu,
Biarlah keistimewaan mu hanya diketahui oleh suami yg tercinta,
Yang hanya layak bagimu.

Wahai muslimin,
Jagalah kemaluanmu apabila berhadapan dgn muslimah,
Jangan biarkan dirimu dikawal nafsu serakah,
Jadikan iman sebagai pendinding diri,
Amalan Quran dan Sunnah sebagai pelengkap diri,

Wahai muslimah,
Jagalah auratmu sebaik-baiknya buat suami tercinta,
Jangan biarkan tangan-tangan syaitan meraba-raba badanmu,
Menghiasi auratmu dgn 'barang kemas' buatan syaitan,
Mempergunakan mu sebagai fitnah bg lelaki,
Ketahuilah muslimah,
Engkaulah fitnah terbesar akhir zaman,
Maka lengkapkan dirimu,
Menjadi muslimah yg mrindui dan setia pd Tuhan dan Rasul-Nya.

Wahai muslimin,
Janganlah engkau risau,
Apabila engkau hanya nmpak wanita-wanita pembawa fitnah berleluasa,
Kerana Allah telah janjikan lelaki yg baik untuk perempuan yg baik,
Maka sabarlah dan tahanlah keinginanmu,
sehingga tiba tulang rusukmu.
Dan janganlah engkau biarkan wanita-wanita pembawa fitnah itu,
Sesat di jalan yg dipimpin oleh syaitan,
Bimbinglah mereka,
Ke jalan yg pasti dan hakiki,
Ke arah kebahagiaan yg kekal abadi dan kenikmatan yg tdak pernah dirasai.

Wahai muslimah,
Pilihlah,
Sama ada untuk menjadi  sayap kiri buat suami tercinta,
atau untuk menjadi pembawa fitnah yg diingini oleh syaitan,
fikirlah dgn akal dan imanmu,
Mana yg baik mana yg buruk,
Engkau tidak dilahirkan sebagai seorang yg bodoh dan senang dperdayakan,
apalagi oleh iblis dan cucu cicitnya,
kerana itu tetapkanlah hatimu,
Untuk sentiasa memilih kebaikan,
Menjadi sayap kiri suami dalam mengekalkan keindahan islam dan tarbiah
hingga ke akhir hayat...


p/s : nukilan sendiri..suka berkarya tp tdak pro dlm mnuturkan ayat yg indah..=P..peringatan buat diri sendiri dan muslimin serta muslimah..

3 comments: